Siapa sini peminat Milo Energy Cube? Aha .. sekarang benda kiut ni sudah berada di pasaran am, dah boleh didapati di beberapa pasaraya besar. Baru-baru ini, saya baru tahu yang Milo Energy Cube boleh didapati dan dibeli di Mydin, Parit Buntar.

Sebelum ini, saya cuma tahu yang Milo Energy Cube ini hanya boleh dibeli secara online, yang diimport oleh penjual. Saya ada kenal beberapa penjual online yang jual Milo Cube ini, dan ada yang beritahu di Kuala Lumpur, Milo Energy Cube boleh didapati dengan mudah di beberapa pasar malam, dijual oleh warganegara asing dari Afrika.

Milo Energy Cube di Mydin Parit Buntar

Milo Energy Cube di Mydin Parit Buntar
Anak-anak saya agak sukakannya. Misalnya, Zikri ... dia suka makan Milo Cube ni ketika hari latihan bolasepak di sekolah. Sebelum ke sekolah, dia akan makan ... dan dia akan bawa beberapa kiub untuk diberikan pada kawan-kawan.

Milo Energy Cube di Mydin Parit Buntar
Saya pula, sebaliknya tak berapa suka dengan rasa Milo Energy Cube ni. Rasanya terlalu manis bagi saya. Ehem .. sangat tidak baik untuk seseorang yang ada penyakit Diabetes, tak gitu? Tapi, ada yang beritahu, Milo Cube ni bagus untuk keadaan di mana kandungan gula dalam darah agak rendah, atau berada di dalam keadaan Hypoglycemia.

Kiub Untuk Tenaga Segera

Asalnya, Milo Energy Cube dicipta untuk atlit-atlit olahraga terutama yang terlibat dengan suka Marathon atau larian jarak jauh. Itu sebab asal pengeluaran kiub ini adalah dari negara Afrika, iaitu Nigeria. Seperti kita sedia maklum, atlit marathon dan lumba lari dari Nigeria memang hebat-hebat belaka.

Latihan intensif dilakukan oleh mereka setiap hari memerlukan pengambilan makanan yang mengandungi tenaga yang banyak. Itulah awalnya wujudnya Milo Energy Cube ini.

Lagipun, jenama Milo memang dikenali sebagai minuman malt perasa coklat yang memberikan tenaga segera. Saya takkan lupa ayat motto ini - Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat. :)

Dulu, saya memang suka minuman Milo ni. Setelah usia meningkat, saya dah jarang ambil minuman seperti ini. Saya lebih sukakan minuman yang ada rasa sedikit pahit berbanding manis seperti Milo. Kalau ada ambil pun, saya sukakan Milo kosong tanpa ditambah sebarang gula atau susu.

Cakap lagi mengenai Milo Energy Cube ini ..

Milo Energy Cube di Mydin Parit Buntar
Anak-anak saya beli sepeket yang mengandungi 100 biji kiub. Harganya dalam RM28.00 sepeket. Sepeket Milo Energy Cube ni boleh tahan lebih sebulan .. yelah, bukan hari-hari kena makan, atau perlu makan. Ia bukan seperti gula-gula biasa tu ... uhh tak boleh pun nak ambil bebanyak.

Walaupun ia boleh didapati dijual di Mydin tempat saya ni, stoknya agak terhad. Tak banyak. Jadi, mungkin hari ini anda boleh nampak ia ada di rak jualan, esok lusa belum tentu.

Ia adalah produk keluaran Nestle Nigeria, jadi ianya adalah produk import. Harganya mestilah agak mahal, apatah lagi bila dijual dalam pasaraya yang dikenakan GST ni .. hehehe...

Milo Energy Cube di Mydin Parit Buntar
Memang geram tengok saiz Milo kiub ni ... comel je. Sekali sekala boleh beli. Kalau nak makan hari-hari, dalam kuantiti banyak .. pi ceduk dalam tin Milo .. hahaha....

Untuk harga lebih murah, Milo Energy Cube ni boleh didapati di beberapa laman web shopping online seperti Lazada dan 11th Street.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hm... agaknya boleh bertahan sampai sebulan ke?

    ReplyDelete
  2. sure x puas makan yang cube tu..makan milo yg serbuk tu..buh dlm cawan & bawak depan tv..kompem bising makkkkkkk... hahahah

    ReplyDelete
  3. Sedap! Akhirnya ada jugak dekat Mesia :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement