Sejak isteri saya dapat tahu lubuk bisnes cenderahati ni, dah macam-macam cenderahati yang dibuatnya. Semasa harijadi saya dan anak-anak, isteri saya buat tempahan mug, yang muncul gambar bila air panas dituangkan. Kali ini, isteri saya dok sibuk jana income sampingan dengan hasilkan kalendar 2018 custom-made.

Isteri saya ni memang minat nak berniaga. Awal-awal kami bernikah dulu, kami berniaga online jual lampin kain, jual buku kanak-kanak dan kadang jual telekung dan tudung. Buat sekadar nak tambah income je, bukan full-time.

Bisnes Cenderahati Kalendar Custom-Made

Bisnes Cenderahati Kalendar Custom-Made
Bisnes cenderahati memang mudah nak buat, tetapi kena tahu lubuk dia la. Macam isteri saya ni, dia buat bisnes masa lapang hasilkan kalendar custom-made. Kalendar semua ditempah secara online, dan dia hasilkan kalendar pun gunakan servis online. Tak perlu nak ada kedai, tak perlu nak ada mesin cetak, tak perlu pun nak uruskan pembungkusan dan penghantaran.

Bisnes Cenderahati Kalendar Custom-Made

Aha .. menarik kan? Itulah sebabnya isteri saya suka buat bisnes ni. Lagipun, ia cuma dilakukan ketika masa lapang. Selalunya isteri saya akan setelkan tempahan untuk kalendar custom-made selepas kerja, waktu malam dan juga hari cuti.

Ianya boleh dianggap sebagai kerja sampingan di rumah la ni .. hehehe ...

Keuntungan daripada membuat bisnes cenderahati, seperti membuat kalendar custom-made ni memang lumayan. Serius tak tipu .. yelah, seperti saya cakap awal-awal tadi, tak perlu pun nak ada mesin nak cetak, tak perlu nak uruskan pembungkusan dan penghantaran. Jadi, kos yang terbabit hampir tidak ada ...

Cuma yang perlu ada ialah sedikit kreativiti (tak perlu mahir sangat pun), masa, dan tahu cara nak melakukannya (lubuk dan sumber).

Bisnes Cenderahati Kalendar Custom-Made
Bisnes Cenderahati Kalendar Custom-Made

Setakat ini, isteri saya banyak terima tempahan daripada kawan-kawan bekas sekolah lama. Dari situ, tempahan mula bertambah atas sebab semua suka dengan hasil yang mereka terima. Dari kawan sekolah ..kini ia mula terima tempahan dari kawan atas kawan. Uhh kalau tengok senarai tempahan .. memang panjang la jugak.
[Dah Baca?] Panduan Bisnes Cenderahati dari Rumah - Potensi Income 5 Angka Sebulan!
Saya tak tolong apa-apa pun..... hahaha .. walaupun hakikatnya saya ni lebih terdedah dengan kerja-kerja grafik dan lebih tahu selok-belok bisnes online macam bisnes cenderahati ni. Tapi itulah, hendak seribu daya ... keh keh .. isteri saya seronok buat bisnes ni, itu sebab ianya berjaya.

Bisnes cenderahati memang sentiasa ada pelanggan. Isteri saya tak ada masalah pun nak dapatkan customer. Dia hanya share je kalendar custom-made yang dibuat untuk keluarga kami di laman Facebook. Selepas itu, orang mula bertanya .. dan nak tahu cara nak buat ... ehemm ...  kachingg ... rezeki. Pintu rezeki diketuk, dan isteri saya ambil peluang tu.

Bisnes Cenderahati Kalendar Custom-Made

Alhamdulillah, tempahan bisnes membuat cenderahati kalendar custom-made ni menerima sambutan yang baik. Hasil rezeki dari bisnes cenderahati ni bolehlah buat belanja nak beli apa-apa yang patut, terutama untuk keperluan anak-anak.

Jika anda semua nak ceburi bisnes cenderahati secara kecil-kecilan atau sampingan macam isteri saya ni, saya syorkan anda dapatkan panduannya di sini - Tempahan Rahsia Bisnes Cenderahati - 4 Modul Video + 3 Bonus + Rahsia Lubuk Pembekal + FB Support

Hari tu, saya ada beritahu pasal panduan ni, harga ketika itu cuma RM100 je, skrang dah naik menjadi RM150, ni pun harga panduan ni nak naik lagi. Modal ilmu beb ... in Sha Allah, pulangan dari ilmu yang berkat memang mengagumkan. Income kerja sampingan je ..

Bukan setakat secara sampingan, anda boleh buat bisnes cenderahati ni sebagai salah satu bisnes tetap anda ... :)

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. menariknya mug tu. b untung HH ada isteri suka meniaga. mama tak berapa pandai meniaga

    ReplyDelete
  2. cantiknya, asalkan rajin, kat mana2 pun rezeki pasti ada...

    ReplyDelete
  3. Wah cantik kalender ni . Siap boleh letak gambar2 family lagi kn .

    ReplyDelete
  4. Bisnes cenderahati ada banyak cabang pasaran. Jika jumpa pasaran dan kena dengan produk, memang boleh berjaya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement