Baru-baru ni, saya dan keluarga ada singgah di pekan kecil Behrang. Semasa di situ, saya ternampak satu iklan kecil yang tertulis Kolam Pancing Ikan Eksotik Natural. Uhh .. kaki pancing seperti saya walaupun bukan jenis die-hard tetapi pasti ada rasa nak tahu. Rupanya, di situlah tempat kaki pancing area sekitar nak merasa memancing ikan saiz mega.

Sebenarnya, saya dan keluarga dalam perjalanan ke Putrajaya. Ia adalah minggu cuti sekolah perayaan Hari Deepavali. Saya nak bawa anak-anak pergi ke Pusat Sains Negara, yang baru dibuka semula setelah bertahun ditutup untuk renovation. Saya sengaja ke ibu kota ikut jalan lama agar boleh singgah mana-mana tempat menarik. Kan semuanya #DekatJer...hehehe

Ikan Saiz Mega di Kolam Pancing Behrang

Ikan Saiz Mega di Kolam Pancing Behrang
Agak jauh dan terlindung daripada pandangan. Tetapi anda tahu anda menuju loksi yang betul kerana di tepi jalan, ada poster-poster menunjukkan kaki pancing menaikkan ikan saiz mega dari Kolam Pancing Ikan Eksotik Natural ni. Uhh tengok poster tu .. memang mengujakan betul.

Lokasi Tempat Pancing Kolam Pancing Behrang

Ikan Saiz Mega di Kolam Pancing Behrang
Bila dah menongkah bukit tu, akan kelihatan sebuah tempat yang sangat besar, seumpaman sebuah gudang terbuka. Ada dua kolam besar.

Bayaran dan Peraturan

Selepas ambil tempat parking, saya dan keluarga terus masuk ke kawasan kolam pancing. Tempat parkir dan masuk ke kolam adalah percuma. Kalau nak memancing, akan dikenakan sedikit bayaran. Bayaran untuk memancing di kolam pancing ini adalah RM100 untuk 4 jam. Dan minima masa atau tempoh yang dibenarkan untuk memancing adalah 4 jam .. huhu...

Kolam Pancing Natural Exotic Fish Fishing Pond, Behrang
Kolam Pancing Natural Exotic Fish Fishing Pond, Behrang
Umpan hidup ada disediakan untuk para pemancing. Tak mahu guna umpan hidup, boleh gunakan umpan plastik dengan syarat ia mestilah single-hook dan bukan jenis hook yang bergerigi. Ini adalah kerana polisi kolam pancing ini yang hanya mengetengahkan sport fun fishing. Ikan yang dipancing tidak boleh dibawa balik, dan wajib dilepaskan semula.

Menurut kakitangan kolam pancing ini, hanya ikan bersaiz mega sahaja berada di dalam kolam. Jadi, para pemancing yang mahu mencuba memancing di Natural Exotic Fish Fishing Pond, Behrang ini mesti memastikan set pancing yang digunakan adalah yang bersesuaian. Kalau tak, uhh menangis tak berlagu la nanti ... huhu....

Semasa saya dan keluarga berada di sini dalam 30 minit, kami dapat saksikan dua aksi menarik dari kaki pancing yang berada di situ. Perghh .. memang besar-besar ikan yang dinaikkan. Ada banyak jenis ikan air tawar, termasuk dari jenis hibrib dan juga spesies mega luar negara.

Hasil Memancing Kolam Pancing Natural Exotic Fish Fishing Pond, Behrang
Hasil Memancing Kolam Pancing Natural Exotic Fish Fishing Pond, Behrang
Kolam Pancing Natural Exotic Fish Fishing Pond, Behrang

Kolam pancing ini masih baru, ianya mula beroperasi sekitar bulan April 2017. Jadi, kebanyakan kemudahan yang ada memang masih elok, baru dan bersih. Tempat ini dua tingkat. Ada ruang untuk restoran terletak di bahagian atas, tetapi masih lagi belum beroperasi.

Kaki pancing yang nak mencuba kehebatan memancing ikan saiz mega, bolehlah ke sini. Tak jauh dari simpang masuk ke pekan Behrang (baru). Trademark paling penting ialah masjid. Jumpa masjid tu, lihat sahaja penanda arah yang menuju ke Natural Exotic Fish Fishing Pond ini. Kolam pancing ini dibuka 24 jam tau .. huhu.
[Dah Tonton?] Video Aksi Pemancing Naikkan Ikan Kerapu Mega di Kolam Pancing Marina Island, Lumut
Di bawah ini beberapa gambar kaki pancing yang berjaya naikkan ikan saiz mega di kolam pancing ni .. merecik tak? Huhuhu .....
Awek Pancing Ikan Saiz Mega
Ikan Air Tawar Saiz Mega di Kolam Pancing Behrang
Ikan Saiz Mega di Kolam Pancing Behrang

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wahhh...walaupun saya bukanlah kaki pancing, bila tengok keadaan macam tu, terasa ingin cuba juga memancing.
    Mungkin kesabaran saya tak cukup kuat rasanya.

    BalasPadam
  2. Uikshhhh kalau camtu saiz ikan yang bakal dikail memang berbaloi-baloi dengan harga untuk tempoh 4 jam..

    BalasPadam
  3. apa yang tak bestnya tak boleh bawak balik plak..kena bayar sampai RM100 plak tu..ohoho

    BalasPadam
  4. Dah dekat sangat dengan rumah gua nie... Awat tak bagitau nak turun Behrang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement