Pulau Langkawi memang menjadi antara destinasi percutian dan pelancongan yang menjadi pilihan ramai, baik daripada pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Ia ada 1001 tarikan yang menjadikannya destinasi terbaik untuk bercuti selain membeli-belah.
Harga Tiket Feri Langkawi Terkini Naik RM3
Saya secara jujurnya tidak terkejut pun dengan kenaikan harga tiket feri ke Pulau Langkawi ini, sebab memang dah lama ada ura-ura harga tiket feri akan dinaikkan. Harga tiket feri Langkawi telah didapati naik sebanyak RM3 bagi setiap perjalanan sehala. Pun begitu, kenaikan harga tiket feri ini hanya berlaku dan dikenakan terhadap penumpang jika membeli tiket di kaunter rasmi perkhidmatan feri ke pulau peranginan ini. Harga tiket masih kekal pada harga lama jika menempah atau membeli tiket secara atas talian (online).Lagi satu, kenaikan harga tiket sebanyak RM3 ini juga hanya dikenakan kepada pelancong luar sahaja. Harga tiket untuk penduduk Langkawi masih kekal sama - tak kira beli online mahupun bayar di kaunter. Dan menurut sahabat saya, harga tiket untuk warga emas telah dimansuhkan serta-merta.
Difahamkan kenaikan harga tiket terkini feri ke Pulau Langkawi ini telah dipersetujui antara penyedia servis feri dengan pihak Jabatan Laut Malaysia.
Terdapat beberapa syarikat tempatan yang menguruskan perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi ini iaitu:
- Langkawi Ferry Services
- Langkawi Ferry Line Ventures
- Langkawi Auto Express
- Ekspress Bahagia
Harga tiket feri ke Pulau Langkawi adalah berbeza mengikut beberapa kategori iaitu:
- Asalan samada dari Pulau Pinang, Kuala Kedah atau Kuala Perlis.
- Samada penumpang sahaja atau penumpang dengan kenderaan atau kenderaan sahaja.
- Penduduk tempatan (Langkawi) atau pelancong luar.
Secara amnya harga terkini tiket feri ke Pulau Langkawi adalah seperti berikut:
Kuala Perlis - Langkawi - Kuala Perlis (Harga Baru/Terkini)
- Dewasa - RM 18.00 (RM 21.00)
- Kanak-kanak - RM 13.00 (RM 16.00)
Kuala Kedah - Langkawi - Kuala Kedah (Harga Baru/Terkini)
- Dewasa - RM 23.00 (RM 26.00)
- Kanak-kanak - RM 17.00 (RM 20.00)
Pulau Pinang - Langkawi - Pulau Pinang (Harga Baru/Terkini)*
- Dewasa - RM 60.00 (RM 63.00)
- Kanak-kanak 3 hingga 11 tahun - RM 45.00 (RM 48.00)
- Kanak-kanak bawah 2 tahun - RM 25.00 (RM 28.00)
*harga termasuk insurans tetapi tidak termasuk caj pengendalian port sebanyak RM10 (dewasa)/ RM6.30 (kanak-kanak) sehala.
Beli Tiket Feri Langkawi Secara Online
Memandangkan kenaikan harga tiket feri ke Langkawi yang ditetapkan bermula 1 Januari 2018 hanya dikenakan untuk pembelian tiket di kaunter, maka adalah lebih baik jika mahu melancong atau bercuti ke Langkawi .. anda membuat tempahan tiket feri ke Langkawi secara online.
Tempahan tiket secara online selain lebih mudah, ianya juga lebih cepat dan tidak memerlukan anda untuk beratur selain bersesak di jeti feri.
[post_ads]
Apa Kata Saya Mengenai Kenaikan Ini?
Bagi saya, tiada apa yang perlu dihairankan sangat dengan kenaikan harga tiket feri ini sebab memang menjadi kelaziman harga tiket yang ditempah secara online adalah jauh lebih murah daripada apa yang dijual di kaunter. Mungkin cara pengendali feri di sana menaikkan harga feri ini tanpa maklum kepada para penumpang terlebih dahulu yang membuatkan ramai terkejut dan tidak boleh terima.
[post_ads_2]
Sepatutnya, pihak pengendali perkhidmatan feri ke Langkawi memaklumkan sebulan dua lebih awal akan kenaikan harga tiket feri ini, selain mempromosikan pembelian tiket secara online kepada para pelancong yang ingin ke Pulau Langkawi. Cara ini adalah lebih baik bagi mengelakkan kekeliruan selain memastikan para pelancong menyedarikan akan kenaikan harga tiket feri bermula 1 Januari 2018.
Apa kata anda?
#update: Harga terkini naik RM3 ini telah dimansuhkan serta-merta mulai 2 Januari 2018
setuju.. tak patut semuanya naik mendadak macam harga minyak.. bukan tak boleh dirancang dulu.. tapi mungkin mereka takut org protes dan akhirnya tak dapat dinaikkan..
ReplyDeletelama dah x naik feri
ReplyDeleteEhh samalah... feri kat penang ni pun dah lama tak naik .. haha ..
DeleteLahai..makin naik la pulak kan...emmm..redha jelah sape yang nak bercuti ke sana...nampaknya banyak la barang dah perkhidmatan yang dah naik herga
ReplyDeleteBuat je tempahan secara online .. sbb kalau beli online, harga tetap sama. RM3 ni caj pengurusan di kaunter .. :)
Deletelast naik feri ujung bulan disember 2017 , ok tahun baru harga pun baru
ReplyDeleteHehehe .. tahniah sbb merasa harga tiket feri langkawi dengan harga lama .. huhu
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.