Seronok buat ibu bapa yang lahirkan anak bermula 1 Januari 2018 ni...huhu. Kerana apa? Sebab boleh mendapatkan dana amanah percuma sebanyak RM200 menerusi Amanah Dana Anak Malaysia 2050 juga dikenali sebagai ADAM50.

Dana dalam bentuk unit pelaburan ASB atau AS1Malaysia ini diberikan kepada bayi-bayi yang lahir bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022. Ia adalah insentif unit amanah sebanyak RM200 sebagai dana tabungan permulaan untuk bayi/anak.

Cara Dapatkan Dana Amanah ADAM50

Cara Dapatkan Dana Amanah RM200 Percuma Menerusi ADAM50
Tentu ramai ibu bapa yang mahu tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkan dan menerima dana amanah sebanyak RM200 ini untuk bayi atau anak mereka. Untuk memudahkan para ibu bapa, saya sukacita nak kongsikan cara untuk dapatkan dana amanah ADAM50 ini ... walaupun saya tercepat menerima bayi pada tahun 2017 .. huhu. Anggap ini merupakan rezeki untuk anak anda, dan sebagai batu loncatan untuk anda sebagai ibu bapa menyedari akan kepentingan menabung dan menyimpan sedari awal untuk anak-anak.

Langkah-Langkah Daftarkan Bayi Untuk Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)

Langkah-Langkah Daftarkan Bayi Untuk Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)
Tak susah sebenarnya untuk mendapatkan dana amanah ADAM50 ini, hanya ikuti langkah-langkah di bawah sahaja.

  1. Terima kelahiran bayi
  2. Daftar kelahiran bayi di Pejabat Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKid atau surat kelahiran
  3. Pergi ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB dengan dokumen berikut:
    1. Surat kelahiran atau MyKid bayi baru dilahirkan.
    2. MyKad ibu atau bapa atau penjaga
  4. Buka akaun ADAM50 bayi anda di ASNB
  5. Terima dana RM200 dikreditkan ke dalam akaun ASB atau AS1Malaysia bayi anda

Syarat-Syarat ADAM50

Cara Dapatkan Dana Amanah RM200 Percuma Menerusi ADAM50
  • Bayi lahir antara 1 Januari 2018 dengan 31 Disember 2050
  • Mesti daftarkan atau buka akaun ASNB bayi baru lahir dalam tempoh setahun
  • Warganegara Malaysia
  • Ibu bapa yang mendaftarkan bayi perlu berusia 18 tahun ke atas
Apabila dah mendaftar dan membuka akaun ASB atau AS1Malaysia dan terima ADAM50, ibu bapa kepada bayi atau anak tersebut boleh menambah pelaburan dari semasa ke semasa sehingga had maksimum 200,000 unit untuk ASB dan 50,000 unit untuk AS1Malaysia. Had pelaburan maksimum ini adalah termasuk 200 unit amanah ADAM50. Peserta ADAM50 juga tidak dibenarkan untuk tutup akaun atau menarik diri selepas mendaftar.

  • [col]
    • Para ibu bapa juga harus tahu bahawa 200 unit insentif dan semua pengagihan pendapatan serta sebarang pengagihan tambahan yang diperolehi (sekiranya ada) dari unit insentif ini hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun. Jadinya, anda tak boleh nak keluarkan sesuka hati ... sebab memang tujuannya adalah sebagai simpanan untuk anak-anak sehingga mereka dewasa atau mencapai umur 18 tahun.
    • Anak atau bayi yang gagal mendaftarkan diri dengan ADAM50 dalam tempoh setahun selepas tarikh kelahiran adalah tidak layak untuk menerima insentif RM200 ini. Sebagaimana contoh, sekiranya bayi dilahirkan pada 2 Januari 2018, ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah melakukan pendaftaran selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019. Sekiranya ibu bapa atau penjaga gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk mendapatkan unit insentif percuma menerusi ADAM50 akan terbatal secara automatik.

Unit dana amanah ADAM50 tiada sebarang kuota, jadi anda tak perlu risau kerana semua bayi warganegara Malaysia tidak mengira etnik layak untuk menerima insentif RM200 ini.
[post_ads]
Jadilah ibu bapa prihatin akan masa depan anak-anak, dan mulalah menyimpan dan melabur. ADAM50 adalah salah satu cara untuk anda mulakan penyimpanan untuk anak, ada banyak lagi peluang dan cara.
[Baca Juga] 14 Strategi Untuk Jimat Cermat Simpan RM1,000 Sebulan
Misalnya saya dan isteri buat penyimpanan dan pelaburan anak-anak dalam akaun Tabung Haji dan juga SSPN-i Plus. Anda boleh menyimpan serendah RM10 sebulan, dan in Sha Allah ... boleh dapat pulangan yang baik kelak. Jika ada peluang, buka juga akaun pelaburan AHB.

Anda juga boleh rujuk laman web ASNB di sini - http://www.asnb.com.my/v3_/adam50.php

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement