MyFreeView TV adalah projek nasional yang bertujuan memberikan liputan siaran TV lebih jelas secara percuma dalam bentuk siaran TV digital. Untuk membolehkan anda menerima siaran TV digital ini, anda cuma perlukan sebuah dekoder (kecuali IDTV), dan aerial penerimaan UHF.
Senarai Kawasan Liputan MyFreeView TV
Sebelum ini, saya ada ceritakan serba ringkas cara untuk pasang dan mendapatkan siaran TV digital percuma ini. Saya gunakan khidmat Kryptonton, yang sediakan servis pemasangan MyFreeView TV atau MYTV ini terutama di kawasan utara termasuklah Putrajaya dan Selangor.Saya dapat tahu ada ramai yang terima set dekoder percuma MYTV menerusi satu program yang dilaksanakan kerajaan, yang tak tahu cara nak pasang, apatah lagi mencari talaan yang betul (seperti cari siaran TV satelit) menerusi dekoder yang diterima. Dapat dekoder MYTV percuma, tetapi terbiar ... huhu...
Ada tu, sanggup beli set IDTV - set TV yang telah dilengkapi dekoder terbina-dalam untuk penerimaan siaran TV digital, tetapi gagal untuk terima siaran. Sebabnya, tak gunakan aerial penerimaan UHF yang sesuai (ada 3 jenis) dan tidak tahu nak setup penerimaan isyarat dari pemancar kawasan liputan MyFreeView.
Kalau nak pasang MyFreeView atau TV digital percuma, anda perlu tahu kawasan liputan. Bila tahu, ia akan menjadi agak mudah untuk anda membuat talaan pada aerial UHF dan setup isyarat penerimaan samada pada kotak dekoder atau set IDTV.
Berikut adalah senarai kawasan liputan untuk MyFreeView atau MYTV ini:
- Kelantan - Machang, Tanah Merah, Pasir Putih, Melor, Kuala Krai, Ketereh, Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tumpat.
- Terengganu - Besut, Kuala Terengganu, Gong Badak, Batu Rakit, Chalok, Marang, Bukit Payong, Kedai Buluh, Marang, Kelulut, Ajil, Kuala Berang, Dungun, Setiu, Geliga (Chukai)
- Pahang - Kuantan, Balok, Gebeng, Cherating, Bukit Goh, Sungai Pancing, Gambang, Pekan, Bentong, Karak, Mentakab, Temerloh, Triang, Chenor, Kuala Krau, Jengka, Maran, Sri Jaya, Chini,Bt. Ibam, Muadzam Shah, Bandar Tun Razak, Nenasi, Rompin
- Perlis - Sebahagian Negeri Perlis
- Kedah - Gurun, Kota Sarang Semut, Pendang, Kuala Kedah, Alor Setar, Kepala Batas, Jitra, Jeniang, Sik, Bedong, Yan, Merbok, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kota Kuala Muda, Kuala Ketil, Padang Serai, Kulim
- Pulau Pinang - Penaga, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Butterworth, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Prai, Bukit Mertajam, Simpang Ampat, Pulau Tikus, Tanjung Tokong, Tanjung Bungah ,Georgetown, Pulau Pinang Timur, Seberang Perai
- Perak - Manjung, Lekir, Ipoh, Teluk Intan, Bagan Datoh, Hutan Melintang, Sabak Bernam, Langkap, Kampong Gajah, Bidor, Tapah, Kampar, Gopeng, Batu Gajah, Tanjung Tualang, Parit, Lambor, Tronoh, Seri Iskandar, Bota, Tanjung Malim, Slim River, Sungkai, Bidor, Hutan Melintang, Taiping, Kuala Kangsar, Larut, Matang, Kerian, Ulu Perak, Pulau Pangkor, Lumut, Sitiawan
- Selangor - Gombak, Rawang, Batu Arang, Bestari Jaya, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Jeram, Puncak Alam, Kelang, Sungai Buloh, Subang, Shah Alam, Petaling Jaya, Kajang, Hulu Langat, Semenyih, Beranang, Serdang, Bangi, Puchong, Cyberjaya, Dengkil, Sepang, Sungai Pelek, Banting, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam, Kuala Kubu Baru
- Negeri Sembilan - Nilai, Labu, Mantin, Lenggeng, Seremban (sebahagian), Senawang (sebahagian), Tampin, Port Dickson (sebahagian), Rembau(sebahagian)
- Melaka - Seluruh Melaka, Jasin, Tampin
- Kuala Lumpur - Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Putrajaya- Seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Johor - Benut, Layang-layang, Bandar Tenggara, Gugusan Taib Andak, Kota Tinggi, Ulu Tiram, Kulai, Senai, Pekan Nanas, Pontian, Kukup, Skudai, Gelang Patah Nusajaya, Tanjung Kupang, Johor Bahru, Seri Alam, Masai, Pasir Gudang, Batu Pahat, Muar, Segamat
- Sabah - Kuala Penyu, Membakut, Papar, Kinarut, Penampang, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Likas, Inanam, Sepangar, Karambunai, Tamparuli, Tuaran, Sulaman, Kota Belud (sebahagian), Tawau, Tanjung Batu Laut, Pulau Sebatik, Andrassy, Pulau Kaniogan, Sepilok, Kota Kinabatangan, Sentosa, Batu Putih
- Sarawak - Sematan, Lundu, Bau, Siburan, Kota Sentosa, Kota Samarahan, Kuching, Santubong, Rampangi, Petra Jaya, Asajaya, Sebangan, Sarekei, Bintangor, Bayong, Miri, Marudi, Bekenu, Lutong, Beluru, Karap, Selangau, Dalat, Mukah, Balingian, Oya, Sibu
Di pasaran, ada banyak jenis dekoder untuk TV digital ini, selain yang dibekalkan oleh kerajaan menerusi program projek Televisyen Terestrial Digital (DTT), ada beberapa jenis dekoder lain yang lebih baik dengan beberapa cirian tambahan. Dekoder di pasaran agak jauh berbeza dan banyak yang lebih baik jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan menerusi skim dekoder percuma oleh kerajaan.
Contohnya seperti dekoder di bawah ini, yang saya dapatkan daripada Team Kryptonton.
Anda boleh je setup sendiri, dan buat pemasangan aerial UHF tanpa bantuan agen pemasangan MyFreeView ini, tetapi untuk keselamatan dan juga memastikan bahawa anda benar-benar mendapat siaran TV digital menerusi signal mantap dari pemancar kawasan liputan MyFreeView TV ni, eloklah anda dapatkan servis pemasangan dari mereka yang berpengalaman seperti Kryptonton .. huhuhu..
Semoga maklumat dan fakta ini boleh dimanfaatkan dan dijadikan panduan sebaiknya .. in Sha Allah.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.