Isu harga buah durian mahal memang akan berlaku setiap kali musim Raja Buah ini kembali. Jika zaman saya dulu, buah durian boleh didapati dengan harga RM10-RM20 selonggok, tetapi kini tidak lagi. Agak susah sekarang nak mencari penjual durian yang menjual buah durian secara longgok, kebanyakkannya menjual secara timbang kilo.

Apabila buah durian sudah dijual dengan timbang kilo, memang jaranglah nak jumpa harga yang murah. Buah Durian Kampung, paling biasa saya temui dijual antara RM12 hingga RM15 sekilogram. Kalau jenis durian yang baik sedikit, yang ada 'nama', paling murah pun boleh dapat dalam RM18 sekilogram. Dan kesedapan buah durian kampung sering dikaitkan dengan asal buah durian ini ditanam.

Merasa Durian Batu Kurau RM10 Sekilo

Durian Batu Kurau RM10 Sekilo
Bila sebut sahaja durian kampung Batu Kurau, satu Malaysia dah tahu bahawa durian dari tempat ini rasanya agak sedap iaitu manis-manis pahit. Ia antara durian kampung yang mendapat permintaan daripada orang ramai.

Kisah Durian Batu Kurau dah banyak kali keluar TV dan akhbar. Batu Kurau menjadi lubuk tempat peraih buah ini mendapatkan bekalan bagi dijual kepada orang ramai. Namun, seperti pasang surut air laut, adakala hasil dusun yang ada di Batu Kurau ini tak sentiasa 'mewah'. Jadi, apabila kurang hasil, maka harga durian kampung pun melambung naik.

Asas perniagaan memang begitu. Permintaan tinggi tetapi pengeluaran kurang, maka harga pun naiklah. Benda jadi susah nak dapat ... ye tak?

Alhamdulillah, baru-baru ini saya dan keluarga dapatlah merasai akan buah Durian Batu Kurau ni. Rezeki tetamu - seorang sahabat lama datang bertandang ke rumah. Kami beli di sebuah Pasar Malam di Bandar Baharu. Harga dijual adalah RM10 sekilogram, dan RM12 sekilogram.

[Baca Dah?] Durian Raja Kunyit - Buah Durian Termahal di Malaysia

Durian Harga Berlainan Walaupun Bentuk Serupa

Ada dua harga menunjukkan dua jenis buah durian dari Batu Kurau berlainan 'gred'. RM10 sekilogram dari buah durian jenis isi putih yang tak dijamin sedap. Manakala RM12 sekilogram pula adalah Durian Batu Kurau dari jenis isi kuning dan dijamin sedap!

Saya ni, kalau nak menilai sedap atau tidak sesuatu buah durian tu sedap atau tidak daripada bentuk fizikal dan luaran memang fail-lah. Saya memang tak tahu.

"Ko pilih la mana satu buah ok ... " kata Mashudah, sahabat saya yang datang naik ETS ke Parit Buntar untuk selesaikan kes tuntutan harta pusaka pelanggannya.

"Err .. ishhh .. mana aku tahu.. bagi dia je la pilih" kata saya.

Penjual buah durian pilih beberapa biji buah durian yang dilonggokkan satu tempat. Harganya RM10 sekilogram. Apabila saya dan sahabat kata mahu membeli, penjual itupun membelah sedikit kulit buah durian yang tebal untuk membolehkan kami berdua melihat isi.

Isi putih. Keras. Mangkor.

"Ni keras ni .. mangkor ke apa" kata saya pada penjual buah durian di Pasar Malam Bandar Baharu, Kedah.

"Ok, ni kita letak tepi .. abang kata tak ok, sat gi kita lelong hat ni" lalu letakkan buah durian yang saya kata mangkor tu kat tepi, dan ambil sebiji lagi buah durian dari longgokan yang sama. Harganya RM10 sekilogram.

"Yang ni ok?" tanya penjual.

Saya angguk apabila dah mencucukkan jari saya pada ketulan buah durian berwarna putih. Rasanya manis.

Penjual tu ambil lagi sebiji buah durian. Kali ini, dia ambil dari longgokan buah Durian Batu Kurau yang satu lagi. RM12 sekilogram.

"Ganti yang tadi tu .. saya kira RM10 ... " kata penjual tu.

Kulit buah durian dibuka sedikit.

"Wow...isi kuning, mesti sedap ni." kata hati saya, selepas lihat dan sentuh sedikit isi buah durian dari longgokkan RM12 sekilogram.

Semua 3 biji buah durian. Harga selepas ditimbang adalah RM58!

Apabila bawa balik, dua daripada 3 biji buah Durian Batu Kurau tersebut boleh dimakan. Sebiji lagi, hanya beberapa ulas sahaja dapat dimakan, yang selebihnya busuk! Uhh terkena kami! Mangkor. Isi keras macam makan buah durian muda.

Pun begitu. Kami tidaklah hampa kecewa 100%. Allah S.W.T Maha Adil.

Durian Batu Kurau RM10 - RM12 Sekilo
Alhamdulillah, sebiji buah durian daripada longgokan RM12 sekilogram, isinya agak baik. Isinya berwarna kuning dan semua pangsa ulasnya penuh. Rasanya sedap. Manis.

Sebiji lagi, isinya putih. Tetapi ianya tidak mengecewakan. Walaupun agak lembik dan berair, tetapi ia masih sedap dan boleh dimakan. Emak saya suka, sebab boleh dibuat Nasi Durian. Aha .. anda tahu ke pasal Nasi Durian?

Ya, kalau buah durian tu isinya lembik, ada dua menu best boleh anda cuba:

  • Nasi Durian
  • Serawa Durian

Nasi Durian ni, bahannya mudah je iaitu nasi, santan segar, buah durian, dan juga sedikit garam. Hanya campurkan semua, dan gaul. Emak saya cukup suka makan buah durian cara begini. Emak saya tak suka makan buah durian tu secara terus, sebab boleh membuatkan dia pening, almaklumlah ada penyakit darah tinggi. :)

Durian Batu Kurau RM10 Sekilo
Alahai durian. Alangkah bagusnya jika harga buah durian kira timbang kilo ini dijamin sedap dan isinya elok, hatta pada harga RM10 sekilogram. Bukan semua orang mampu nak beli buah durian yang merupakan buah-buahan tempatan.

Jika anda seorang penjual buah durian ni, apakata anda jual buah durian secara ulas, dibungkus elok agar isi tebal kekuningan dapat dilihat pembeli. Timbang-timbang RM18 sekilogram pun, in Sha Allah .. ramai yang akan beli sebab dah tahu bentuk isinya bagaimana rupa. :) Sekadar pandangan sayalah.

[Baca Juga] 5 Tips Mengenal dan Memilih Buah Durian Musang King

Apapun, redha jugalah bila susah nak dapat buah durian dijual secara longgok ni. Bila dah tak jumpa penjual jual durian secara longgok, dapat jumpa peniaga jual buah durian seperti Durian Batu Kurau dengan harga RM10 sekilogram pun dah kira cukup bagus.

Dan apabila membeli buah durian guna timbang kilo ni, pastikan anda agar tidak ditipu peniaga.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdullilah dapat juga merasa ya, memang sekarang buah tak berapa banyak dah macam dulu. Bangga juga bila durian Batu Kurau dari kampung Kak Sue satu Malaysia dah kenal.. 😊

    BalasPadam
  2. paling syok sebenarnya durian FREE..heheh..tak kisah pun berapa sekilo :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement