Alahai, kesian kepada rakan media sosial saya, si Faiz Dickie ni. Kalau anda yang tak tahu, si Faiz Dickie ini adalah ikon media sosial, siapa yang kaki media sosial pasti kenal dengan nama Faiz Dickie ni. Saya pertama kali bertemu dengan mamat ni semasa Majlis Makan Malam Bersama Blogger di Kuala Lumpur pada pertengahan tahun 2017.

Saya kesian dengan Faiz Dickie kerana baru-baru ini, dia telah alami kerugian sehingga RM4,000 apabila ruang acara (event space) miliknya yang terletak di Damansara Perdana, telah dipecah masuk oleh pencuri. Kejadian ini berlaku pada petang 2 Januari 2018.

Kesian Faiz Dickie, Vilej Dipecah Masuk, Rugi RM4,000

Kesian Faiz Dickie, Vilej Dipecah Masuk, Rugi RM4,000
Vilej Damansara Milik Faiz Dickie
Event space atau ruang acara miliknya, Vilej baru sahaja sebulan beroperasi di situ. Ia merupakan dewan untuk disewa bagi tujuan seperti majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis makan malam, atau apa jua event yang sesuailah. Ada dua dewan untuk majlis - besar dan kecil kalau tak silap.

Ia merupakan event space yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, sesuai dengan apa yang difikirkan oleh si Faiz Dickie untuk perjalanan sebuah acara.

Difahamkan beberapa peralatan audio, LCD Karaoke dan barangan elektronik yang baru dibeli telah hilang selepas Faiz Dickie memeriksa Vilej yang dipecah masuk. Kerugian dianggarkan sebanyak RM4,000. Antara barang lain yang hilang ialah portable p.a, Yamaha audio mixer, serta karaoke LCD.

A.C Remote Pun Kena Curi !!

Yang kelakarnya tentang kejadian pecah masuk ke Vilej milik Faiz Dickie ini ialah tentang barang-barang yang hilang tu. Selain apa yang saya nyatakan di atas tadi tu, antara barang yang dicuri oleh pencuri ialah remote air-cond !! Uhh mungkin benda ni senang nak dibawa keluar kalau nak dibanding dengan peralatan lain kot ... huhu .. Aha .. ni mesti remote air-cond tu nak dijual kat pasar lambak atau Pasar Karat ni .. uhh.

Kesian betul, baru je nak rasa gembira dapat jadi seorang pensyarah dan dah ada ruang acara sendiri di situ, kena pecah masuk pencuri pula. Uhh bukan sikit RM4,000 tu ye .. kalau saya .. menangis tu nak dapat balik. Income menerusi blog saya ni pun tak berjaya cecah angka sebanyak tu lagi. Jenuh kalau rugi banyak tu .. errr tu kalau sayalah.
[post_ads]

Tahniah Dah Bergelar Pensyarah IPT

Nama dan wajah sebenar Faiz Dickie
Buat rakan media sosial Faiz Dickie yang tak sempat saya nak beramah mesra semasa event dengan Hexa Coorporation Blogger's Dinner 2017 tu .. saya harap anda bertabahlah ye dengan dugaan yang perlu diharung ni. Barang hilang boleh diganti, in Sha Allah ... mungkin gantinya itu lebih baik daripada apa yang telah pun tidak lagi berada di pandangan mata.
[post_ads_2]
Oh ya, syabas dan tahniah ye sebab dah ada jawatan sebagai seorang pensyarah IPT, moga dapat kongsi dan sebarkan ilmu bermanfaat pada student-student IPT tu nanti. Jangan nanti bila masuk kuliah, derang pi jerit "Faiz Dickie .. Faiz Dickie" sudahlah. Takkan nak jadi bintang K-Pop lak kang ... hehehe ...

Memolek dan sekali lagi takziah atas kerugian tu, dan tahniah atas jawatan menjadi pensyarah. Biar polis jalankan siasatan, dan tangkap pencuri durjana tu.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. aduhaiii..remote air cond pun nak ambil..asal main amik je lah pencuri tu...

    ReplyDelete
  2. pencuri ni memang dah niat nak rembat semua barang ni. tak kira walaupun si kecik remote

    ReplyDelete
  3. kesiannya.. cabaran buat beliau mana tau lepas ni jadi lagi maju bisnesnya kan

    ReplyDelete
  4. Kesiannya dia. Semoga tabah ya. Dugaan awal tahun dan semoga pencuri tu dapat ditangkap secepatnya

    ReplyDelete
  5. Semoga dia tabah.. Mungkin ada rezeki lain buatnya

    ReplyDelete
  6. 4k tu bukan skit tu... seram pula bila dengar pecah masuk..

    ReplyDelete
  7. Kesian juga. Semoga dia kuat dan tabah hadapi ujian ini dan mendapat rezeki yang lebih baik lepas ini. In syaa Allah ada hikmahnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement