Sedar tak sedar, saya dan isteri telah menjadi pasangan kekasih suami isteri selama lebih 14 tahun dah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T akan nikmat bahagia dan usia perkahwinan kami ini. Dalam tempoh itu, kami telah mempunyai dan dikurniakan Allah rezeki memiliki 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan.

Tahun ini, sebagai meraikan usia perkahwinan kami selama 14 tahun, saya dan isteri telah bawa anak-anak termasuk emak saya bercuti ke Pulau Pinang, dan ambil keputusan untuk menginap di Lexis Suites Penang, yang menjadi hotel taraf lima bintang kesukaan kami sekeluarga sejak beberapa tahun lalu.

Rai 14 Tahun Perkahwinan Lexis Suites Penang

Percutian ke Lexis Suites Penang
Percutian ke Lexis Suites Penang
Kalau ikutkan, dalam keadaan kewangan yang ada sekarang .. semestinya harga penginapan di Hotel Lexis Suites Penang ini adalah di luar kemampuan, tetapi alhamdulillah, ada laman web tempahan hotel online yang memberikan harga menarik untuk penginapan bertaraf bintang ini.

Jika sebelum ini, saya dan isteri sering menggunakan aplikasi Traveloka untuk membuat tempahan hotel, tetapi kali ini .. disebabkan oleh kesuntukan masa dan juga perancangan last minute, isteri saya telah ambil peluang untuk menghubungi pihak hotel secara terus untuk mendapatkan harga menarik untuk meraikan 14 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah, tak sangka rate harga yang diberikan oleh hotel lebih murah dan berbaloi daripada mana-mana laman web tempahan hotel yang kami semak sebelum tempahan.
[Dah Baca?] Kenangan Manis 2016 dan Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 13
Sekarang memang dah susah nak dapat harga murah di laman web tempahan hotel online. Walaupun ada diberikan kupon diskaun, harga yang diberikan masih lagi membuatkan kami berfikir banyak kali untuk membuat tempahan. Tapi, tak bermakna kupon-kupon diskaun tempahan hotel online ni tak ada gunanya .. huhu .. boleh je cari hotel yang bukan taraf bintang, guna kupon dan dapat potongan sehingga 50%. Boleh semak menerusi laman web Agoda dan Trivago.

Lexis Suites Penang
Apapun, seronok je kami sekeluarga dapat bercuti ke Penang, dan merasai pengalaman buat kesekian kalinya menginap di Lexis Suites Penang. Best dapat lepak dalam bilik hotel yang ada kolam mandi private ni. Emak saya pun seronok dan sempat berendam berkemban dalam kolam di dalam bilik hotel ini.

Tahun 2018, belum ada perancangan untuk menginap di sini lagi.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Semoga sentiasa bahagia di Dunia dan di Akhirat..

    BalasPadam
  2. bestnye bro HH selalu ke sini. Syu dh lama teringin nk ke sini, tp belum ada rezeki lg

    BalasPadam
  3. alhamdulillah 14tahun dah..cantik sana,,,teringin nak g

    BalasPadam
  4. Happy 14th anniversary.
    Syoknya lepak hotel Lexis Penang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih .. memang best sbb ada kolam mandi dalam bilik .. huhu

      Padam
  5. Wiahlist ana nak ke lexis Penang ni tuan. Lama dah aim. Suka bilik dan view yang ada. InsyaAllah akan ke sini tahun depan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement