Penting anda ketahui cara penjagaan kuku yang betul. Jika anda seorang yang mementingkan penampilan, kuku mestilah dipastikan agar nampak bersih, dan paling utama kelihatan sihat. Kuku yang sihat selalunya akan bersinar atau berkilat.

Andai sebelum ini saya pernah ceritakan berkaitan 10 Tanda Pada Kuku Kenalpasti Masalah Kesihatan, kali ini saya nak kongsikan pula sedikit tips penjagaan kuku. Diri bersih, in Sha Allah ... akan sihat. Lagipun, kuku adalah sebahagian daripada anggota tubuh yang penting iaitu tangan dan kaki.

Enam Tips Penjagaan Kuku Agar Sentiasa Sihat dan Cantik

Tips Menjaga Kuku Agar Kelihatan Cantik dan Sihat
6 Tips Menjaga Kuku Agar Kelihatan Cantik dan Sihat
  1. Jangan gunakan kuku jari untuk mencungkil atau menyucuk sesuatu benda. Kuku akan cepat rosak. 
  2. Elakkan dari menggigit kuku atau cungkil kutikel pada kuku. Ia akan merosakkan dasar kuku anda. Kecederaan juga boleh berlaku. 
  3. Kuku mestilah kering dan bersih. Ianya untuk elakkan bakteria dan kuman dari membiak. Bawah kuku perlu dibersihkan dengan kerap, dan pastikan ia sentiasa kering terutama selepas mandi atau selepas membasuh tangan. 
  4. Rapikan kuku anda dengan kerap. Gunakan alat khas seperti gunting manikur atau pengetip kuku untuk merapikan kuku. Jangan gunakan pisau belit, gunting yang bukan untuk tujuan ini. Kayu pengasah kuku digunakan untuk meratakan kuku, dan lakukan selepas mandi atau selepas merendam kaki. 
  5. Jangan tarik kuku yang terkeluar atau tergantung. Ia akan menyebabkan anda tertarik tisu hidup. 
  6. Gunakan pelembap untuk lembapkan kuku dengan kerap, bukan basahkan dengan air! 

Semoga ianya menjadi pedoman untuk anda supaya memelihara kesihatan kuku anda. Bagi seorang muslim, adalah tidak digalakkan menyimpan kuku panjang kerana dikhuatiri membawa penyakit selain boleh memberikan mudarat yang lain.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement