Dah lama nak singgah ke destinasi pelancongan ni, tetapi tak ada peluang dan kesempatan, walaupun sebenarnya lokasinya tak jauh pun daripada kampung emak saya di Batu Gajah. Masa dedulu ada la gak pergi, tapi ketika itu tempat ni tak macam sekarang. Tempat atau destinasi pelancongan yang saya maksudkan ialah Kapal Korek No 5 Tanjung Tualang atau lebih dikenali sebagai TT5 - Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5.

Apabila kerajaan negeri Perak umumkan bahawa tahun 2017 adalah Tahun Melawat Perak, maka lokasi ini telah mula dinaik-taraf dan diberikan wajah serta tarikan baru. Ia bukan sahaja tempat untuk mengenal sejarah awal bijih timah di Malaysia, tetapi sebagai tempat singgah percutian santai di negeri Perak.

Singgah Santai di Lokasi Kapal Korek No 5 Tg Tualang (TT5)

Singgah Santai Kapal Korek No 5 Tg Tualang
Saya dan keluarga, hari tu adalah singgah sekejap di sini, tetapi agak malang bagi kami kerana ketika kami datang ... kebanyakkan kawasan ditutup untuk proses penyelenggaraan, terutama sekali kawasan dalam kapal korek.

Singgah Santai Kapal Korek No 5 Tg Tualang

Tujuan asal, saya nak bawalah anak-anak saya melihat kapal korek ini lebih dekat, terutama selepas ia diperkenalkan secara tidak langsung dalam movie best J-Revolusi, lakonan hebat Zul Ariffin, Farid Kamil, dan Fazura. Anak-anak saya awalnya memang terujalah nak tengok lokasi penggambaran filem ini yang dibuat di Kapal Korek No 5 Tanjung Tualang ni .. uhh .. tapi ... terpaksa simpan dulu hasrat tu.

In Sha Allah, mungkin di lain waktu. Ala .. boleh je nak pergi lagi sebab jarak dari rumah mak saya di Batu 3 Jalan Tg Tualang, tak jauh pun dengan lokasi kapal korek tinggalan sejarah bijih timah di Perak ni .. huhu...

Fakta Menarik Kapal Korek No 5

Walau singgah sebentar, saya dapat juga beberapa fakta menarik terutama berkaitan sejarah kapal korek ini. Sempat snap ... anda tahu ke fakta-fakta ni?

Fakta Menarik Mengenai Kapal Korek No 5 Tanjung Tualang (TT5)
Usaha Kekalkan TT5
Antara fakta menarik yang mungkin anda tak tahu ialah ...

Tahukah anda semasa zaman kegemilangan industri bijih timah suatu masa dahulu, terdapat lebih seratus buah kapal korek beroperasi di Negara ini. Setiap pembinaan kapal korek menelan belanja (pada masa itu) sebanyak RM 40 juta, menjadikan jumlah pelaburan di sektor perlombongan (kapal korek) adalah melebihi RM 4 billion. Kini, kapal korek TT5 adalah kapal korek terakhir yang masih wujud di negara ini.

Fuh. Daripada 100 buah, cuma tinggal satu je dah ... ntah-ntah ... cuma satu je kapal korek jenis ni yang ada di dunia !!

Sebelum ni, saya cuma tahu sejarah ringkas je semasa bawa keluarga ke Muzium Pertama Malaysia di Taiping. Tapi bila datang ke sini, walaupun tak dapat masuk terus ke dalam kapal korek ... dapatlah tahu apa yang hebatnya tentang kapal korek bijih timah ni. Kagum ooo ... sebab saya pernah terfikir .. "Macamana kapal korek ni boleh belayar masuk ke lombong?" ... hahaha...

Dipromosi Sempena Tahun Melawat Perak 2017

Apabila pihak kerajaan negeri ambil keputusan untuk naik-taraf lokasi tarikan pelancongan ini, banyak juga perubahan yang dapat dilihat. Andai dulu, kawasan sekitar memang penuh semak samun dan terbiar, tetapi sekarang dah bersih dan lapang. Ada galeri disediakan untuk para pengunjung ketahui lebih info berkaitan sejarah kapal korek bijih timah di Malaysia.
[Dah Baca?] Muzium Heritage House di Gopeng, Perak
Saya juga dapat tahu, pengurusan Kapal Korek No 5 Tanjung Tualang juga ada menganjurkan beberapa aktiviti menarik untuk pengunjung setiap Sabtu dan Ahad serta cuti umum, anda boleh lihat di fanpage rasmi mereka di SINI.

Antara yang menarik ialah persembahan live band, aneka jualan produk tempatan penduduk Perak, dan aktiviti berkaitan bijih timah seperti mendulang bijih. Selain itu ada pameran dan juga gerai jualan cenderahati berkaitan bijih timah.

Jika anda lalui jalan dari Ipoh ke Kg Gajah atau nak ke Teluk Intan, anda pasti takkan terlepas pandang akan binaan besar kapal korek ini yang boleh dilihat dari tepi jalan. Boleh je singgah nanti #DekatJer.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dekat jugak dengan kg suami, boleh singgah nanti bila dah start operasi sepenuhnya :D

    BalasPadam
  2. Baru sekali melawat ke Kapal Korek, tu pun sebelum dibaik pulih ... dah cantik sekarang nie

    BalasPadam
  3. wahhh .. menarik juga nak pegi nie

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement