Saya seorang kaki pancing. Anak saya juga, terutama Zikri adalah juga seorang yang minat memancing. Adik-adik ipar dan abang ipar juga suka memancing, malah ada beberapa orang sepupu saya juga minat dengan aktiviti memancing ini. Memancing jika digambarkan tak susah mana, yang susahnya ialah memancing untuk mendapatkan ikan.

Semua orang boleh memancing secara amnya. Jika anda mahu memancing ikan, anda hanya perlukan sebatang joran, tali pancing dan mata kail. Gunakan umpan paling tradisional samada cacing atau umpun-umpun, in Sha Allah dah boleh mula memancing. Dapat ikan atau tak, itu memang jadi taruhan atau adat bila memancing. Rezeki itu milik Allah, terpulang padaNYA untuk berikan pada yang dikehendaki, janji perlu ada usaha.

Teringin Memancing di Kelong Laut

Salah satu lokasi atau tempat memancing paling best ialah di kelong laut. Ramai yang tak tahu mengenai kelong ni, terutama yang bukan kaki pancing. Kelong adalah merupakan struktur buatan manusia dibina menggunakan kayu dan papan. Selalunya, lokasi sesebuah kelong adalah tidak begitu jauh dari pantai atau darat.

Ada banyak jenis kelong, ada kelong terapung, yang dihubungkan antara pantai atau darat menerusi titian terapung khas. Ada juga kelong jenis kekal, di mana binaannya lebih kukuh; malah ada yang dibuat dari bahan binaan konkrit.

Tak Pernah Ada Pengalaman Memancing di Kelong Laut

Ehemm .. walaupun saya merupakan seorang kaki pancing, tapi seumur hidup saya - setakat inilah, belum pernah lagi memancing mahupun pergi ke mana-mana kelong. Nombor telefon tauke kelong je ada dalam simpanan, tetapi memori dan pengalaman memancing di kelong belum ada lagi .. hehehe.
Pun begitu, saya ada rasa keinginan untuk memancing di kelong laut ni. Dengarnya, di kelong  ... potensi untuk mendapatkan ikan adalah lebih cerah, kerana lokasinya yang berkedudukan di tengah laut, atau jauh dari pinggiran pantai.

Syok ke Memancing di Kelong Laut?

Saya dah pernah lihat ramai rakan-rakan pemancing saya membawa balik hasil memancing yang lumayan selepas pulang bermalam di kelong laut. Ikan yang dibawa balik pula bersaiz besar dan mega dari pelbagai spesies.

Selama saya memancing di persisir pantai, tak pernah lagi saya menaikkan ikan lebih daripada 2 kg. Paling besar pun, dalam sekilo lebih. Jadi, teringin juga nak lihat diri sendiri menaikkan ikan yang bersaiz besar, fresh dari laut.

Lokasi Kelong di Malaysia



Ada banyak kelong di Malaysia ni. Paling banyak terdapat di sekitar Johor. Ada juga beberapa kelong laut terdapat di Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Malah, di Selangor juga ada beberapa kelong yang menjadi lokasi para pemancing untuk menjerat ikan bersaiz mega.

Kelong terdapat banyak di lokasi ini kerana ia dibina di kedudukan yang terlindung daripada ombak dan ribut yang ganas. Jadi, bahaya itu berada di tahap paling minima yang boleh. Anda mungkin tak jumpa kelong laut ini di bahagian pesisir pantai Kelantan, Terengganu mahupun Pahang, disebabkan di sana keadaan pesisir pantai adalah laut lepas, tanpa ada lindungan daripada pulau-pulau besar mahupun kecil.

Contohnya macam di tempat saya, Pulau Pinang ni ... kebanyakkan lokasi kelong terletak di antara bahagian Pulau Aman, Pulau Jerejak dan bahagian pulau Pulau Pinang. Anda boleh nampak lokasi kelong-kelong ini jika menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim.
[Dah Baca?] Memancing di Rockbund Fishing Chalet Sebelum Raya Qurban
Cuma saiz kelong tidaklah besar, setakat boleh memuatkan sekitar maksima 10 orang pemancing. Dan kebanyakkan kelong pula, akan ada kolam ternakan ikan.

In Sha Allah, mungkin jika dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T dan diberikan kesempatan tanpa ada halangan apa-apa, saya nak cubalah memancing di kelong ni. Lama betul ada rasa keinginan tu, tapi tak kesampaian lagi. Geng pun tak ada ... huhuhu ....

Anda kaki pancing dan pernah memancing di kelong tak?

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Pernah mancing di kelong...bro...kadang kadang pulang tangan kosong...tapi kebanyakkannya ada juga lah ikan...gelama, kerapu, sembilang karang...halusss....

    http://www.safirulamar.com/2013/05/endau-trip-2013-penderitaan-berakhir.html

    BalasPadam
  2. Menarik ni HH...cuba la.. nanti leh share gambar hasil mancing tu...abah SA pun suka mancing..smlm dpt keli besar giler...seram tgok

    BalasPadam
  3. Salam tuan..3 tahun berlalu sudah. Harapnye tuan dah berjaya sampai, memancing dan mendapat ikan hendaknye. Kalau sudah, kemana pula lepas lepas ni?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement