Saya pasti ramai yang dah ketemu suasana baru, terutama mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke kolej ataupun IPT tempatan. Suasana pastinya asing dan baru, tambah-tambah pula, anda berasa keseorangan kerana tiada wajah-wajah yang anda kenali. Segalanya asing bagi diri anda.

Namun, di sinilah anda nak memulakan satu persahabatan yang baru. Satu dimensi hidup dan satu anjakan paradigma dari menjadi seorang pelajar sekolah ke seorang pelajar kolej atau IPT.

6 Tips Untuk Memulakan Satu Persahabatan Semasa di Kolej

Jadi, bagaimana nak sesuaikan keadaan yang baru ini? Perkara paling penting ialah mencari kawan. Berikut dikongsikan tips bagi memulakan satu perhubungan yang baru, sesuai buat mereka yang kini baru jejakkan kaki ke kolej ataupun IPT.
Tips Untuk Memulakan Satu Persahabatan Semasa di Kolej
Tips Untuk Dapat Kawan di Kolej

Jangan Terlalu Merendah Diri

Melihat orang lain lebih trendy dan up to date, anda akan mula hilang keyakinan dan merasakan diri tidak layak untuk berkawan dengan orang. Anda rasa diri terlalu rendah berbanding dengan orang sekeliling. Apa yang anda lakukan sebenarnya membina benteng di antara anda dan orang lain sedangkan mereka tidak pernah ada rasa negatif dengan diri anda. Apabila anda berasa terlalu rendah diri, anda pasti akan sukar untuk bertemu rakan baru dan menjalinkan persabahatan.

Berilah Kerjasama Dengan Baik

Apabila ada sesuatu yang wajib dilakukan ketika anda tinggal di kolej atau bilik sewa, haruslah anda berikan kerjasama yang baik. Biasakan diri dengan perangai yang tinggal bersama anda. Cuba untuk adaptasi namun pada masa yang sama elakkan dari melakukan perkara yang tidak baik.
[post_ads]
Anda perlu faham tentang konsep tinggal sebilik atau tinggal serumah. Misalnya undang-undang rumah punya jadual untuk membersihkan bilik air. Mungkin sebelum ini anda tidak pernah melakukannya tetapi belajarlah untuk melakukannya demi kebaikan bersama dan semua orang pasti akan rasa senang dengan anda.

Ada Unsur Lawak Jenaka

6 Tips Untuk Memulakan Satu Persahabatan
Apabila memulakan satu persabahatan, perkara paling penting yang akan dilihat adalah bolehkah anda menyesuaikan diri, berada dalam keadaan senang didekati atau sebaliknya. Cara paling berkesan ialah cuba menampakkan siri jenaka dalam diri anda.

Selalunya semua orang akan suka dengan orang yang boleh memberikan sedikit keceriaan. Namun pastikan dalam memberikan jenaka, jangan sehingga menyinggung perasaan orang lain.

Bahasa Tubuh Yang Ramah

Bahasa tubuh juga memainkan peranan penting. Elakkan daripada menunjukkan yang anda tidak suka ataupun kurang senang dengan kehadirannya. Ada kalanya mulut memang tidak bercakap tetapi cara anda itu membuatkan dia tahu. Tambahan lagi anda bercakap dengan muka masam dan tangan yang berpeluk tubuh akan membuatkan niat sesiapapun untuk meneruskan perbualan menjadi hambar.

Jangan Fokus Pada Seseorang Sahaja

Apabila berjumpa dengan ramai teman baru, cuba jangan fokuskan kepada seseorang sahaja. Anda harus tahu, anda bukan mahu berkawan dengan hanya seorang, tetapi dengan ramai orang. Cuba berikan perhatian pada rakan lain juga apabila sedang berbincang atau berborak.

Berilah Kesempatan Orang Lain Bercakap

Belajar untuk mendengar. Beri peluang untuk kawan yang baru anda kenali menceritakan kisah mereka. Anda perlu tampil menjadi seorang yang bukan mahu menguasai pergaulan tetapi lebih kepada menceriakan pergaulan.
[post_ads_2]
Semoga dengan tips ini akan dapat membantu anda terutama mereka yang kini sedang dalam proses mencari kawan baru ....

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement