Uh hu, ramai kot yang tidak tahu bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) ada menyediakan tiga jenis amanah saham untuk mereka yang mahu melabur dalam unit amanah. Jika anda seorang yang suka ambil peluang menjana keuntungan menerusi unit amanah atau unit trust ini, maka bolehlah jenguk prospektus berkaitannya.
Dividen ASBSN, BSN Dana Al-Jadid dan BSN Dana Al-Ifrah
Untuk makluman, PBSNB anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional itu telah mengumumkan agihan 0.85 sen atau RM2.33 juta bagi Amanah Saham BSN (ASBSN), 0.55 sen atau RM1.29 juta bagi BSN Dana Al-Jadid dan 0.55 sen atau RM1.41 juta bagi BSN Dana Dividen Al-Ifrah.Untuk para pelabur unit-unit amanah ini, pelaburan semula unit agihan pendapatan bagi Al-Jadid dan Al-Ifrah akan dibuat pada hari ketiga bekerja selepas pengumuman, manakala pelaburan semula bagi ASBSN dibuat pada 31 Januari 2018.
[post_ads]
Ada beberapa lagi unit amanah yang disediakan oleh pihak PBSNB. Berikut adalah senarai unit amanah yang tersedia untuk pelabur yang berminat:
BSN Dana Shariah Money Market (Dilancarkan pada 1 August 2017) | |
BSN Islamic Maximizer Fund (Dilancarkan pada 15 June 2017) | |
BSN Islamic Tactical Fund (Dilancarkan pada 15 June 2017) | |
BSN Dana Dividen Al-Ifrah (Dilancarkan pada 12 September 2012) | |
BSN Dana Al-Jadid (Dilancarkan pada 18 Jun 2008) | |
Amanah Saham Bank Simpanan Nasional (Dilancarkan pada 12 Januari 1995) |
Daripada senarai dana di atas, ada tiga dana amanah baru yang dibuka untuk pelabur-pelabur iaitu:
- BSN Dana Shariah Money Market
- BSN Islamic Maximizer Fund
- BSN Islamic Tactical Fund
Oh ya, sebelum anda klik pada setiap info berkaitan prospektus dana amanah di atas, sila fahami dahulu penafian di bawah:
==
Pelabur dinasihatkan membaca dan memahami prospektus dan surat ikatan amanah sebelum melabur dalam dana. Sekiranya masih ragu-ragu sila berunding dengan pakar kewangan anda. Dana unit amanah adalah semata-mata ditawar berdasarkan kepada kandungan maklumat di dalam prospektus elektronik dan maklumat lain adalah bukan sebahagian daripada prospektus elektronik.
Prospektus bercetak dan borang permohonan boleh didapati di Permodalan BSN Berhad yang bertanggung jawab untuk ruangan internet yang mana prospektus elektronik dan borang permohonan dimasukkan. Dana unit amanah ini hanya diperuntukkan di Malaysia atau sesiapa sahaja di Malaysia.
==
[post_ads_2]
[Dah tengok?] Panduan Buat Duit Dengan Unit Amanah
Orait, faham dah .. maka bolehlah lihat apa kandungan prospektus dana amanah di atas tu ye.
Selamat melabur.
Untuk info lanjut mengenai PBSNB, boleh klik SINI.
wah... boleh tambah saham ni
BalasPadamJangan lupa juga saham akhirat... hui hui .. :)
Padamalhadmulillah berita baik untuk semua pelabur
BalasPadambanyak pilihan saham bsn ni ye.. alhamdulillah byk juga dividen tu
BalasPadamnot bad dividen dari sini kan..teringin jugak nak menabung kat Asbn ni,tapi ramai pulak cakap TH lagi bagus..terus confuse
BalasPadamApa nak confuse, melabur je dalam mana-mana atau semua ... :) bukan satu komitmen pun. Jika ada simpanan tambah je pelaburan.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.