Awas dengan taktik kotor ni. Ia adalah taktik forced-seller iaitu keterdesakan penjual untuk menjual produknya tanpa sebarang pengesahan daripada kononnya pelanggan, walhal pelanggan itu tidak pernah membuat sebarang tempahan, belian atau pesanan produk tersebut.

Modus operandi ini telah didedahkan oleh salah seorang rakan blogger saya, Puan Akma dalam satu Instagram's post pada hari ini - 16 November 2017. Puan Akma mendedahkan bahawa ada penjual online yang tidak tahu asal usulnya telah menggunakan nama penuh dan alamatnya untuk menghantar satu produk yang tidak pernah dibeli atau dibuat pesanan, dengan memaksa penerima untuk bayar penghantaran menggunakan Cash-On-Delivery.

Awas Scammer Jual Barang Cara COD dan Pre-sale

Awas Scammer Jual Barang Cara COD dan Pre-sale
Sebenarnya teknik atau taktik jualan seperti ini dah lama ada, saya pernah terkena sebanyak 3 kali dah. Tetapi saya tidak dipaksa untuk bayar, tidak seperti kes macam Puan Akma ini apabila seolah dipaksa oleh agen atau syarikat penghantar untuk bayar produk Cash-on-Delivery (COD) ni.

Macam kes saya, produk sampai ke rumah ... dan diminta bayar dengan cara menghantar wang pos ke alamat syarikat yang tertera. Ada envelope butiran pembayaran dengan kos pos telah dijelaskan.

Andainya jika saya mahukan produk tersebut, saya perlu kembalikan envelope yang diberikan beserta bayaran. Jika tidak mahu, saya perlu juga untuk kembalikan produk tersebut menerusi envelope yang sama. Jadinya, tiada sebarang kos dikenakan walaupun produk itu sampai sebagai presale tanpa pengesahan awal dari saya.
Awas Scammer Jual Barang Cara COD dan Pre-sale
[post_ads]
Lain sedikit dengan kes Puan Akma ini apabila produk itu datangnya dari luar negara, dan dihantar menerusi kurier servis penghantaran yang mengutip COD. Nasib baik Puan Akma ni bukan jenis yang mudah kena tipu dengan taktik forced-seller ini.

Pulangkan Balik Jika Bukan Anda Order !!

Jadi, apa yang telah Puan Akma buat? Beliau pulangkan balik barang tersebut, dan katakan enggan untuk bayar. Ya, kalau ikutkan barangan COD boleh dipulangkan balik ... jika ada yang tidak kena. Pihak penghantar atau kurier tak boleh buat apa jika kita enggan terima, apatah lagi jika kita sangat pasti kita tak buat sebarang pembelian atau tempahan.

[Dah Baca?] OrderSini - Platform Untuk Uruskan Tempahan Secara Online

Bahaya taktik kotor ini buat mereka yang tidak tahu atau tidak sedar. Aha .. tak pasal kena bayar produk yang kita tak pernah tahu pun wujud.... huhu...

Kebanyakkan taktik ini digunakan oleh peniaga dan penjual secara online. Dari mana mereka ini mendapat data peribadi iaitu nama, alamat dan nombor telefon tak dapat dipastikan. Puan Akma syak kemungkinan data peribadinya telah disalahguna menerusi laman web e-commerce atau laman web beli-belah online.

Syak Data Peribadi Disalahgunakan Pihak Tertentu

Bagaimana Puan Akma syak data peribadinya disalah-gunakan? Kerana nama penuh digunakan dalam kes scammer ini. Selalunya nama penuh digunakan dalam bentuk data transaksi walhal Puan Akma beritahu saya, beliau jika nak beli online gunakan nama pendek (bukan nama penuh).

[Dah Baca?] Adakah Data Peribadi Anda di Telco Selamat? SayaKenaHacked.com

Pun begitu, menurut catatan Puan Akma, penghantar barang/kurier tu memberitahu kebanyakkan produk sebegini jenis forced-seller ini datangnya dari peniaga online di Facebook. Uhh alokkk ... hati-hatilah ye.

9 Tips Untuk Elak Kena Tipu Scammer COD

Tips Untuk Elak Kena Tipu Barang Hantar COD
Sedikit tips saya nak berikan kepada anda agar tidak ditipu hidup-hidup oleh scammer peniaga dan penjual online ni. Rujuk gambar di atas ye untuk beberapa perkara yang patut anda ambil tahu.
  1. Sahkan samada anda ada beli atau tempah barang secara Cash-on-Delivery (COD). Ambil nombor tempahan jika ada untuk pengesahan apabila anda terima barang daripada pihak kurier. Jika tak sama, jangan bayar dan jangan terima barang tersebut hatta tertulis nama dan alamat rumah anda dengan tepat!
  2. Lihat parcel tersebut samada ia benar-benar nama anda. Kadang bukan nama anda, tetapi menggunakan alamat rumah atau pejabat anda.
  3. Lihat pada parcel, biasanya untuk penjualan jenis presale akan tertulis perkataan presale. Jika ianya jualan presale, anda boleh tolak barangan tersebut tanpa bayar apa-apa.
  4. Produk selalunya datang dari luar negara kerana mereka merasakan boleh terlepas dari tindakan undang-undang negara ini jika dibuat laporan polis.
  5. Sila tegaskan kepada pihak kurier bahawa anda tidak sesekali buat tempahan atau belian online tersebut, dan anda perlu tegas supaya tidak diminta untuk bayar COD. Jangan kesian sangat sebab anda sebenarnya membenarkan lebih banyak kejadian ini daripada berulang dan berlaku pada orang lain.
  6. Apabila anda menerima parcel atau bungkusan yang mempunyai nombor telefon yang mencurigakan, sila sahkan dengan pihak kurier dari mana produk itu datang. Jika anda tak pasti, jangan terima atau bayar.
  7. Apabila anda mahu buat belian atau tempahan menerusi penjual online terutama di Facebook, sila gunakan nama samaran atau nama pendek anda ketika berurusniaga. Jangan dedahkan nama penuh anda. Dengan cara ini, anda boleh tahu dari mana sesuatu produk dihantar COD kepada anda.
  8. Berhati-hatilah bila beli barang online menggunakan cara COD ini. Mungkin akan ada pihak cuba ambil kesempatan daripada perkongsian maklumat anda di laman FB penjual tersebut seperti nama, alamat, nombor telefon. Beli barang secara online daripada laman web yang sah atau diperakui kesahihan transaksi (telus) dan selamat.
  9. Untuk lebih pastikan anda tidak terjebak dengan scammer yang jual barang forced-seller teknik COD ini, maka janganlah buat cara pembelian guna cara COD ini ... lebih baik anda beli dan bayar terus secara online mengikut saluran yang betul.
[post_ads_2]

Moga perkongsian di atas daripada Puan Akma dan tips daripada saya sedikit sebanyak dapat bantu anda elak daripada menjadi mangsa penjual online forced-seller taktik COD ini.

Kongsikan kepada yang lain dengan klik butang sosial media di bawah ini ye.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada terbaca juga psl ni...mcm2 orang nk scam skarang ni..smoga kita semua dilindungi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement