Rupa-rupanya, Maira kumpul duit untuk beli mainan untuk dirinya. Dah target. Dah tahu harga. Jadi, diusahakan untuk sampai target tu. Maira nak beli satu set mainan, yang dah dilihat sebelum ini di Kedai D.I.Y. Nasib baik harga set memanah mainan ni boleh dibeli dengan harga murah.
Maira Beli Set Memanah Guna Upah Urut
Hari tu, saya dengan dua orang anak saya telah singgah ke D.I.Y Kerian Sentral Parit Buntar. Asal tujuan adalah untuk beli tiket wayang menonton cerita Tomburio, sebuah filem lakonan Zul Ariffin, yang menjadi hero kesukaan dua orang anak saya ni. Kedai D.I.Y tu pula memang letaknya sebelah je dengan pawagam.Maka, selepas dah dapatkan 1 tiket dewasa, dan 1 tiket kanak-kanak, teruslah kami ke D.I.Y. Cadang saya nak mencari mainan lembut untuk baby Najmi. Asyik tengok baby Najmi main benda yang sama je, rasa kesian lak .. hehe.
Barang mainan baby yang lama-lama semua dah rosak. Kalau tak memang recycle je.
Dalam dok mencari itulah, Maira tarik tangan saya ... dan tunjukkan set mainan memanah. Harganya dalam RM13 satu set (lebih kurang). Maira minta saya belikan. Tetapi saya kata, tak boleh. Saya beritahu Maira kena gunakan duit sendiri. Zikri turut berkomplot .. pujuk saya untuk beli. Sekali lagi, saya tak benarkan. Saya kata, kena usaha.
Hmm .. sejak dari tu, apalagi .. Maira berusaha dengan tekun agar dapat penuhi bajet untuk beli set memanah tu. Memang tekad betul Maira.
Kemudian, pada satu hari semasa saya dan isteri berdating berdua, kami telah pergi ke Kerian Sentral. Saya pun ajak isteri singgah D.I.Y. Isteri saya kata, dia nak tengok set memanah yang Maira nak tu .. huhu ... jadi, saya pun tunjuklah.
[Dah Baca?] 13 Kelebihan Tadika Nimblebee Untuk Anak-Anak dan IbubapaLepas bincang, kami pun setuju nak beli. Nak berikan kejutan pada Maira, yang kalau ikutkan janji untuk beli selepas tamat peperiksaan - iaitu pada akhir minggu tu. Beli dengan harga RM13 satu set. Harga yang murah juga selepas banding dengan apa yang dijual secara online .. jeng jeng jeng.
Dah beli, isteri saya sorokkan dalam kereta. Dia kata akan berikan pada Maira pada hari jumaat, iaitu selepas sekolah. Exam akhir tahun memang habis pada Jumaat tu.
Uhh ... betapa gembira dua beradik bila dah dapat set mainan memanah tu. Tak sempat-sempat tukar baju sekolah, terus buka kotak .. nak mencuba .. nak main. Saya dan isteri senyum je ...
Bila dah try empat lima kali set memanah tu ... Maira pergi ambil duit upah urut yang dah dikumpulkan. Hmm ... cukup RM13. Maira terus berikan pada isteri saya. Janji tetap janji, set mainan kena beli dengan duit sendiri.
Saya ok je bila Maira dengan Zikri kata nak beli set memanah ni. Ia sebenarnya satu aktiviti dan sukan yang memang ada disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai salah satu dari 3 aktiviti yang wajar diajar pada anak-anak selain berkuda dan juga berenang.
Bila dah didedahkan macam ni, bolehlah nanti saya bawa mereka ni ke Disiniland lagi, untuk mencuba aktiviti memanah sebenar yang ada di situ. Review ringkas mengenai Disiniland yang terletak di Batu Kurau, Taiping .. pernah saya ceritakan sebelum ni.
Jika anda yang tak pernah mencuba sukan memanah, saya syorkan anda main. Memang seronok sebenarnya. :)
Wah bagus didik anak usaha sendiri untuk dapatkan apa yang mereka nak.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.