Perghh nama minyak sapu ni memang hebat betul. Minyak Sapu Tok Dewa, minyak yang saya gunakan untuk bantu pemulihan tumit kaki saya yang didakwa awalnya retak. Alhamdulillah, rupanya selepas diperiksa doktor di Hospital Putrajaya, tumit kaki saya disahkan tidak mengalami keretakan. Lega betul.

Selepas pulang dari Putrajaya, tumit kaki saya masih terasa sakit. Dah disapu ubat dari hospital, dah dituam dengan ais, tumit kaki saya masih perlukan rawatan. Malah, sehingga post ini ditulis, hampir sebulan selepas kejadian di banglo Janda Baik tempoh hari, kesakitan di tumit masih dirasai.

Minyak Sapu Tok Dewa Tak Boleh Dilangkah!!

Minyak Sapu Tok Dewa untuk bantu penyembuhan tumit kaki sakit
Selama lebih seminggu, isteri saya menguruskan tugas hantar dan ambil anak-anak dari sekolah. Kasihan isteri saya yang terpaksa uruskan semua perkara di kala kesakitan tumit kaki saya masih belum reda. Teringat kembali pengorbanan isteri saya semasa saya terkena demam campak, dikurung dalam bilik, tidur atas tilam istimewa, dimandikan dengan air semambu. Besar pengorbanan isteri saya, memang sukar nak dibalas.

[Dah Baca?] Tumit Kaki Disangka Retak, Ingka Semasa Bercuti di Janda Baik

Bila kesakitan tak nampak berkurangan, makanya saya cari alternatif.

Terkesan Sebab Terpaksa Berubat

Ntah ditakdirkan Allah S.W.T, saya ternampak satu iklan gantung tertulis "Minyak Sapu Tok Dewa". Dakwa iklan tergantung tu, minyak sapu Tok Dewa ni boleh membantu sihatkan lumpuh, sakit urat, sakit saraf serta sakit sendi.

Minyak sapu Tok Dewa ni berharga RM15 sebotol, saya beli dari sebuah kedai runcit. Ianya tidak boleh dilangkah, begitulah mengikut apa yang tertulis di label serba kuning pada botol minyak sapu Tok Dewa ni.

Saya gunakan minyak sapu ni sekerap yang mungkin. Apabila tumit kaki saya terasa sakit, saya akan sapu tanpa perlu urut. Ya .. tak perlu urut. Saya hanya perlu sapu sahaja minyak ni pada bahagian tumit kaki saya.
[post_ads]
Saya ada tanya pada isteri;

"Yang.. minyak Tok Dewa ni tulis tak boleh dilangkah ..."
"Jadinya kalau sapu kat tapak kaki ni kira tak leh jalanla ye .. kena baring gitu, takut dilangkah .." kata saya.

Isteri saya diam je. Tak tahu nak respon macamana .. haha .. serba salah kan? Yelah, dah terang pada label tertulis minyak sapu Tok Dewa ni tak boleh dilangkah, tetapi saya gunakan dan sapu kat bahagian tapak kaki, di tempat sakit iaitu di tumit. Jadi, bagaimana? Adakah ia akan hilang kemujarabannya?

Bagus Ke Minyak Sapu Tok Dewa?

Dah beberapa minggu saya gunakan minyak sapu Tok Dewa ni. Saya tak pasti samada ia kesan baik daripada penggunaan minyak sapu Tok Dewa atau ia adalah pemulihan biasa tubuh badan.
Minyak Sapu Tok Dewa untuk legakan kesakitan dalaman
Minyak sapu Tok Dewa ni tak panas. Ia adalah minyak masak biasa dicampur dengan herba dan rempah ratus tertentu. Ia cepat meresap, dan agak selesa juga bila menyapunya pada bahagian tumit kaki saya yang sakit.

Mungkin setengah orang tak berapa suka dengan kaedah sapuan minyak seperti saya lakukan ini untuk pemulihan kecederaan dalaman. Hmm .. tak salah mencuba, ye tak ... asal sakit tu datangnya dari kehendak Allah S.W.T, maka pulihnya sakit tu pun adalah dariNYA juga. Kita usaha je mana yang patut.
[post_ads_2]
Apa yang telah berlaku menjadi pengajaran berguna pada diri saya yang dah menjangkau umur 40an ini. Dan walaupun kita ada klinik dan hospital yang canggih dengan pelbagai rawatan, namun rawatan cara tradisional masih relevan untuk kesakitan tertentu. Cumanya, janganlah terlalu percaya akan dakwaan-dakwaan yang dinyatakan tu; contohnya "boleh pulihkan lumpuh"; "boleh pulihkan kaki retak" dan sebagainya.

Niat sahaja kita usaha, sebab yang memungkinkan sesuatu itu hanya Allah S.W.T sahaja.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. makin berusia makin meningkat umur semakin banyak minyak urut diperlukan sebab angin masuk Oh dalam urat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru tahu minyak Tok Dewa ni popular kat bahagian utara ni .. huhu

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement