Mungkin ada rakan sahabat pembaca budiman di kalangan guru-guru yang belum mengetahui akan kemudahan cuti rehat khas yang telah ditambah-baik untuk tahun 2018. Mulai 1 Januari 2018 ini, kemudahan cuti rehat khas untuk pegawai perkhidmatan pendidikan telah dinaikkan dari 7 hari menjadi 10 hari setahun, dan dipanjangkan juga kepada guru sandaran/interim dan juga guru kontrak.

Perkara mengenai cuti rehat 10 hari untuk pegawai perkhidmatan pendidikan ini atau guru dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil 8 Tahun 2017.

Cuti Rehat Khas 10 Hari Untuk Guru Mulai 2018

Cuti Rehat Khas 10 Hari Untuk Guru Mulai 2018
Cuti Rehat Khas 10 Hari Untuk Guru Malaysia
Di dalam pekeliling tersebut, turut dinyatakan bahawa pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi pendidikan. Malah, kemudahan cuti rehat khas selama 10 hari setahun ini juga turut diberikan kepada guru sandaran/interim dan juga guru berstatus kontrak.

Bilangan hari cuti rehat khas yang layak diambil oleh pegawai adalah secara prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan. Pegawai boleh memohon cuti ini atas apa-apa sebab tertakluk kepada kelulusan.

Cuti rehat khas ini adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Ini bermakna, baki daripada cuti rehat khas ini yang masih tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.
[post_ads]
Walaubagaimanapun, cuti rehat khas yang tidak dapat dihabiskan boleh dikumpul bagi tujuan GCR pada setiap tahun, dan ianya boleh dicantum dengan cuti rehat biasa yang dikumpul untuk GCR. Perlaksanaan ini adalah mengikut ketetapan pekeliling GCR yang berkuat-kuasa dari semasa ke semasa.

Cuti rehat khas ini, walaubagaimanapun boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara
prorata terhad kepada 10 hari setahun bagi tujuan-tujuan berikut:
  1. menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia; 
  2. mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan;
  3. menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai; 
  4. dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya; 
  5. menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga; 
  6. mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara); 
  7. menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi; 
  8. menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan 
  9. perkahwinan pegawai atau anak pegawai
Untuk lebih faham mengenai pemberian Cuti Rehat Khas 10 hari, bersama simulasi permohonan cuti rehat ini, sila rujuk pada pekeliling di bawah serta lampiran yang disediakan. Anda boleh sahaja muat-turun atau cetak sebagai rujukan anda kelak.


Anda juga boleh muat turun Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil 8 Tahun 2017 ini di portal JPA atau terus ke link berikut - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2017/pp082017.pdf
[post_ads_2]
Moga informasi ini boleh dijadikan panduan untuk para guru di Malaysia.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement