Menarik. Tetapi adakah tarikan terbaru Pusat Sains Negara, Survive The Bunker ini benar-benar best? Aha, sebenarnya ia bergantung dengan kumpulan (group) yang akan masuk bersama-sama anda ke dalam bunker ini. Jika mereka ikut arahan dan peraturan, pastinya pengalaman berada dalam Survivor Bunker sesuatu yang anda akan diingati.
Best ke Survive The Bunker Tarikan Terbaru Pusat Sains Negara Kuala Lumpur?
Survive The Bunker adalah merupakan pameran self-explore yang menampilkan elemen-elemen ketakutan dalam diri seorang manusia. Ia adalah pameran untuk perkenalkan rasa takut yang dikenali sebagai fobia yang ada pelbagai kategori.Kalau anda nak tahu, Survive The Bunker adalah salah satu daripada dua tarikan terbaru yang ada di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur. Satu lagi tarikan terkini yang diwujudkan ialah I-Rays. Dua-dua tarikan ini berada di aras dua bangunan utama Pusat Sains Negara.
Secara ringkasnya, pameran Survive The Bunker menceritakan tentang sebuah bunker terbiar yang misteri. Apa yang menariknya adalah pengunjung diuji mengharungi bunker tersebut untuk keluar dengan selamat. Ada macam-macam benda, perkara, kejadian di dalam bunker yang akan menguji tahap ketakutan atau fobia dalam diri anda.
Tiket Masuk
Tiket masuk ke galeri Survive The Bunker adalah RM4 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak). Pun begitu, orang dewasa yang ada masalah kesihatan terutama jantung dan tekanan darah tinggi tidak digalakkan untuk masuk ke galeri ini. Begitu juga dengan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun.Aha .. kalau dah ada amaran dan had begitu, tentu apa yang ada dalam Survive The Bunker tu sesuatu yang sukar dijangkakan .. ye tak? Itulah yang saya anak beranak rasa ... tertanya-tanya apakah yang akan kami temui dalam bunker ni. Sedikit rasa gugup pun ada, takut sikit-sikit, berdebar dalam hati .. huhu... haha .. tak padan dengan tua. Kah kah.
Bila nak masuk je, ada staff yang akan semak tiket dan minta kami menunggu di ruang khas. Hanya enam orang dewasa sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. Anak-anak pula saya tak pasti. Tapi anak-anak mesti ditemani oleh orang dewasa.
Ada beberapa ruang di dalam Survive The Bunker ini iaitu
- House on Fire
- The Labyrinth
- Exotic Isle
- Dark Alley
- Drolly Doll
- Loony Chamber
- Acrophobia Walk
Anak saya Maira yang paling takut, memang dia genggam erat tangan saya.
Aha .. tapi saya ada trick sendiri untuk keluar dari bunker tu dengan selamat. Saya hanya perlu pandang ke atas sahaja ... :) Ehemm .. jadi, kalau anda masuk ke dalam ni, gunakan tips ni .. dan anda akan tahu apa maksud saya.
Anda dilarang gunakan sebarang gajet, termasuklah lampu suluh dan kamera apabila berada di dalam Survive The Bunker ni. Kalau anda gunakan juga ... memang hilanglah rasa thrill bila berada di dalam tu. Mungkin, matlamat asal untuk uji tahap fobia yang ada dalam diri anda tak akan tercapai.
Anda akan melalui kawasan yang terasa sangat sejuk dan terasa sangat panas. Anda juga akan melalui kawasan yang memerlukan anda menggunakan tenaga untuk mendaki dan memanjat. Ada laluan yang landai, ada yang curam dan anda yang menongkah.
[Dah Baca?] 5 Perfectly Planned Family Holiday For YouDalam satu ruang yang lain, anda akan dikejutkan dengan replika mayat dan patung bernyawa. Aha .. ni kalau anda tak alert .. mungkin boleh membuatkan anda terkejut menjerit .. huhu.
Kemudian, di akhir bunker .. anda akan lalui kawasan berair, ada jambatan gantung yang perlu anda lalui.
Setiap tindakan serta pergerakan anda dipantau menerusi CCTV. Jadi, kalau berlaku apa-apa yang tidak dijangka, staff Survive The Bunker akan bantu .. jadinya, tak perlu risau sangat .. huhu. Malah, di akhir sudut pameran ini, anda boleh lihat gelagat pengunjung lain yang masuk ke dalam pameran ini menerusi paparan CCTV.
Sebelum keluar, ada ruang penerangan mengenai segala bentuk fobia yang telah anda alami. Di sini, bolehlah anda tambah pengetahuan anda mengenai sains berkaitan ketakutan dalam diri manusia.
[Dah Baca?] Jenjalan ke Disiniland Batu Kurau - Tarikan Agrotourism Terkini di PerakOk, secara kesimpulannya .. apabila saya dan anak-anak dah merasa masuk ke dalam ruang pameran Survive The Bunker ini .. ia satu pengalaman yang menarik dalam mengetahui ketakutan yang macam mana ada di dalam diri. Paling penting ialah bagaimana untuk mengatasi rasa fobia ini.
Jika anda ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri pengalaman Survive The Bunker ini.
wow bestnya! dah lama tgu pusat sains tu bukak sebab renovate hritu, baru tahu rupanya dah bukak balik dah
ReplyDeleteDah buka sejak pertengahan oktober hari tu. :)
Deletemenariknya... byk informasi. bgs bw anak2 menimba ilmu baru di sini
ReplyDeleteMenariknya Sains Negara ..bertuah dapat live ke sana tu HH..
ReplyDeleteHaha .. jenuh pegi balik pegi balik sebelum ni .. :P
DeleteNak beli tiket survive the bunker ni dkt mana?
ReplyDeleteTempah awal or beli di kaunter tiket?
Beli kat pintu masuk utama Pusat Sains ... kat kaunter tiket biasa tu.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.