Percutian tersebut melibatkan semua ahli keluarga adik-beradik isteri saya, datangnya dari Pulau Pinang, Ipoh, Taiping, Kepong dan Putrajaya. Tak ada kehadiran orang lain. Kalau ikutkan, bolehlah dianggap percutian ini sebagai pertemuan himpunan anak-beranak adik beradik sebelah isteri saya.
Kisah Percutian - Berkampung Seluruh Keluarga di Banglo Mewah Janda Baik
Percutian ini adalah satu percutian yang tidak dirancang. Segalanya adalah idea abang sulong saya yang memang dah lama tak berkumpul bersama adik-beradik yang lain. Kalau ada jumpa pun, mesti tak cukup ahli. Jadinya, abang sulong saya usulkan untuk bercuti ramai-ramai ke Janda Baik. Lokasi dan tempat pun dia yang uruskan.Banglo Harga RM2 Juta?
Tempat kami bercuti ni memang tak ada diiklankan di mana-mana. Ia sekadar pengetahuan mereka yang terdekat sesama rakan sahaja. Nama banglo pun tak ada .. haha. Dengarnya, kawasan banglo terdiri dari sebuah kolam renang, dua buah kolam ikan, dusun buah-buahan, sebuah rumah rehat hendak dijual dengan harga RM2 juta.Gulp. RM2 juta? Serius itu yang saya dengarlah. Tapi dengan keluasan tanah, keadaan rumah yang dibina 90% daripada kayu jati, meranti dan cengal termasuklah perabut di dalamnya .. rasanya harga itu memang kena dengan apa yang ada. Apatah lagi, kawasan banglo pun luas, dan dah ada pun pokok buah-buahan yang telah mula berbuah termasuk beberapa pokok buah durian D24.
[post_ads]
Lokasi tempat kami menginap ni memang agak jauh, dan terpencil. Hujung kampung gitu. Jalannya pula jalan kampung tak berturap. Nak masuk ke banglo mewah ni, perlu lalui beberapa homestay, dan juga sebatang anak sungai. Sekeliling pula memang menghijau dengan dusun buah-buahan penduduk setempat.
Perjalanan dari Putrajaya ke Janda Baik memang agak jauh - pada pendapat sayalah. Saya pula memang dah lama tak lalui Lebuhraya Karak. Terasa agak meletihkan juga, apatah lagi pada hari kami ke sana, jumlah kenderaan agak banyak, dan pergerakan pula tersangkut-sangkut apabila semakin hampir ke Genting Sempah.
Silap Jalan La Pulak ...
Dan nak dijadikan cerita, atas maklumat yang mengelirukan daripada 'ketua konvoi'; saya dan keluarga telah tersalah jalan. Simpang yang sepatutnya kami masuk untuk menuju ke Janda Baik, tersilap masuk ke simpang menuju ke Genting Highlands. Aha .. hmm nak tak nak, kami teruskan sahaja perjalanan naik ke Genting Highlands. Lagipun, anak-anak saya dah lama tak lihat pemandangan Genting Highlands.Hati ada bara sikitlah, tetapi saya redha je. Benda dah berlaku. Walaupun Waze dah tunjuk arah yang betul, tapi sebab miscommunication, kami 'tersesat' ke jalan Genting Highlands.
Bila dah naik ke Genting, sempatlah juga saya dan anak saya Amri ambil gambar kenang-kenangan bagi memperingati peristiwa.. hahaha.
Kemudian, selepas menikmati beberapa minit kesejukan Genting Highlands, kami terus ke Janda Baik. Alhamdulillah, kami sekeluarga sampai dengan selamatnya ke destinasi yang dituju - ke sebuah banglo besar tersergam gah di kelilingi kehijauan yang menyegarkan mata. Kagum betul.
Kagum
Anak saya terutama Zikri begitu seronok kerana banglo mewah yang disewakan selama 1 malam ini ada kolam ikan yang besar."Abah .. boleh memancing ke kolam ikan ni?" tanya Zikri.
"Bolehlah .. Pak Long dah bayar dah tempat ni ... " kata saya.
"Kejap lagi nak mancing la abah ... nak umpan apa abah?" tanya Zikri lagi.
"Pak long ada buat umpan ... guna roti je" kata saya.
Selepas masuk ke ruang dalam banglo, uhh memang ia terus memikat hati saya dan isteri. Besar, luas, cantik, kemas dan semuanya kayu. Boleh cecah juta harga banglo ni kalau dijual sekarang .. yelah, rumah banglo ini lengkap dengan lima bilik, 4 bilik air, dua ruang tamu, dapur, ruang makan dan ada balkoni di tingkat atas.
Beberapa gambar bahagian dalaman banglo mewah ni ...
Anda nak tahu berapa sewaan tempat yang saya pergi ni? Uhh RM700 semalam. Kalau sebuah keluarga yang menginap, memang berat nanang la rasa nak membayarnya. Tapi kalau dah ada enam famili yang lepak bersama, harga begitu cukup berbaloi. Lagipun, kemudahan yang ada dalam banglo mewah tu memang lengkap - dapur ada peti sejuk, pinggang mangkuk .. uhh semuanya ada terasa macam berada di rumah sendiri.
Apa Ada di Banglo Mewah Janda Baik?
Rumah banglo ini ada kolam renang yang memang besar. Kolam renang sesuai untuk anak-anak. Siap anak-anak kami semua boleh main 'polo air'. Jadi, banglo ini memang sesuailah untuk percutian kami semua.Bersebelahan banglo, ada dusun. Sempatlah saya usyar beberapa pokok buah durian. Ada nampak beberapa biji buah durian D24 yang masih belum luruh. Uhh kalau luruh ni dapatlah kami semua merasa buah durian segar. Tetapi ... mungkin bukan rezeki kami, tak luruh pula 10 biji buah durian yang masih tergantung di dahan pokok. Mampu tengok sahaja dari bawah pokok.
[post_ads_2]
Aktiviti Keluarga
Kebanyakkan masa kami habiskan dengan aktiviti memancing ikan di dalam kolam, mandi manda di kolam renang, lepak-lepak di dusun buah, dan aktiviti makan makan di ruang makan. Malam lak, layan BBQ sebab memang dah disediakan tempat BBQ. Lagipun, waktu malam di Janda Baik tu, hujan turun renyai-renyai. Sejukkk gitu. Sempat juga anak saya Amri (13 tahun) mengetahui majlis doa selamat selepas sholat berjemaah Maghrib.[Dah Baca?] Banglo RPP Persekutuan Tasik Kenyir, PahangAwal pagi keesokkannya, anak-anak dah sambung memancing balik. Dapatlah dua tiga ekor ikan, kebanyakkannya ikan Talapia Merah dan ikan Lampam. Digoreng terus dalam kuali ... seronok betul tengok anak-anak semua makan ikan yang mereka pancing. Makan sambil kembang kuncup kebanggaan .. haha.
Sebelum balik .. kami habiskan baki waktu di banglo mewah Janda Baik dengan mandi di kolam renang. Selepas dah berkemas, kami bergambar kenangan beramai-ramai. Banyak juga gambar diambil, al maklumlah isteri saya sekarang dah pandai buat album gambar menggunakan Pixajoy dan Photobook.
Oh ya, di sinilah tempat di mana saya telah tercedera akibat tumit terhentak selepas terjun kolam. Sakitnya .. akibatnya saya terpaksa bertongkat pulang ke Parit Buntar, selepas menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Presint 18 dan juga Hospital Putrajaya.
Kesimpulan Percutian di Banglo Janda Baik
Lokasi percutian keluarga kali ini memang lain dari yang lain. Mana pernah kami sewa satu kawasan begitu luas, jauh daripada orang. Tempat memang privasi. Kemudahan di banglo lengkap, ada kolam renang dan juga kolam memancing untuk aktiviti bersama keluarga. In Sha Allah, mungkin akan datang ke sini lagi, apabila tiba musim buah-buahan nanti.Disebabkan banglo mewah ini bukan untuk diiklankan, dan hanya ditawarkan eksklusif untuk kawan-kawan terdekat sahaja, maka nombor telefon pemilik dan lokasi sebenar banglo mewah ini tidak dapat saya beritahu. :)
[Dah Baca?] Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) 2018 DibukaTetapi jika anda nak buat 'risikan' boleh je pergi ke Janda Baik tu, memang ada banyakkkk chalet, rumah tumpangan dan homestay disediakan di situ. Dan nasihat saya, elok pergi bila tiba musim buah-buahan, sebab itulah tarikan utama yang ada di Janda Baik selain ketenangan dari kehijauan alam sekitarnya.
Ye...Janda Baik memang lokasi menarik untuk disinggah bagi merehatkan minda bersama keluarga.. LeYa pun ade juga kumpul ramai2 bersama keluarga di Hawa Resort Janda Baik... Klik Di Sini
ReplyDeletebestnya lahai...kawasan memang sesuai untuk percutian dan menenangkan fikiran..Memang sangat bagus untuk percutian bersama keluarga
ReplyDeleteBetul.. ramai pilih Janda Baik untuk percutian keluarga yang best
Deletewahhh seronoknya.. visit my blog @ http://www.ketamkecil.com/kulit-lebih-cantik-dalam-masa-7-hari-dengan-selamat-dan-bebas-bahan-kimia/ for more tips
ReplyDeleteBestnya. Prnh ke Janda Baik tp tak prnh stay situ. Suka suasana disitu.
ReplyDeleteSuasana kampung kan .. sejuk je mata memandang
Deletenampak syok pulak kalau dapat bercuti kat sini. Kalau ada iklankan kat Airbnb, teringin jugak nak buat sesi berkumpul bersama keluarga kat sini :O
ReplyDeleteKalau nak contact macam mana tuan?
ReplyDeleteHmm memang saya tak ada kebenaran untuk hebahkan kepada umum. Cukup sekadar kongsi pengalaman saya dan keluarga di sini.
Deletebagi hint dekat dgn landmark apa.. sy nak pergi cari... dh lama nak buat family day tp tk jumpa tempat yg sesuai
ReplyDeleteJalan masuk sebelah jambatan. Kalau kat jalan utama tu, nanti akan nampak macam ada laluan masuk sebelah kanan tertulis banyak homestay, masuk ikut laluan tu. Pastu akan lalui titi kecil, jalan terus sampai ke penghabisan jalan berbukit tu.
Deletelokasi macam ini, kalau datang 1 keluarga memang tak berbaloi. tapi kalau ramai memeng seronok. aktiviti pun akan jadi lebih menarik. hehehe.
ReplyDeletewww.mrejoy.com
Kalau dok sewa satu kawasan, memang tak berbaloilah untuk satu famili je. Kena datang sini semua famili .. :) inilah dinamakan family gathering
Deletebestnyer lahai... kalau dapat mancing lagilah.. ada cas tambahan ke kalau mancing?
ReplyDeleteSalam tuan. Blh kongsi dgn saya tempat tuan menginap ni. Saya selalu ke janda baik tapi tak pernah menyewa sebiji banglow utk family gathering. Kalau tuan tak keberatan blh wsp saya 0196289060 Yop
ReplyDeleteMaaf Yop .. homestay ni dah dijual pada orang .... tuan dia memang nak jual masa kami dapat lepak sini. Lagipun, bukan saya yang uruskan, ipar kepada kakak ipar yang uruskan ... kami tau duduk je .. hehee
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.