Pisang Merah ini saiznya agak besar, lebih besar daripada Pisang Emas atau Pisang Minyak yang menjadi kesukaan kebanyakan orang. Kulit luar Pisang Merah agak tebal dan berwarna merah keungguan. Rasa pisang ini manis-manis masam sedikit dan lembut seperti Pisang Emas.
Khasiat Hebat Pisang Merah (Red Banana)
Baru-baru ini, isteri saya ada bawa balik Pisang Merah ini. Mulanya, saya enggan akui bahawa pisang yang dibawa adalah Pisang Raja Udang, yang penuh dengan cerita mitos orang Melayu. Tetapi selepas saya buat sedikit carian dan kajian mudah, saya dapati pisang yang isteri saya bawa ini, memang ada banyak khasiat dan kelebihan.Hasil carian, ternyata pisang ini dari dari keluarga pisang liar Musa acuminata, yang berada di dalam kumpulan pisang Cavendish (AAA). Secara saintifiknya, Pisang Merah dikenali sebagai Musa acuminata (AAA Group).
Nama Lain Pisang Merah
Pisang ini juga dinamakan Pisang Kidang, Red Dacca, Claret Banana, Cuban Red Cavendish Banana, Jamaican Red Banana.Pisang ini agak popular juga di Indonesia, selain tempat asalnya di benua Amerika Selatan. Saiznya yang besar, rasanya yang sedap dan khasiat yang ada pada Pisang Merah ini, menjadikan ia pisang yang sering dicari. Namun begitu, di Malaysia, Pisang Merah agak sukar ditemui dan kalau ada pun, kebanyakkannya boleh didapati samada di Perak atau Pahang.
[post_ads]
13 Khasiat dan Kelebihan Pisang Merah
Apa khasiat dan keistimewaan Pisang Merah ini?- Bantu Pesakit Anemia
- Kandungan zat besi yang tinggi dalam pisang ini dapat membantu pesakit Anemia dalam proses pembentukan sel darah.
- Bagus Untuk Hati
- Pisang Merah memberikan kesan yang baik untuk kesihatan hati di dalam tubuh. Ia ada gizi yang mencukupi untuk hati yang sehat. Nak lebih baik, selalu juga ambil wudhuk untuk kesihatan hati luar dalam yang lebih jitu .. :)
- Penambah Tenaga
- Pisang memang diakui sebagai makanan dari alam yang boleh memberikan tenaga yang cepat. Jika anda sering melakukan aktiviti seperti bersukan, aktiviti lasak dan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga setiap hari, pastikan sarapan pagi atau sebelumnya itu anda ambil seulas dua pisang.
- Redakan Asma
- Ia tidak ada sifat penyembuh untuk penyakit Asma, tetapi jika siptom penyakit Asma ini mula nampak, maka bolehlah makan Pisang Merah ini untuk meredakan siptom tersebut agar tidak menjadi teruk.
- Makanan Anti Rabun
- Makan Pisang Merah secara konsisten boleh membantu untuk elak masalah rabun mata. Kandungan vitamin A yang tinggi dalam serat Pisang Merah boleh menajamkan penglihatan, dan mengurangkan risiko daripada terkena rabun mata.
- Baik Untuk Saluran Darah
- Penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan pembuluh dan saluran darah boleh dielakkan dengan memakan Pisang Merah. Ia bukan sekadar melancarkan peredaran dalam saluran darah, malah ia akan membantu saluran darah supaya lebih sihat.
- Bagus Untuk Penghadaman
- Sepertimana kebaikan yang terdapat pada pisang-pisang lain, Pisang Merah juga dapat membantu dalam proses penghadaman. Ia ada kandungan serat yang tinggi. Saya makan seulas Pisang Merah pun dah rasa kenyang. Ia dapat elakkan diri dari makan berlebihan, dan bagus untuk perut serta penghadaman.
- Ringankan Depresi
- Percaya atau tidak, anda boleh kurangkan rasa tension serta tekanan dengan memakan seulas pisang. Pisang Merah dipercayai boleh bantu meringankan depresi dan membuatkan anda rasa lebih tenang. Saya sendiri makan seulas Pisang Merah sebelum saya mula menaip untuk tajuk ini. Lihat betapa banyak saya dapat tulis hanya dari seulas Pisang Merah .. idea mengalir lajuuuu !!
- Nutrisi Terbaik Untuk Tulang dan Gigi
- Pisang Merah bagus untuk kesihatan dan kekuatan tulang dan gigi. Anda tidak perlu minum susu formula khas untuk dapatkan tulang dan gigi yang kuat, in Sha Allah, makan Pisang Merah .. gigi anda akan jadi lebih kuat. Saya yang ada masalah sakit gusi pun rasa reda dan lega selepas makan seulas Pisang Merah ini.
- Menyihatkan Jantung
- Pisang Merah dikatakan boleh memberikan kesan sangat positif untuk kesihatan jantung untuk jangka masa panjang. Jika anda ambil Pisang Merah secara rutin, dan tidak terlebih makan, in Sha Allah .. ia akan beri impak yang baik untuk kesihatan jantung anda.
- Tingkatkan Imun Tubuh
- Kandungan khasiat yang ada dalam Pisang Merah ini boleh membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan melawan penyakit. Ia ada kandungan vitamin C yang tinggi untuk hasilkan kolagen semulajadi yang membantu mengeluarkan radikal bebas daripada tubuh. Bukan setakat beri kelebihan pada sistem imun, malah kolagen yang terhasil daripada khasiat Pisang Merah ini boleh kurangkan kesan penuaan.
- Bagus Untuk Ibu Hamil
- Pisang Merah sangat bagus untuk ibu hamil. Ia akan bantu dalam penghasilan asid folik yang memang diperlukan oleh ibu ketika proses kehamilan 9 bulan 10 hari. Malah ia dapat membantu mengurangkan rasa mual dan loya di awal kehamilan.
- Bagus Untuk Mereka Yang Mahu Berhenti Merokok
- Percaya atau tidak, pengambilan secara rutin Pisang Merah akan membantu perokok yang berazam untuk berhenti merokok. Kandungan vitamin C, magnesium dan juga kalium dalam buah Pisang Merah ini akan membantu mengurangi keinginan untuk merokok atau candu nikotin yang ada pada perokok.
Secara amnya, Pisang Merah mengandungi serat tinggi yang sangat baik untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak, dan ada pelbagai vitamin serta zat galian yang bagus untuk tubuh.
Video Manfaat Pisang Merah(Red Banana)
Jika anda menjumpai Pisang Merah atau Pisang Raja Udang ini, jangan teragak-agak untuk beli, ia sedap ... dan bagus untuk terus dimakan.
Tak pernah lagi try pisang merah ni.Rasanya sama eh dengan pisang biasa...
ReplyDeleteBaru beli pisang ni kat pasar malam do johor ahad 2Feb2019 masa balik utk majlis kahwin anak sedara. Rasa dia lemak2 gitu. Tak sama rasa mcm pisang biasa atau pisang cavendish. Manis pun tidak semanis rasa pisang cavendish. Elok utk org diabetis. Tapi harga dia mak aiiiiii.....mahal. Setakat nak merasa ok la. beli selalu tak mampu le. Kawan ofis kata kalau di Indonesia org taraf bangsawan je yang mampu makan pisang ni sbb harga dia yg mahalbuat org2 biasa tak mampu beli.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.