Apabila dah berada di situ, saya pun tengok-tengoklah kawasan .. hehe .. mencari tempat menarik untuk dikunjungi. Mulanya tu, ingat nak memancing la kat tebing sungai kat situ, yang dulunya pernah terkenal dengan panggilan Benteng. Tapi skrang, macam projek Gajah Putih je dah.
Lawatan Singkat ke Muzium Daerah Sabak Bernam
Dalam banyak-banyak tempat yang saya tengok sekali pandang, saya tertarik untuk singgah dan lawat satu muzium ni, betul-betul berada di belakang masjid. Aha .. muzium yang saya maksudkan ialah Muzium Daerah Sabak Bernam.
Saya rasa orang Sabak tentu tahu mengenai Muzium Daerah Sabak Bernam ni. Kalau dilihat daripada keadaan bangunan, dah lama muzium ni wujud di pekan Sabak.
Apa Ada di Muzium Daerah Sabak Bernam?
Muzium ni banyak dedahkan mengenai aktiviti penduduk awal di Sabak Bernam ni. Sedikit sebanyak, anak-anak saya tahu la beberapa bentuk alat menangkap ikan tradisional, mesin proses susu getah, alat untuk menoreh getah, teknik nelayan tradisional menangkap ikan dan sejarah ringkas mengenai Sabak Bernam.
Di bahagian luar bangunan, ada kereta lembu .. yang lembunya dah dilepaskan meragut rumput .. hehehe .. pastu ada rumah tradisional orang Melayu Sabak.
Saya dan keluarga memang suka pergi buat lawatan ke muzium. Banyak juga muzium di Malaysia ni yang dah pernah kami pergi, termasuklah Muzium Lukut, Muzium Tentera Darat, Muzium Gopeng, Muzium Pertama Malaysia (Muzium Taiping), Muzium Seni, Muzium USM, Muzium Perang, Muzium Melaka, Muzium Pasir Salak, Muzium Istana Jahar, Muzium Terengganu, Muzium Jeruk, Muzium Kucing dan beberapa lagi, termasuklah Muzium Negara.
Ada yang berbayar, ada yang masuk percuma. Kalau bayar pun, tak adalah mahal sangat. Aha .. itulah sebab kami suka pilih destinasi percutian yang ada muzium ni, sebab boleh bawa anak-anak tanpa risau pasal kos tiket masuk.
[Dah Baca?] Medan Selera Konsep Kontena di Sabak BernamLagipun best apa masuk muzium, sebab macam-macam pengetahuan tentang sejarah ada dalam tu. Setidak-tidaknya kita tahu asal-usul kita, bagaimana Islam sampai ke nenek moyang kita, siapa yang pernah jajah kita. Di muzium, boleh lihat dan pegang benda-benda yang susah nak jumpa dah sekarang ni.
Kadang tu, macam di Muzium Pasir Salak .. boleh tahu mengenai sejarah keris dan persenjataan Melayu lama... yang memang susah la nak tengok di zaman ini.
Alhamdulillah, kesempatan bercuti di Sabak Bernam telah membolehkan saya dan keluarga memasukkan Muzium Daerah Sabak Bernam antara muzium yang pernah kami lawati .. hehehe .... saja je cerita dalam blog ni, manalah tahu kot-kot dapat jadi duta Perbadanan Muzium ke.
Jika anda ada kesempatan, anda lawatlah muzium-muzium di Malaysia ni ... ia salah satu tips untuk sebuah percutian yang boleh jimatkan kos selain tambah pengetahuan tanpa perlu pergi jauh jauh .. in Sha Allah, semuanya #DekatJer.
Lagipun, ia juga merupakan satu aktiviti untuk merapatkan hubungan di dalam keluarga ..
muzium ni memang dh lama, tapi sayangnya sy xpenah sampai lagi walau duduk di sg besar.
BalasPadamIa mungkin bukan destinasi pilihan untuk percutian, tetapi kalau duk sungai besar, duk area Sabak Bernam tak tahu wujudnya muzium ni .. uhh .. harus pergi tu.
PadamWah..tahniah dapat anak.
BalasPadamAri tau Ada muzium kt sabak.. boleh juga singgah nnti
BalasPadambestnya gi muzium ni boleh tau sejarah lama dan barang² antik yang digunakan zaman dulu ...
BalasPadamBagus untuk anak-anak yang dok Sabak tu untuk tahu sejarah tempat asal mereka. :P
PadamKampung saya di sini. Tp saya tak pernah masuk muzium ni. Rasa malu pulak sebab saya orang tempatan pun tak pernah masuk muzium ni..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.