Disebabkan viralnya gambar cikgu-cikgu cantik ini, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, dan pada masa yang sama juga, pintu rezeki untuk mereka juga bertambah. Ada yang menjadi pelakon, ada yang mengikat kontrak sebagai penyanyi, dan tidak kurang juga yang menjadi model sambilan. Paling menarik, ada antara cikgu cantik ini mengambil kesempatan atas populariti mendadak dengan mewujudkan produk sendiri.
Cikgu Cantik Malaysia Viral di Internet
Ya, kadangkala internet agak kejam terhadap seseorang, terutama yang menerima tempias menjadi viral atau tular di media sosial. Untung menjadi seorang cikgu cantik, agak mudah mendapat perhatian .. baik di kalangan murid dan pelajar mahupun di kalangan ibu bapa. Untung menjadi seorang cikgu cantik, senang nak promosikan produk samada jenama sendiri atau orang lain.Saya suka dengan beberapa cikgu atau guru yang telah menjadikan populariti mendadak mereka untuk memajukan diri sendiri. Tiada salahnya menggunakan kelebihan sebagai seorang cikgu cantik untuk peroleh peluang yang lain, ye tak? Anggap sahaja itu rezeki. Lain orang, mungkin lain pula kelebihannya.
Cikgu Jash Jafri
Cikgu cantik ini lebih dikenali sebagai seorang ustazah. Kalau dilihat gambar-gambarnya yang ada di instagram miliknya, memang tak ramai menyangka bahawa Cikgu Jash Jafri adalah seorang ustazah. Gambar cikgu cantik ini menjadi viral atau tular apabila beliau muncul dengan berpakaian sekolah semasa sambutan Hari Guru di sekolahnya .. uhh serius dah macam anak murid je dah. Cikgu Jash Jafri sudah berkahwin dan kini banyak ambil peluang dalam modeling selain membuat servis paid review di instagramnya. - https://www.instagram.com/jash_jafri/[post_ads]
Cikgu Mastura
Rakan blogger saya ini juga seorang cikgu yang cantik. Cikgu Mastura namanya. Boleh dikatakan banyak juga menerima tawaran untuk kerjasama mempromosikan produk orang samada menerusi instagram mahupun blognya. Boleh follow instagramnya di sini - https://www.instagram.com/_masturararaCikgu Shasha Nordin
Salah seorang cikgu cantik yang sudah ada jenama skincare sendiri. Selain bergelar guru, Cikgu Shasha juga adalah pemilik kepada RizzSkin, produk berkaitan kecantikan kulit, lebih tepat kecantikan kulit tubuh. Aha .. jika nak memiliki kecantikan sepertinya, bolehlah follow instagram di sini - https://www.instagram.com/shashanrdn/[post_ads_2]
Cikgu Ameera
Cikgu Ameera atau Cikgu Meera menjadi perhatian ramai apabila guru dari Kodiang ini mempunyai suara yang sedap, dan menjadi viral di aplikasi Smule. Cikgu muzik ini bakal keluar dengan single pertama Oh Sayangku tidak lama lagi, hasil ciptaan komposer terkenal Eddie Hamid. Cikgu Ameera juga dikenali dengan jolokan Cikgu Viral.Cikgu Dayang
Pernah tular dan menjadi sebutan ramai netizen. Cikgu Dayang kini sudah mendirikan rumahtangga, dan sekarang sudah ada jenama sendiri iaitu DAYG. Boleh follow instagram di SINI.Ada yang dengki dan hasad ke dengan apa yang cikgu-cikgu cantik ni dapat daripada netizen yang 'prihatin'? Tak perlu .. tak perlu dengki. Seperti saya katakan tadi, itu rezeki mereka. Dan kebanyakkan cikgu-cikgu cantik ini sudah pun berpunya atau berkahwin serta beranak-pinak. Doakan kebaikan untuk mereka sudahlah ye.
Mahu menjadi seorang owner produk? Mahu jadi usahawan online berjaya? Boleh dapatkan panduan ini - Buku Lali
wow! Tak lama lagi cikgu-cikgu hensem ala-ala Fattah Amin bakal muncul.
BalasPadamDah ada .. cikgu PJ yang badan sado tu .. tular juga
Padamtapi tu la. ramai yang cantik cantik ni dah berpunya plak..hahaa
BalasPadamTak silap saya dulu ada viral cikgu cantik dpt surat drp bapa murid dia dh jd pelakon. Puteri Aisyah kalau tak silap saya yang berlakon drama lelaki itu pemilik hatiku
BalasPadamcantik cikgu
BalasPadamkelebihan orang cantik ini cepat berpunya...
BalasPadamtentu beruntung suami mereka kerana memiliki isteri yang cantik..
Cantik luaran tidal menjamin kebahagiaan, cantik Dalam lagi penting
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.