Ini bagusnya memilih tempat percutian yang ada pemandangan dan tempat untuk bersantai macam di Teluk Batik. Dah tu, percuma pulak tu .... tanpa perlu keluarkan kos untuk berseronok dengan anak-anak, bermain air sehingga kecut dan hirup udara nyaman waktu pagi di tepian laut.
Bersantai Pagi di Pantai Teluk Batik - Satu Percutian Tidak Dirancang
Syukur alhamdulillah, di Malaysia masih banyak tempat peranginan dan percutian seperti ini. Walaupun Pantai Teluk Batik tidak secantik apa yang ada di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan lain-lain tu .. tetapi bagi saya sekeluarga, Teluk Batik dah cukup bagus untuk beraktiviti bersama keluarga time cuti-cuti sekolah ni.Oh ya, lagipun Teluk Batik tidak jauh dari kampung saya di Batu Gajah, begitu juga dengan kampung isteri saya di Parit. Jadinya, semetelaah dok bercuti di Teluk Batik, kami sekeluarga boleh terus balik ke kampung halaman .. huhu. Ala #Dekatjer.
[post_ads]
Mulanya tak ada perancangan sebenar pun nak menginap di resort Teluk Batik ni. Tetapi, bila dah ada anggota keluarga lain yang ngajak ke sini, kami sekeluarga follow je. Bajet pun boleh kongsi bersama, jadi tak adalah rasa ralit sangat. Anak-anak pun ok je bila beritahu nak melepak santai di Teluk Batik ni. Dah lama tak mandi laut kata derang .. huhu.
Uhh apabila dah bercuti ke tempat yang berdekatan dengan laut, maka itulah yang membuatkan saya dan ipar buat plan untuk memancing bawah Jambatan Bainun. Tak jauh pun daripada Teluk Batik. Jadinya, para isteri dan anak-anak bersantai seronok di resort .. kami yang lelaki ... terutama para suami pergi memancing di bawah Jambatan Bainun.
[Dah Baca?] 9 Ekor Siakap - Hasil Memancing dari Balkoni Chalet AmirBila dah dekat dengan kawasan pantai ni, anak-anak memang teruja nak mandi laut walaupun tempat penginapan ada kemudahan kolam renang. Seperti tadi saya beritahu, anak-anak dah lama tak merasa mandi laut dan bermain pasir. Jadi, dah dapat peluang ni ... maka ... esok pagi sebelum bertolak pulang, anak-anak semua dah siap awal pagi nak pergi ke Pantai Teluk Batik.
[post_ads_2]
Awal pagi di Pantai Teluk Batik memang tak ramai orang. Kalau yang mengisi ruang pun adalah mereka yang ada menyewa chalet dan hotel-hotel resort berdekatan. Masa inilah waktu paling best nak merasai keseronokan berada di pantai - waktu pagi dan tak ramai pengunjung.
Anak-anak pun selesa nak bermain air, dan kami pun tak susah nak memantau dari jauh. Anak-anak main air, saya dan isteri serta baby Najmi melepak santai pagi di kerusi malas yang disewa RM3 seharian.
[Dah Baca?] Pengalaman Menginap dan Memancing di Chalet Nelayan Tiga, Damai Laut, SegariSelepas dah penat melayan ombak di pantai, barulah cari makan .. haha. Alhamdulillah, ada kedai makan yang dibuka awal pagi menyediakan sarapan. Dapatlah kami semua alas perut yang kelaparan di waktu pagi. Layan makan nasi lemak dengan sambal pedas ... memang menyelerakan selepas berlepak santai pagi di Pantai Teluk Batik...hoho.
Habis makan, uhh apa lagi ... mandi kolam renang la pulak... haha.
Syok bercuti macam ni. Kami tak plan, tapi semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak pun puas hati je tambah-tambah lagi berkesempatan untuk bermesra dengan sepupu-sepupu mereka yang lain.
singgah pagi jumaat
BalasPadamMenarik riadah kelaurga Sifu blog HH..syukur nikmat melihat perkongsian ini...
BalasPadamkali pertama ke teluk batik..haritu ada follow ride suzuki hehehe
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.