Berita gembira untuk kakitangan awam serta pesara kerajaan. Tempahan untuk Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) untuk tahun 2018 kini dibuka, dan ianya boleh dilakukan mulai 1 November 2017 untuk tempahan bermula 3 Januari 2018. Untuk jadual tempahan penuh serta harga penginapan, boleh baca keseluruhan blog post ini.

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) serta Rumah Transit kini dibuka untuk tempahan tahun 2018 kepada kakitangan awam serta pesara kerajaan melibatkan kesemua RPP seluruh Malaysia kecuali Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson yang sedang dalam proses peralihan pengurusan.

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Transit 2018

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Transit 2018

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) 2018

Makluman berkaitan tempahan RPP untuk tahun 2018 dibuka ada dipaparkan di laman web tempahan online RPP di SBBPH. Tempahan untuk tahun 2018, boleh dilakukan mulai 1 November 2017 untuk tempahan pada 3 Januari 2018 sehingga 2 Mei 2018.

Aha .. ini tentu satu peluang untuk saya dan keluarga mencari penginapan yang selesa dengan harga murah kerana di tahun ini (2017) kami tak sempat nak membuat tempahan mana-mana RPP yang sebelum ini memang menjadi destinasi percutian kami sekeluarga, kecuali awal tahun hari tu .. di mana kami sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands, dan menginap di RPP Cameron Highlands yang telah berwajah baharu.
[Baca Sini] Percutian Awal Tahun 2017 - Menginap di RPP Cameron Highlands Berwajah Baru
Al maklumlah, isteri saya dalam kebanyakan tempoh 2017 ini masih di dalam pantang, dan anak kami pula - baby Najmi masih kecil. Jadi, kewajaran nak bawa jalan-jalan makan angin jauh-jauh tu memang diambil kira.

Orait. Untuk mereka yang berminat untuk membuat tempahan RPP untuk tahun 2018 ni ... sila ambil perhatian ye .. hehe.

Tempahan Online RPP

Seperti sedia maklum, tempahan untuk semua Rumah Peranginan Persekutuan, samada Premier mahupun Eksekutif hanya boleh dibuat dalam tempoh 3 kali dalam setahun. Tempoh pertama melibatkan suku pertama tahun 2018, tempoh kedua pula adalah untuk tempahan pada tarikh-tarikh suku kedua tahun 2018 dan begitulah seterusnya.

Tarikh Tempahan Dibuka dan Tarikh Penginapan RPP 2018

Berikut adalah tarikh mula membuat tempahan boleh dibuat, dan tarikh-tarikh tempahan penginapan RPP dan Rumah Transit yang dibenarkan:
Tarikh Mula Boleh Buat Tempahan RPP 2018

Untuk membuat tempahan, kakitangan awam serta pesara kerajaan yang berminat, boleh hanya dilakukan menerusi laman web Sistem Bersepadu Bah Pengurusan Hartanah (SBBPH) sahaja. Tiada cara lain, hanya kaedah ini sahaja boleh digunakan untuk melakukan tempahan penginapan bagi semua RPP dan Rumah Transit seluruh Malaysia, termasuklah di Singapura dan juga London.

Tempahan secara online tidak sukar dilakukan. Saya dan keluarga, menerusi pendaftaran isteri saya sebagai salah seorang penjawat awam, sudah banyak kali membuat tempahan. Anda boleh tengok sendiri senarai tempahan sebelum ini yang telah isteri saya buat... huhu...

Cara Tempah RPP Kakitangan Awam

Memang seronok bila dapat tempahan ini, sebab Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) mengenakan kadar sewaan yang sangat murah, dan kediaman serta bilik yang disediakan pula amat luas. Sekali anda dah pergi dan menginap, pasti anda tidak teragak-agak untuk datang menginap lagi.
[Baca] Jadual Takwim dan Cuti Persekolahan Tahun 2018
Tetapi itulah, bukan senang nak mendapat tempahan. Walaupun langkah-langkah membuat tempahan online RPP ini tidaklah sesukar mana - sebab saya sendiri yang dah beberapa kali buat atas nama isteri saya; ia jadi sukar kerana jumlah penginapan di RPP ini sangat terhad, jika nak dibandingkan dengan jumlah yang mahu menempah RPP ni.

3 Kategori Tempahan dan Kadar Sewaan

RPP ni ada 3 kategori iaitu Premier, Eksekutif dan Rumah Transit. Hanya kategori Eksekutif dan Rumah Transit dibuka untuk semua gred kakitangan awam, manakala bagi RPP kategori Premier, hanya untuk kakitangan awam gred Jusa dan gred 48 ke atas sahaja.

Berikut adalah kadar sewa setiap RPP dan Rumah Transit yang disediakan menerusi tempahan online SBBPH:
Kadar Sewa dan Gred Kelayakan Tempahan RPP Seluruh Malaysia
Kadar Sewa RPP Seluruh Malaysia Mengikut Gred 2018

Nak tahu rupa bilik penginapan? Aha .. saya berikan beberapa contoh ye, daripada beberapa RPP yang pernah saya sekeluarga menginap.

Anda juga boleh cuba lihat pada post-post blog saya berkaitan percutian, in Sha Allah akan jumpa beberapa perkongsian pengalaman percutian saya sekeluarga di beberapa RPP di Malaysia ini termasuklah Fraser Hill, Penang, Cameron Highlands, Kenyir, Port Dickson, Langkawi dan Morib. Isteri saya pula dah pernah menginap di RPP Labuan semasa temankan anak saya dalam pertandingan GMath.

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Dibuka 2018
RPP Cameron Highlands
RPP Banglo Cameron Highlands
RPP Langkawi

Saya juga ada kongsikan beberapa tips kalau anda nak berjaya membuat tempahan di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ini. Amacam? Dah sedia untuk rebut peluang menginap di RPP ini yang khas untuk kakitangan awam, badan berkanun dan juga pesara? Terus ke laman web SBBPH ye.

Selamat menempah ... :)

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mama tak layak sebab pekerja swasta. tapi kalau guna nama ayah iaitu pesara boleh juga kan

    BalasPadam
  2. Selesa rumah persekutuan ni. Boleh plan nk bercuti ke mana pulak tahun depan :)

    BalasPadam
  3. Dapat cakap subahanallah cantiknya rumah2 tu..

    BalasPadam
  4. saya nak tanya, kat mana ye rumah peranginan yg ada kolam renang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. RPP yang ada kolam renang cuma di Langkawi dan Port Dickson. Ia dikendalikan oleh operator luar - kemudahan tu ada di hotel operator.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement