Saya sendiri ada membela seekor kucing secara tidak rasmi. Ia kucing jalanan yang sering datang ke rumah, dan ia telah menjadi seperti haiwan peliharaan kesayangan anak-anak saya terutama pada Zikri dan Maira (10,8 tahun). Kucing yang dinamakan Comot dah lama menjadi antara penghuni di rumah saya, sejak sebelum baby Najmi dilahirkan lagi.
6 Tips Bela Haiwan Peliharaan Jika Ada Anak Kecil Dalam Rumah
Kanak-kanak memang sukakan haiwan. Haiwan peliharaan seperti kucing, arnab dan hamster adalah antara yang paling ‘dekat’ dengan anak-anak. Namun, bagaimana cara kita untuk memastikan anak-anak bermain dengan selamat bersama haiwan peliharaan kesayangan anak-anak ini? Bagaimana pula cara kita nak melayan haiwan ini jika ada anak atau bayi kecil di dalam rumah?
Tip di bawah ini dapat membantu anak-anak anda selamat bermain dengan binatang peliharaan.
[post_ads]
Jangan sesekali membenarkan anak anda mengganggu haiwan peliharaan ketika ia sedang makan atau tidur. Kalau boleh, seperti yang saya buat .. beri makan haiwan peliharaan ini jauh daripada anak-anak, selalunya saya beri makan si Comot di luar rumah.
1. Jangan benarkan anak ganggu haiwan peliharaan
Haiwan peliharaan sangat sensitif ketika makan atau tidur. Sekiranya rasa terkejut atau terganggu dengan tindakan anak anda, ini mungkin akan bertindak agresif dan boleh menyebabkan anak anda tercedera.Jangan sesekali membenarkan anak anda mengganggu haiwan peliharaan ketika ia sedang makan atau tidur. Kalau boleh, seperti yang saya buat .. beri makan haiwan peliharaan ini jauh daripada anak-anak, selalunya saya beri makan si Comot di luar rumah.
2. Pantau anak ketika dia bermain dengan haiwan
Anak-anak biasanya tidak begitu peka pada reaksi dan tindak balas liar yang ada pada binatang. Biarpun anak anda hanya berniat untuk mengusik atau bermain, ini tidak memberi apa-apa makna kepada binatang peliharaan anda.Tidak mustahil binatang peliharaan anda akan bertindak liar. Jangan benarkan anak anda mengasari atau menyakiti binatang peliharaan. Anak-anak kecil yang masih belum mampu untuk bezakan tindakan sangat terdedah dengan bahaya ini.
3. Jangan biar haiwan main permainan anak
Jika anda ada anak kecil seperti saya, pastikan anda menjauhkan segala barang permainan daripada haiwan peliharaan anda agar anak terhindar daripada sebarang bakteria. Biasanya haiwan peliharaan gemar bermain dengan barang permainan.Dikhuatiri haiwan peliharaan anda menjilat atau merosakkan barangan permainan. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada anak anda. Anak kecil seperti bayi mudah terdedah dengan bahaya yang tak nampak ini.
4. Jangan biar anak hampiri anak haiwan
Biasanya ibu haiwan begitu sensitif apabila ada yang cuba mengganggu anaknya. Tidak mustahil binatang peliharaan anda akan mencakar, menggigit atau menyerang anak anda jika merasakan keselamatan anaknya terancam.Jangan biarkan anak anda menghampiri anak binatang peliharaan.
[post_ads_2]
5. Elak anak dekat haiwan peliharaan sakit/tercedera
Anak-anak mungkin tidak haiwan peliharaan berkenaan sedang sakit atau tercedera. Pantau dan elakkan anak anda menghampiri haiwan peliharaan yang sedang sakit atau tercedera agar penyakit atau kuman yang ada pada haiwan peliharaan tidak berjangkit.6. Terus rawat jika cedera sebab haiwan
Biarpun lukanya terlalu kecil, langkah pencegahan daripada sebarang kemungkinan amat perlu.Pastikan anda basuh tangan, kaki atau bahagian gigitan pada tubuh anak anda dengan menggunakan sabun atau krim khas untuk mengelakkan atau menghindari jangkitan bakteria.
Sekiranya kesan gigitan agak besar dan berdarah, rawatan lanjut perlu diberikan kepada anak anda. Bawa anak anda ke hospital atau klinik berdekatan.
Sumber: Mingguan Wanita
Tips yang sangat memberi pengetahuan..amat setuju entri ini..jaga kesihatan anak-anak...
BalasPadamTambah- tambah kalau ada anak kecil di umah . Memang kena jaga betul2 .
BalasPadamkena tambah lagi pastikan ambik imunisasi utk haiwan peliharaan utk menghindari penyakit.. tak mahal pun.. dalam tak sampai rm30 satu suntikan yg boleh diambil 2 @3 kali..
BalasPadamgood tips HH, memang kena sentiasa pantau walaupun haiwan tu jinak
BalasPadamRata2 yg pelihara haiwan tak jaga permainan anak dr haiwan tersebut sedangkan byk bakteria boleh membiak dkt mainan tu.
BalasPadamBetul. Tapi la ni dah ada banyak produk untuk bersihkan barang mainan daripada bakteria.
Padambulu haiwan tu selalunya yang boleh buat penyakit kepada kanak-kanak.orang tua pun ada yang tak tahan
BalasPadamMak aku cukup pantang kalau anak-anak aku main kucing dalam rumah.
Padamnice sharing..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.