Oklah. Sebenarnya ada beberapa teknik untuk singkirkan lemak ni. Ia merupakan teknik perubatan, yang dikatakan cepat dan mudah. Tidak perlu regim diet yang memeritkan, tidak perlu keluar masuk ke pusat slimming ... atau ambil apa-apa pil diet.
6 Teknik Moden Untuk Singkirkan Lemak di Badan
Dalam post ini saya akan kongsikan kepada anda enam teknik moden untuk singkirkan lemak dari badan. Semua teknik ini adalah merupakan rawatan moden. Jika anda ada bajet, ada duit .. dan betul-betul ada keinginan nak hapuskan lemak dari badan dengan cara tercepat, bolehlah mencuba.Pun begitu, saya nasihatkan anda untuk dapatkan dulu nasihat daripada pakar... bukan pakar kelentong yang ragut duit anda ye .. tapi pakar diet atau kesihatan. Mahu jadi kurus, biar dengan cara yang betul dan selamat.
Laser Body Sculpting
Teknik terkini untuk menyalurkan lemak keluar dari badan. Ia juga merupakan satu kaedah untuk menegangkan kulit. Ia merupakan teknik memasukkan prob optik fiber di bawah kulit, dan kemudiannya mengeluarkan laser pada tahap rendah yang mampu untuk memilih dan mencairkan sel lemak yang kemudian menjadikan ia seperti larutan minyak yang akan diserap dan disingkirkan oleh badan secara semulajadi.Abdominoplasty
Merupakan satu kaedah 'tradisional' iaitu membuang lemak dengan cara pembedahan. Ia merupakan teknik moden yang telah banyak dilakukan, namun ada kes berlaku trauma akibat kompilasi selepas pembedahan dibuat iaitu pada salur darah, lapisan tisu serta organ. Namun kaedah ini telah dikemaskinikan dengan kaedah CombiTuck yang lebih baik serta dapat mengelakkan kesan trauma.Mesoterapi
Sejenis rawatan Lipodissolve, yang melibatkan suntikan kecil pada lapisan yang akan mencairkan lemak, sekaligus menghilangkan selulit. Sangat efektif dan sesuai untuk penyingkiran lemak di bahagian pinggang, perut, peha, dagu berlapis, eye bags serta selulit di kaki, pinggul dan punggung.Velasmooth
Menggunakan cahaya infra merah dan frekuensi radio yang telah diluluskan oleh FDA sebagai rawatan untuk selulit dan untuk tegangkan kulit.Liposelection
Rawatan tenaga teknologi tinggi untuk lemak badan. Dicipta Sound Surgical Technologies, teknik ini kurang risiko dan banyak dilakukan untuk mengurangkan saiz pinggang.[post_ads]
Liposculture
Teknik yang popular di Australia. Ia merupakan teknik mengeluarkan lemak dan kemudian menyuntiknya di bahagian yang memerlukan. Ia dibuat untuk membentuk kontur tubuh yang lebih baik dan lebih menarik. Ia sangat sesuai buat mereka yang mahukan tubuh yang diidamkan, namun tempoh untuk mendapatkan hasilnya adalah selama empat hingga enam bulan selepas rawatan.Ok. Dah dapat dah tu serba sedikit info mengenai bagaimana nak buang lemak dari badan ... leh la try Google untuk cari lebih lengkap lagi. Saya tahu ramai yang ingin cantik .... tapi hmm fikirkan ..adakah berbaloi sampai perlu buat surgeri yang mungkin menelan belanja besar ini?
Sumber: Majalah Harmoni
Perkongsian yang terbaik bruhh
ReplyDeleteYang ni cara mahai ni hahaha
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.