Tahukah anda bahawa terdapat sebuah badan berkanun yang dapat melindungi harta intelek milik anda? Badan ini sebenarnya telah lama wujud, malah sejak sebelum tahun 1983 lagi. Ianya bertujuan untuk mendaftarkan dan melindungi harta intelek di Malaysia yang merangkumi jenis hasil dari idea atau minda seperti ciptaan (invention), hasil karya seni, simbol-simbol, nama-nama, imej, dan rekaan dalam perniagaan yang hak eksklusifnya diakui di bawah undang-undang berkait.

Saya sendiri baru sedar bahawa banyak perkara atau produk yang dihasil dan dicipta oleh individu dari kalangan rakyat Malaysia yang hebat-hebat tidak melalui proses perlindungan harta intelek ini. Ini menyebabkan ada harta intelek diciplak dan dieksploitasi oleh pihak lain. Pecipta dan pemilik asal produk tak dapat apa-apa, yang menciplak dan meniru pula mendapat habuan berganda-ganda.

MyIPO Lindungi Karya, Idea, Ciptaan dan Karya Anda

MyIPO Lindungi Karya, Idea, Ciptaan dan Karya Anda
Untuk rakan pembaca yang mungkin tidak ada pengetahuan langsung mengenai perlindungan harta intelek ini, saya telah sediakan beberapa fakta menarik mengenainya supaya kita semua tahu dan sedar akan kepentingan mendaftarkan dan melindungi harta intelek milik kita.

Sejarah Ringkas MyIPO

MyIPO Lindungi Karya, Idea, Ciptaan dan Karya Anda
Seperti awal saya beritahu tadi, sejarah perlindungan harta intelek di Malaysia telah ada sebelum tahun 1983 lagi. Ketika itu, hak-hak harta intelek di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Pada tahun 1983, ianya kemudian telah ditukar namanya menjadi Pejabat Cap Dagangan dan Paten serta diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Pada 27 Oktober 1990, kementerian telah membuat penyusunan semula dan meletakkannya di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ia seterusnya telah ditukar nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Bahagian inilah yang diberikan tanggungjawab untuk mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan 1976, dan Akta Hakcipta 1987.

Semua akta tersebut adalah langkah-langkah untuk memastikan hak eksklusif harta intelek pemilik dilindungi dan tidak boleh disalahguna atau diciplak sewenang-wenangnya. Hak eksklusif ini bermaksud hak untuk memiliki dan hak untuk mengeksploitasi sesuatu harta intelek tanpa sebarang ancaman daripada pihak lain. Ancaman yang dimaksudkan termasuklah cetak rompak, barangan tiruan, penyalahgunaan, penggunaan tanpa kebenaran dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, perlindungan hak eksklusif harta intelek ini telah ditambah dengan adanya beberapa akta lanjutan lainnya. Misalnya, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 telah mula dikuatkuasakan pada tahun 1999, disusuli pula dengan Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000 pada tahun 2000. Manakala, pada tahun 2001, Akta Petunjuk Geografi 2000 pula dikuatkuasakan.

Akta-Akta Berkaitan Harta Intelek di Malaysia

Ringkasnya, akta-akta berkaitan untuk melindungi harta intelek di Malaysia adalah:
  • Akta Paten 1983
  • Akta Cap Dagangan 1976
  • Akta Hakcipta 1987
  • Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  • Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
  • Akta Petunjuk Geografi 2000

Sejajar dengan perkembangan industri di Malaysia, dan wujudnya pelbagai produk kreatif, jenama, label, simbol, nama-nama dan rekaan inovatif dari rakyat Malaysia serta dalam menghadapi perubahan pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global, BHI telah dijadikan sebuah badan berkanun pada 3 Mac 2003. Ia kemudian dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) melalui berkuatkuasanya Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.

MyIPO Lindungi Karya, Idea, Ciptaan dan Karya Anda
Pada 3 Mac 2005, perbadanan ini telah mengambil langkah penjenamaan semula apabila singkatan PHIM ditukar kepada MyIPO sempena pelancaran Hari Harta Intelek Negara yang pertama.

Objektif, Visi dan Misi MyIPO

Objektif MyIPO adalah:
  • Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
  • Memperkukuhkan perundangan harta intelek.
  • Menggalakkan program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek.
  • Menyediakan khidmat nasihat harta intelek.
  • Menyediakan maklumat harta intelek yang lengkap dan mesra pengguna

Visi utama penubuhannya adalah untuk menjadi salah sebuah organisasi harta intelek terbaik yang selaras dengan misinya dalam menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek, khasnya di Malaysia.

Kurang Kesedaran Mengenai Harta Intelek Milik Orang Lain

Apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan menerusi KPDNKK ini adalah sesuatu yang sangat baik, memandangkan ramai rakyat Malaysia yang masih kurang kesedaran mengenai perlindungan harta intelek ini. MyIPO bukan sekadar mahu menguatkuasakan akta dan undang-undang tetapi paling penting ialah untuk menukar pemikiran orang ramai supaya menghormati dan mengiktiraf ciptaan orang lain. Ia adalah kerana bukan mudah untuk pencipta menghasilkan sesuatu jenama atau produk.

Manakala untuk pencipta dan pereka, terutama di kalangan usahawan di Malaysia, mereka juga perlu sedar akan keperluan untuk melindungi harta intelek mereka agar hak mereka lebih terjamin sebagai pemilik produk. Selanjutnya nanti, ia sebagai langkah bagi memastikan tiada pihak yang senang-senang mahu mencuri idea dan produk mereka.

Pun begitu, MyIPO tidaklah sampai mewajibkan langkah mendaftarkan harta intelek ini. Ia masih lagi terpulang kepada individu atau syarikat tersebut samada hendak atau tidak mendaftarkan harta intelek mereka. Cuma mereka harus tahu, bahawa sudah ada badan berwajib yang boleh membantu mereka iaitu MyIPO untuk memastikan hasil titik-peluh dan idea kreatif mereka tidak diambil peluang mudah oleh mereka yang mahu mengambil jalan keuntungan mudah.

Kesimpulannya

Secara ringkasnya, MyIPO berfungsi sebagai badan yang memantau pelaksanaan undang-undang berkaitan harta intelek selain memberi nasihat dalam semakan semula dan mengemaskini perundangan berkaitan dengan harta intelek di Malaysia.

Untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai MyIPO, boleh layari laman rasminya di http://www.myipo.gov.my dan juga facebook rasmi di https://www.facebook.com/ipmalaysia

Berita dan perkembangan terkini mengenai MyIPO juga boleh diperoleh menerusi instagram di https://www.instagram.com/myipo serta Twitter - https://twitter.com/myipo


#MyIPO #MyIPO15 #TradeMark #Copyright #Patent #IndustrialDesign #IntellectualProperty #IP #HartaIntelek #HakCipta #myipoctss

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bagus info ni bagi sesiapa yg Ada jenama sendiri perlu aware ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sekadar jenama, apa jua ciptaan hatta sebuah lukisan pun sebenarnya boleh mendapat bantuan MyIPO untuk daftar bagi dilindungi.

      Delete
  2. Harap ramai yang akan sedar betapa pentingnya melindungi harta intelek mereka. MyIPO ada untuk membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Masih kekurangan maklumat berkaitan MyIPO, yang ramai tak tahu .. lebih2 lagi tentang apa yang perlu untuk daftar, apa yang boleh didaftar dan macam2 lagi.

      Delete
  3. tiada lagi kisah penipuan hakcipta..penindasan dari company besar

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Elok sebarkan mengenai MyIPO ini pada mereka yang selalu hasilkan benda2 kreatif ni.

      Delete
  5. Artikel ini sangat bagus dan juga bermanfaat. Terima kasih!

    trademark Malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement