Stress atau tekanan, memang sebenarnya tidak boleh lari untuk wujud dalam kehidupan kita. Saya sendiri sering berhadapan dengan masalah stress ini. Atau dengan kata lain .. berhadapan dengan masalah yang menyebabkan stress atau tekanan.
14 Panduan Tanggani Stress atau Tekanan
Percaya atau tidak, tekanan sebenarnya bagus untuk memajukan diri. Cuma yang jadi masalah apabila tekanan tersebut tidak ditanggani dengan cara bijaksana. Sebagai manusia, kita dah diperlengkapkan dengan kepercayaan atau agama sebagai salah satu kaedah untuk tanggani tekanan. Agama ada jalan sendiri supaya manusia boleh berhadapan dengan apa jua tekanan. Tidak percaya?Haa .. jika anda sedang marah, seandainya anda yang membaca ini seorang muslim atau beragama Islam. Cubalah teknik mudah ini - ambil wudhuk dan sholat sunat. Jika anda bukan seorang Islam, maka cuba anda basuh muka anda dengan air, dan kemudian tenangkan diri.
Sekarang, lihat pula 14 tips di bawah ini untuk bagaimana nak tanggani stress atau keadaan tertekan.
- Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.
- Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.
- Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.
- Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
- Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.
- Membentuk pengurusan masa yang baik.
- Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
- Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.
- Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
- Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.
- Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.
- Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.
- Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.
- Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.
Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan kepada pembacaan saya menerusi sebuah majalah kesihatan. Jadi, persoalan samada benar atau tidak atau samada ia berkesan atau tidak, adalah bergantung pada diri anda. Lain orang lain ragam dan emosinya.
Masalah akan wujud. Stress akan ada. Penting ni untuk anda sedar.
[post_ads_2]
Persoalan, adakah anda... saya dan kita semua mampu untuk tanggani dengan baik supaya ia boleh menjadikan kita manusia lebih baik dari semalam.
In Sha Allah, moga bermanfaat.
thanks tips ni
BalasPadamuseful tips. biasalah ... sekarang ni macam2 boleh buat kita stress kan. depends on us lah pandai ke tak manage stress
BalasPadamBetul. Saya belajar dulu, stress tak boleh tidak kekal wujud. Dalam Islam, ia adalah salah satu ujian Allah untuk umatnya.
Padamterima kasih atas perkongsian menarik ini tuan. komen pertama saya di blog famous ini
BalasPadamterima kasih atas segala perkongsian. semoga dapat memberi manfaat kpd semua pembaca
BalasPadamDalam keadaan skrang, memang nampak banyak orang gagal nak hadap tekanan.
BalasPadamSetiap orang mempunyai reaksi yang berbeza apabila menghadapi stress..apa yang penting dapatkan cara menangani stress dengan cara yang positif..
BalasPadamterima kasih atas info ini.. setiap orang pasti akan melalui fasa2 stress
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.