Dari penyelidikan, interaksi sesama rakan dan keluarga di media sosial adalah amat bermakna. Facebook bermatlamat untuk menggalakkan interaksi sosial yang bermakna dan menghubungkan dengan cara-cara yang membawa kepada interaksi yang bermakna ini. Seterusnya, sebagai platform yang membina hubungan yang bermakna.
Apa Bakal Anda Temui Dalam Facebook 2018?
Daripada kenyataan tersebut, Mark Zuckerberg telah memberikan gambaran algorithma baru Facebook untuk tahun 2018. Ia semuanya berkaitan 'interaksi bermakna' atau meaningful interactions.Jadinya, apa maksud Mark ini? Apa pula yang bakal anda dan saya temui di dalam Facebook apabila algorithma baru Facebook untuk tahun 2018 ini direalisasikan?
Semua Orang Mahukan Yang Lebih Bermakna Dalam Facebook
Memang ramai yang inginkan sesuatu yang lebih bermakna di dalam Facebook. Jika sekarang, anda tentu sedar news feed (bila tekan home) dipenuhi dengan iklan-iklan dan paparan-paparan yang sebenarnya kita dah lama 'reject' untuk melihatnya. Namun, disebabkan algorithma Facebook dijanakan bersandarkan kepada minat kita menerusi profil, iklan-iklan ini terus-terusan keluar tanpa kita minta.Tapi itu algorithma yang bakal digantikan.
[post_ads]
Daripada perkembangan terbaru, Facebook bakal muncul dengan pengubahan utama pada algoritma news feed, teras perkhidmatan dan mekanisma yang akan menentukan bagaimana sesuatu berita atau maklumat (post) tersebar ke seluruh dunia.
Hasil daripada beberapa feedback daripada pengguna Facebook yang tidak berapa suka dengan apa yang terpapar sekarang di news feed, para penyelidik di Facebook sedang meneliti perubahan besar yang akan dilakukan untuk tahun 2018.
Menurut Mark Zuckerberg, "Saya mengubah matlamat yang saya berikan kepada pasukan produk kami (Facebook) untuk memberi tumpuan kepada membantu anda mencari kandungan yang relevan, agar ianya membolehkan anda mempunyai interaksi sosial lebih bermakna.
7 Perkara Mungkin Anda Lihat Dalam Facebook 2018
Apa yang bakal anda lihat kelak di Facebook apabila algoritma baru 2018 ini diimplementasi:- beri kurang tumpuan kepada post yang popular - yang banyak like.
- lebih tumpuan kepada post yang mendorong kepada interaksi serta komen
- akan mengurangkan masa anda untuk berada terlalu lama dengan Facebook tetapi lebih masa kepada perhubungan yang lebih bermakna.
- post yang lebih banyak komen akan diberikan keutamaan, berbanding post yang banyak like.
- post yang ada interaksi yang sangat baik akan diberikan keutamaan daripada post yang mempunyai interaksi kurang. Ini bermakna satu-satu post yang ada banyak komen dan komen panjang akan berada di news feed berbanding post yang kurang komen atau yang mempunyai komen pendek.
- berita, video, iklan dan sebagainya akan muncul di news feed kita jika ia mendapat lebih banyak perkongsian (share) daripada rakan lain daripada menumpukan kepada jumlah like. Maka post yang ramai orang share akan lebih kerap muncul daripada post yang ada banyak like.
- Facebook akan analisis cara anda interaksi dengan satu-satu post yang keluar, jika banyak interaksi pada satu-satu post tersebut, contohnya berkaitan produk kecantikan .. maka nanti news feed anda akan dipaparkan berita, video dan juga post lain berkaitan kecantikan.
Itulah yang saya faham dari apa yang dikatakan oleh Adam Mosseri, orang kuat Facebook yang bertanggungjawab terhadap apa yang bakal keluar di news feed Facebook. Menurut beliau, video, berita, dan kandungan lain dari laman Facebook rasmi akan menjadi kurang terkenal daripada post dari rakan dan keluarga.
Jadi, sekarang anda dah tahu apa yang bakal anda nampak dalam perubahan algorithma Facebook ini nanti.
Buat diri saya, konsep ini memang sangat baik, kerana ia kembali kepada motif asal Facebook itu diwujudkan. Siapa yang sering berinteraksi dengan kita di media sosial ini, merekalah yang patut diberikan keutamaan untuk muncul di news feed; bukannya video, berita atau post iklan yang menyemakkan. Setuju?
Pun begitu, apa yang akan berlaku dalam Facebook menerusi algorithma baru 2018 ini, sebenarnya membimbangkan juga buat sesetengah orang terutama sekali pemilik laman fanpage samada rasmi atau tidak.
Apa Yang Dibimbangi Bila Algorithma Facebook Baru Direalisasikan?
Perubahan itu kedua-duanya menjustifikasikan dan membimbangkan Tristan Harris, bekas Googler yang mendapat peningkatan perhatian terhadap kempennya yang telah berlangsung selama dua tahun berkaitan 'time well spent'. Selama tempoh kempen itu, Harris sering bercakap mengenai bagaimana syarikat Silicon Valley, terutama Facebook, adalah seperti "dadah visual" - yang sengaja direka untuk menjadi ketagihan buat orang ramai yang menggunakannya.Facebook Page Perlu Keluarkan Lebih Kos
[post_ads_2]- [col]
- Menurut Mosseri lagi, apa yang akan berlaku kelak akan membuatkan post dari laman fanpage Facebook rasmi perlu mengeluarkan lebih kos untuk membolehkan post mereka keluar di news feed pengguna Facebook yang lain. Post daripada laman rasmi yang kurang mendapat interaksi dan komen daripada pengguna lain Facebook pasti tidak akan muncul atau sukar untuk muncul di news feed.
- Dan kandungan berbentuk berita dan makluman pastinya akan sukar muncul kerana ia kurang mendapat interaksi berbentuk komen, berbanding post yang berkaitan ulasan, pendapat dan seumpamanya. Ini juga bermaksud, mana-mana post yang ada komen termasuklah komen yang menghentam sesuatu, ketidakpuasan, maki hamun panjang-panjang dan seperti itu yang sering berlaku di Malaysia pasti akan lebih mendapat tempat dalam news feed. Sesuatu keburukan yang nampak daripada algorithma baru Facebook 2018.
Apapun, saya pasti pihak Facebook akan menilai ciri-ciri lebih baik untuk memastikan news feed yang tidak menghasut, menghentam, makian tersebar meluas menerusi news feed para pengguna lain. Seperti mana pernah dinyatakan Mark Zuckerberg, Facebook akan menyaring berita-berita seperti ini daripada tersebar sehingga memusnahkan hubungan sesama manusia.
Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku nanti. Bila? Saya tak berapa pasti. Anda mungkin boleh menyelidik sendiri atau biarkan sahaja algorithma ini menjadi kenyataan kelak.
Sumber: Wired
Kena ambil tahu juga perkembangan Fb ni selain blog dan media sosial yang lain.. banyak saya ketinggalan kebelakangan ni. Thanks sharing info HH.
BalasPadamBaru je pagi tadi bertarikh 13 January 2018 pada jam 0600 kelihatan paparan fb saya berubah apabila klik pautan 'rakan baru' terus nampak apa yang sepatutnya untuk eratkan perhubungan.
BalasPadamSeriusly ini sangat bagus untuk kemudahan berinteraksi.
Ya. lebih kepada interaksi sesama rakan Fb.
Padamhhhmmm kena lebih berkomen la lepas nie
BalasPadamYa betul. Kena aktif komen, kalau kita komen kat page, nanti page tu akan mudah nampak kat time line.
Padamkena lbh pro nnti
BalasPadamOkey. Terima kasih atas makluman ini. So kita dah tahu permaian baru tahun 2018. cantik!
BalasPadamo... baru paham... t.kasih HH
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.