Dah lama saya dan keluarga tidak pergi bercuti ke negeri Melaka, sebuah negeri yang sangat baik untuk belajar mengenai sejarah Melayu. Kali terakhir saya ke Melaka, semasa bercuti bersama adik ipar dan menginap di Gold Coast International Malacca. Uhh kira menumpang bilik apartment yang agak selesa memuatkan tiga keluarga. Alhamdulillah.

Apabila dah ada tempat menginap yang selesa di Melaka, maka bolehlah jalan-jalan sekitar negeri Melaka. Memang ada banyak tempat menarik di Melaka ni, dan salah satu tarikan yang tak terdapat di tempat lain ialah Menara Taming Sari.

Harga Pakej Promosi Menara Taming Sari, Melaka

Harga Pakej Promosi Menara Taming Sari, Melaka
Ketika saya dan keluarga ambil kesempatan untuk naik menara ini, harga tiket yang kami bayar adalah sebanyak RM15 seorang (dewasa). Tetapi kini, saya dapat tahu harga terkini untuk Menara Taming Sari dah naik.

Harga-Harga Tiket Menara Taming Sari

Berikut adalah harga tiket masuk terbaharu dan juga harga pakej tertentu untuk naik dan merasai pengalaman berada di dalam Menara Taming Sari, Melaka.

Harga Tiket Biasa



  • Harga Biasa
  • Dewasa
     
    RM 23.00
  • Kanak-Kanak
     
    RM 15.00 (Bawah 12 tahun)
  • Pemegang MyKad
  • Dewasa
     
    RM 17.00
  • Kanak-Kanak
     
    RM 11.00 (Bawah 12 tahun)

  • Harga tiket untuk rakyat Malaysia iaitu pemegang MyKad jauh lebih murah, dan jika nak dapatkan harga ini, pastikan anda tunjukkan MyKad anda, termasuklah mereka yang bersama dengan anda - juga MyKid anak-anak.

    Namun, ada juga harga tiket untuk pakej khas iaitu pakej istimewa dan pakej kombo. Pakej istimewa ini adalah pakej untuk pelajar sekolah dan juga pakej untuk warga emas. Untuk pakej pelajar ini, perlu ada tanda pengenalan sebagai pelajar - samada berpakaian seragam sekolah atau mempunyai guru pengiring.

    Manakala pakej kombo adalah pakej khas yang membolehkan para pengunjung merasai pengalaman lain yang disediakan di ruang legar Menara Taming Sari ini.

    Harga Tiket Menara Taming Sari - Pakej Istimewa

    Harga Pakej Promosi Menara Taming Sari, Melaka

     Harga Tiket Menara Taming Sari - Pakej Kombo

    Harga Pakej Promosi Menara Taming Sari, Melaka

    Dari Menara Taming Sari ini, anda akan berpeluang untuk menyaksikan panorama indah dan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO ini pada ketinggian 80 meter. Anda akan dapat melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St Paul, Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka.

    Pemandangan Dataran Pahlawan
    Jika anda menaikinya pada waktu malam, sepertimana saya dan keluarga hari tu ... akan nampak bandar Melaka yang bercahaya cantik dan berwarna-warni. 
    Huhu .. saya pilih waktu malam supaya tak adalah terasa gayat sangat ... haha. Kalau naik waktu siang, mungkin lain macam kot rasa dalam badan .. kah kah.

    Lebih info, boleh juga lihat di laman web rasmi Menara Taming Sari di sini - http://menaratamingsari.com

    4 Comments

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    1. Herbat promosi ini..Melaka Negeri bersejarah pasti pigi ke sana InshaAllah

      ReplyDelete
    2. Replies
      1. Tu la .. saya pun dah lama tak pergi negeri Melaka untuk bercuti ... gian lak rasanya.

        Delete

    Post a Comment

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    Previous Post Next Post

    Advertisement

    Bisnes Shopee

    Advertisement

    BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

    Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


    Advertisement