Pulau Pinang memang banyak tempat tarikan destinasi pelancongan percutian menarik. Pun begitu, ia bergantung dengan minat anda sewaktu bercuti. Macam keluarga saya, kami lebih suka pergi ke tempat-tempat tarikan pelancongan yang boleh berikan sesuatu yang baik untuk anak-anak.

Pada cuti penggal akhir sekolah 2017, ketika di awal minggu percutian, saya dan isteri telah bawa anak-anak termasuk emak saya bercuti dan berehat di Pulau Pinang. Kami telah menginap di Hotel Lexis Suites, Penang ... yang juga merupakan destinasi pilihan untuk saya dan isteri sambut hari ulangtahun perkahwinan kami ke 14.

Berkunjung Tengok Ikan Cantik di Akuarium Tunku Abdul Rahman

Akuarium Tunku Andul Rahman, Batu Maung, Penang
Cuti duduk terperap sahaja di dalam bilik tentulah membosankan, jadinya saya telah bawa keluarga saya bersiar ke kawasan berdekatan dengan hotel penginapan. Antara lokasi atau destinasi menarik yang terhampir dengan hotel adalah Akuarium Tunku Abdul Rahman Penang.

Akuarium Tunku Abdul Rahman dah lama ada. Namun, tak ramai yang tahu mengenai tempat dan tarikan yang ada di Akuarium Tunku Abdul Rahman. Kompleks akuarium ini terletak di Batu Maung, berdekatan dengan Muzium Perang Dunia Kedua. Akuarium ini adalah sebahagian daripada bangunan dimiliki oleh Pusat Penyelidikan Ikan.

Akuarium Tunku Andul Rahman, Batu Maung, Penang Tempat Belajar Kehidupan Marin
Anak seronok tengok kehidupan marin di Akuarium Tunku Andul Rahman, Batu Maung, Penang
Di sini, anda boleh bawa anak-anak anda untuk mengenali kehidupan marin yang pelbagai. Bukan setakat ikan je yang ada di sini ye. Kehidupan marin lain seperti batu karang, landak laut, rumpai dan lain-lain boleh anda lihat malah sentuh di Akuarium Tunku Abdul Rahman.

Akuarium Gergasi di Akuarium Tunku Andul Rahman, Batu Maung, Penang
Jika tidak salah saya, ada lebih daripada 30 tangki akuarium ikan di sini, termasuklah ikan air tawar dan akuarium gergasi ikan air masin. Di akuarium gergasi, anda akan kagum dan terpegun melihat ikan Kertang (spesies ikan Kerapu) yang tersangat besar, selain beberapa spesies ikan lain yang bersaiz mega, termasuklah ikan Siakap yang sedap dijadikan hidangan 3 rasa tu .... huhu.

Ikan Kerapu di Akuarium Tunku Andul Rahman, Batu Maung, Penang
[post_ads]
Anak-anak saya memang suka ke sini walaupun dah banyak kali datang. Lagipun, harga tiket sangat murah, dan untuk warga emas seperti emak saya, masuk adalah percuma. Jadinya, memang saya tak ralat sangatlah bila anak-anak ajak untuk ke Akuarium Tunku Abdul Rahman ni.

Tempat ini dibuka setiap hari kecuali Rabu, dan harga tiket masuk adalah serendah RM5 sahaja. Waktu beroperasi adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Jika anda seorang yang sukakan kehidupan marin, mungkin akan seronok berada di sini. Selain dapat tambah pengetahuan tentang kehidupan dalam laut, tasik, lombong dan sungai .. anda juga akan disedarkan mengenai kepupusan beberapa spesies hidupan marin yang ramai tak sedar. Pupus gara-gara kerakusan kita sebagai manusia yang bertindak tak berfikir panjang.

Akuarium Tunku Andul Rahman, Batu Maung, Penang
Akuarium Tunku Andul Rahman, Batu Maung, Penang
Ikan Belut Akuarium Tunku Andul Rahman, Batu Maung, Penang
Bercuti ke Akuarium Tunku Andul Rahman, Batu Maung, Penang
[post_ads_2]
Kadang bercuti ni adalah peluang untuk tunjukkan sesuatu yang baru untuk anak-anak...bukan sekadar nak berseronok dan suka-suka sahaja. Ia juga peluang untuk perlihatkan kepada mereka tentang kehidupan lain selain apa yang mereka sedang rasa dan alami sekarang, dan menyedari bahawa alam dan bumi yang sedang mereka duduk ini ... sedang berada dalam keadaan yang sangat tidak baik.
[Tengok Juga] Gambar Anak Penyu Karah di Akuarium Tunku Abdul Rahman
Apabila perkara seperti ini diberitahu, ditunjukkan kepada mereka ... mungkin satu hari nanti, mereka akan buat sesuatu untuk memulih dan melestarikan ia.

Akuarium Tunku Andul Rahman, Batu Maung, Penang
Dan satu benda yang bagus untuk mereka yang tension-tension, tengok ikan di akuarium ini ... in Sha Allah boleh tenangkan emosi dan fikiran. Tak percaya .. cubalah. Tengok ikan adalah satu terapi minda yang sangat bagus untuk kesihatan mental ..

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement