Selain promosi penjimatan dan tawaran menarik pembelian model kereta Proton, ada juga tawaran diskaun 15% untuk pembelian alat ganti Proton (Proton Genuine Parts). Uhh .. rasanya tawaran yang memang berbaloi untuk mereka yang akan ke Pusat Servis Proton.
Tawaran Menarik CNY 2018 Promotion oleh Proton
Promosi penjimatan hebat sempena Tahun Baru Cina 2018 oleh Proton melibatkan semua model kenderaan. Ini termasuklah dari model Proton Iriz, Persona, Saga, Perdana, Preve, Suprima S, Ertiga dan juga Exora.Untuk pembelian kereta model Proton Iriz, anda boleh berjimat sehingga RM5,000; dengan harga permulaan Proton Iriz iaitu RM42,xxx.
Penjimatan sehingga RM13,888 boleh anda peroleh dengan model Proton Perdana serba baharu. Manakala untuk model lain, adalah seperti dipaparkan di bawah ini.
[post_ads]
Tawaran menarik daripada Proton ini adalah sah sehingga 31 Januari 2018 dan hanya terhad untuk model-model 2017 sahaja.
Untuk promosi pembelian atau penggantian alat ganti tulen Proton, ianya akan berakhir pada 28 Februari 2018.
[Ada Baca?] 5 Fakta Perlu Tahu Mengenai Pinjaman Sewa-Beli KeretaJika anda sudah berniat untuk punyai kereta baru tahun ini, apakata berkunjung ke mana-mana pusat pameran kereta Proton atau singgah di mana-mana pengedar Proton yang sah. Jika anda mahu servis kereta Proton kesayangan anda, maka bolehlah buat temujanji servis dengan mana-mana Pusat Servis Proton yang berdaftar. Terdapat lebih daripada 276 Pusat Servis Proton seluruh Malaysia yang menawarkan diskaun sehingga 15% untuk alat ganti tulen kenderaan Proton.
[post_ads_2]
boleh jadi panduan juga nieh.. thanks
BalasPadampernah guna wira. skrg guna preve...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.