Sekali lagi, ianya bukan kunjungan yang dirancang. Kebetulan memang sudah berada di Kuala Lumpur, dalam program cuti persekolahan akhir tahun kami, terus terlintas di fikiran untuk bawa anak-anak ke Taman Botani Negara Shah Alam ini.
Pertama Kali Bawa Anak-Anak Berkunjung ke Taman Botani Negara
Saya dan keluarga berada di Kuala Lumpur adalah untuk hadiri majlis perkahwinan sedara-mara sebelah isteri saya, dan sebenarnya juga dalam perjalanan untuk bercuti santai keluarga di Janda Baik, Bentong, Pahang. Jadinya, memang tak ada niat awal pun untuk bawa anak-anak ke taman ini yang dah wujud sejak 1986.Sejarah Taman Botani Negara
Kalau anda nak tahu, Taman Botani Negara Shah Alam, dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah. Ia kemudiannya dimashyurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991. Atas keputusan kabinet, taman pertanian ini ditukar dan dibangunkan menjadi taman botani.Seperti mana kewujudan Pusat Sains Negara Kuala Lumpur, yang nenjadi pusat pendidikan am untuk rakyat berkaitan sains dan teknologi, pembangunan Taman Botani Negara ini pula adalah untuk menjadi sebagai salah satu pusat pendidikan dan pemuliharaan sumber berkaitan alam sekitar, terutamanya botani, hortikultur, florikultur, dan pelbagai bidang pertanian berkaitan di Malaysia. Secara tak langsung, taman botani ini juga berperanan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai tumbuh-tumbuhan di Malaysia.
Orait, cukup saya kongsikan beberapa info am dan fakta hangat mengenai Taman Botani Negara Shah Alam ini ... meh kepada pengalaman saya sekeluarga semasa berada dan berkunjung ke Taman Botani ini .. uhh best ke ehh?
Kisah Kami Berkunjung ke Taman Botani
Kami sampai agak petang, tak silap dalam pukul 4 kot. Agak jauh juga perjalanan nak ke Taman Botani ni dari arah Putrajaya. Nasib baik ada aplikasi Google Map dan juga Waze yang banyak membantu memberikan tunjuk arah ke sana.Sampai sahaja, saya perlu bayar tiket parkir berharga RM3. Alhamdulillah, nasib baik ada banyak tempat parkir kosong semasa kami sampai. Anak-anak dah mula teruja melihat ramai orang sedang menanti giliran untuk masuk ke Taman Botani ni.
Taman Botani ni memang luas, ia terdiri daripada:
- Taman Haiwan
- Taman Hiasan
- Rumah Iklim Sederhana Empat Musim
- Taman Rempah Ratus
- Taman Kaktus
- Taman Buah-Buahan Tropika
- Taman Padi
- Taman Konservasi Herba dan Tumbuhan Ubatan
- Empangan dan Tasik
- Chalet di Perkampungan Malaysia
Bila beritahu pada anak-anak yang taman ni agak luas, dan agak meletihkan kalau nak jalan kaki .. terus mereka minta untuk naik bas. Uhh nasib baik perkhidmatan bas ini adalah percuma.
Kadar Bayaran Masuk Taman Botani Negara
Tiket Masuk
| ||
Dewasa (12 hingga 54 tahun) |
RM 3.00
| |
Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun) |
RM 1.00
| |
Warga Emas ( 55 tahun ke atas) |
RM 1.00
| |
Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) |
Masuk Percuma
| |
Rumah Iklim Sederhana Empat Musim
|
Musim Lain
|
Musim Salji
|
Dewasa (12 tahun dan ke atas ) |
RM 3.00
|
RM 5.00
|
Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun) |
RM 1.00
|
RM 3.00
|
Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) |
Masuk Percuma
|
Saya perlu beratur untuk membeli tiket. Hanya wakil untuk membeli tiket sahaja dibenarkan untuk beratur. Jenuh juga menunggu sebab barisan agak panjang. Al maklumlah, cuti sekolah .. mestilah tempat tarikan seperti ini menjadi tumpuan ramai .. apatah lagi di hujung minggu.
Apabila sampai di kaunter tiket, saya diberitahu bahawa tiket untuk masuk ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim dijual berasingan.
"Tiket rumah salji ni .." tanya saya
"Abang nak ke? Sebab kat dalam tu ada lebih kurang 2000 orang menunggu nak masuk rumah salji ni bang ... mau dalam 2 jam kena tunggu ..." kata pegawai yang menjual tiket.
Dalam hati saya ...
"Alamak ... mesti anak-anak saya, lagi-lagi Zikri dengan Maira tu kecewa sebab tak dapat masuk rasa salji ..."
Saya memang berbelah bahagi. Nak beli ke tak .. hmm saya tengok jam tangan saya, dah hampir jam 4 petang. Kalau dua jam lagi, mau nanti pukul 6 petang baru dapat masuk. Lama sangat tu. Risau sebab ada baby kecil dibawa sekali. Kesian pula pada isteri yang terpaksa kendong baby Najmi.
Saya nekad tak beli tiket untuk Rumah Empat Musim. Saya cuma beli tiket masuk sahaja. Tak nak saya menunggu lama-lama kat dalam Taman Botani tu.
Saya pun keluar dari barisan. Dengan muka ketat, saya beritahu isteri dan anak-anak yang saya tak beli tiket untuk masuk rumah salji tu. Anak-anak saya, terutama Zikri dan Maira yang awalnya excited nak masuk .. terus tak nampak berapa teruja.
[Dah Baca?] Mee Kari Udang Besar di Bagan Serai, Perak - Hanya RM7 SemangkukLepas isteri saya menggunakan ayat-ayat manis bak gula kapas, akhirnya anak-anak saya akur sahaja dengan keputusan yang telah saya buat.
Kami pun terus siap sedia nak naik bas. Penuh satu bas. Nasib baik isteri dengan baby Najmi, Zikri dan Maira dapat duduk. Manakala saya dan Amri berdiri di bahagian belakang bas. Uhh dah lama tak naik bas ...
Bas menyusuri jalan masuk ke dalam Taman Botani terus ke Rumah Empat Musim. Perjalanan ambil masa kurang daripada 10 minit. Tak jauh tapi kalau nak berjalan kaki, uhh jenuh juga kerana perjalanannya naik turun bukit. Walaupun jalan mendaki tidaklah curam, tapi kalau dah kena bawa baby, mau patah riuk pinggang isteri saya yang shantekk tu.
Bila sampai ke destinasi akhir bas, kami semua turun. Saya yang kononnya dah ada pengalaman ke sini sebelum ini mengatur langkah dan gerak destinasi. Saya bawa semua ke Rumah Empat Musim tu .. ...
Uhh betullah memang ramai orang masih lagi duduk merata-rata menunggu giliran untuk masuk ke Rumah Empat Musim. Memang ramai nak masuk disebabkan sekarang rumah tu adalah musim salji. Melata orang di segenap ceruk.
"Kak .. dah lama ke tunggu sini?" tanya isteri saya kepada salah seorang pengunjung.
"Hmm dari pukul 2 tadi ... " kata akak tu yang kelihatan letih.
Erkk .. mak aih .. dari kul 2 petang, jam di tangan dah tunjukkan hampir pukul 5 petang. 3 jam dah menunggu .. tu pun tak dapat masuk-masuk lagi.
Kesian kat akak dan ramai pengunjung lain. Nak tak nak .. perlulah tunggu sebab dah beli tiket masuk ke Rumah Empat Musim. Saya dan keluarga rasa lega. Anak-anak pun dapat terima kenapa saya tak beli tiket masuk ke rumah salji dalam Rumah Empat Musim tu. Nak tunggu lagiu 2-3 jam kat situ .. sampai malam? Sanggup? Uhh ... kecut perut Zikri dengan Maira...haha.
Selepas ambil gambar dan tengok pemandangan sekitar, saya dan isteri ambil keputusan untuk pergi ke bahagian-bahagian lain dalam Taman Botani Negara Shah Alam ini. Ada banyak tempat lain boleh kunjungi selain Rumah Iklim Sederhana Empat Musim tu.
Kami jalan kaki sahaja.
Lokasi atau tempat yang kami nak tuju adalah Taman Haiwan. Zikri dengan Maira dah aim awal-awal bila nampak taman ini semasa berada di dalam bas. Mereka nampak ada haiwan seperti kuda dan rusa di dalam Taman Haiwan tu.
Fuh .. jauh juga perlu menapak untuk ke Taman Haiwan tu dari lokasi Rumah Iklim Sederhana Empat Musim tu. Walaupun sebenarnya, kami boleh je naik bas dan turun kat tempat-tempat yang ada dalam taman, tapi ntah .. sesekali sekala kot .. nak hadap kehijauan taman yang ada sekeliling. Excercises kata Zikri.
Jadi, semasa dalam perjalanan nak ke Taman Haiwan tu, dapatlah juga tengok tempat-tempat menarik lain yang ada. Lepas tu, dapat merasa meniti Jambatan Gantung yang terletak berdekatan dengan Taman Haiwan tu. Tak adalah tinggi sangat, tapi kalau orang yang memang ada rasa gayat tu ... memang tak akan la nak paksa diri lalui Jambatan Gantung tu.
Dari lokasi Jambatan Gantung tu, kami ternampak pula ada satu lapang sasar untuk memanah. Wahh .. ada tempat untuk main memanah tradisional la. Hmm ... anak-anak saya terutama Amri dan Maira terus tak lepaskan peluang untuk mencuba. Dengan dibantu, Amri dan Maira terus tunjukkan skill yang mereka ada .. huhu.
Last mereka main memanah ni adalah semasa singgah di Laman Budaya, Kuala Kangsar. Saya ada cerita di dalam post yang terdahulu.
Dalam sedang syok Amri dan Maira memanah tu, tetiba hujan pun turun dengan agak lebat. Maka, permainan tak sempat nak habis dan berteduhlah kami anak-beranak di bawah khemah yang ada di situ. Lebih kurang dalam 10 minit, apabila hujan reda sedikit .. Amri dan Maira terus sahaja menghabiskan panahan.
Kemudian, kami terus sahaja ke Taman Haiwan yang berada di bahagian atas tempat memanah tu. Hujan masih turun tetapi tidaklah terlalu lebat. Nasib baik kami dah bawa sekaki payung, untuk lindungi baby Najmi dari terkena hujan.
Sampai sahaja ke Taman Haiwan tu .. uhh .. tetiba hujan kembali turun dengan lebatnya. Nasib baik ada pondok teduhan yang agak besar di Taman Haiwan tu. Ramai pengunjung lain yang turut menumpang teduh di situ. Hmm nak berjalan terus ke pintu masuk .. agak jauh (tak pasti jarak sebenarnya).
[post_ads_2]
Saya pula ambil kesempatan untuk cas bateri telefon saya yang tinggal beberapa percent sahaja. Perlu cas sebab nanti nak pulang ke Putrajaya kena gunakan Waze. Jika bateri telefon mampus .. masalah juga nanti nak pulang dengan cepat. Yelah, dah berjam dalam Taman Botani .. pasti anak-anak akan rasa gelisah dan tak berapa selesa, lagi-lagi selepas terpaksa harung hujan. Maka, penting untuk dapat pulang dengan lancar, cepat dan selesa tanpa perlu hadap kesesakan jalanraya.
Tak pasti berapa lama berada di pondok tersebut, tetapi sebaik sahaja hujan berhenti .. kami semua terus sahaja ke pondok menunggu bas. Nasib baik, anak-anak saya sempat lihat-lihat apa yang ada dalam Taman Haiwan tu, jadi adalah juga benda menarik untuk mereka dapat tahu.
[Dah Baca?] Lawatan dan Belajar Mengenai Haiwan di Mini Zoo Ethno Valley Resort TaipingBersesak naik bas. Semua pengunjung yang 'tersadai' nak naik bas untuk cepat pulang. Hari pun dah tersangat petang. Nasib baik ada yang prihatin dengan keadaan isteri saya yang mengendong baby Najmi. Saya pula dapat naik dengan berpaut pada bahagian tiang di pintu masuk bas. Uhh .. terus teringat nostalgia lama naik bas mini Wilayah satu waktu dahulu.
Bila naik bas, memang tak terasa pun jarak perjalanan yang jauh tu ... cepat je sampai ke pintu masuk. Alhamdulillah, semua turun dari bas dengan selamat walaupun bas dah sesak penuh dengan penumpang ... yang kebanyakkannya berada di dalam kebasahan akibat hujan turun dengan lebatnya.
Kami pun tak sanggup lagi nak singgah mana-mana tempat lagi dalam Taman Botani tu. Kami terus pulang ke Putrajaya.
Nak lebih info mengenai Taman Botani Negara Shah Alam ini? Anda boleh lihat di laman web rasminya di sini - https://tbnsa.gov.my
Wah seronoknya. Dah lm tak masuk rumah 4 musim. Jemput singgah blog kami www.diariashmira.blogspot.my
BalasPadamOk. Nanti saya singgah ye ... :)
Padamwahh, seronoknyaa. saya pernah pergi dulu, main basikal tahun 2009 tak silap. lama dah tak pergi
BalasPadamKalau naik beskal kat kawasan ni, andai tak hujan macam kes kami, sure seronok tu.
PadamSaya pun pergi juga masa cuti sekolah hari tu. Kami sampai kat rumah 4 musim dalam pukul 1 tengah hari. Satu jam lebih juga tunggu giliran. Tak sangka ramai betul orang, ingat sampai boleh terus masuk. Taman Botani ni memang sesuai untuk beriadah bersama keluarga.
BalasPadamItulah, masa kami pergi tu ramai lagi yang dok tunggu giliran nak masuk. Yelah, satu famili bawak sampai 5-6 org .. jadi memang jenuhla tunggu tu.
PadamIn Sha Allah, nanti nak pergi bawa hjuga anak-anak merasa main salji kat sini.
Pernah berkunjung ke sini tapi sayang masa tu rumah 4 musim ditutup sbb penyelenggaraan. Menarik jln2 sekeluarga ke sini cuma nak tunggu bas je klu ramai mmg penat sikit. Nak sewa basikal tak larat pula hehe.
BalasPadamLepas ni boleh bawa anak anak dtg sini. Tak pernah jejak kaki lagi kat sini
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.