Pasar Kemboja Parit Buntar beroperasi setiap Sabtu. Jadinya, setiap kali hari Sabtu, lokasi di sepanjang Jalan Sempadan, Parit Buntar akan penuh dengan kehadiran orang ramai, yang kebanyakkannya wanita yang mahu bershopping.
Pasar Kemboja Tempat Shopping Wanita Hari Sabtu
Baru-baru ni saya bawa emak saya ke Pasar Kemboja Parit Buntar di sini. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10:30 pagi, masih ramai pengunjung yang berpusu bershopping di Pasar Kemboja. Jika hari biasa, selalunya waktu nak dekat tengahari ni, dah kurang orang; dan apabila dalam musim perayaan atau cuti sekolah .. Pasar Kemboja kadangkala beroperasi sehingga jam 3:00 petang.Pasar Kemboja memang tempat shopping menarik dan menjadi tumpuan untuk golongan wanita. Di sini, boleh dapatkan pelbagai barangan dan produk wanita dengan harga murah dan berpatutan. Jika nak lagi murah, boleh ikuti tips beli belah di Pasar Kemboja yang pernah saya kongsikan. In Sha Allah, boleh berjimat banyak jika bershopping di sini.
Antara produk yang sering mendapat perhatian dan permintaan tinggi di Pasar Kemboja ini adalah tudung dan shawl dari pelbagai jenama terkenal. Bila dalam bulan puasa pula, telekung sholat pula menjadi produk terhangat di sini. Bila nak dekat raya, pakaian seperti blouse, baju kurung, baju kebaya, baju kanak-kanak, kain pelekat, kain sarung antara yang dicari oleh pengunjung di Pasar Kemboja.
[post_ads]
Isteri saya kalau ada function tertentu atau nak buat baju rasmi tempat kerja, dia akan borong satu gulung kain ela kat sini. Harga boleh jatuh sehingga RM5.00 seela untuk kain ela Vietnam yang cantik-cantik. Macam-macam jenis kain ela boleh dapat kat sini. Kadang tu kain ela kat Pasar Kemboja lebih baik dari apa yang dijual di GM Klang ataupun di Jakel.
Saya boleh katakan, Pasar Kemboja adalah lubuk untuk beli tudung dan telekung murah.
Kalau anda belum lagi pernah sampai ke Pasar Kemboja Parit Buntar, bolehlah sesekali singgah di sini. Tak susah nak ke sini ... anda boleh naik samada Komuter atau ETS untuk ke Parit Buntar, dan in Sha Allah, dari stesen KTM tu .. anda boleh sewa teksi atau dapatkan servis kereta sewa murah menerusi iklan papan kenyataan di stesen.
Saya pernah bawa satu famili dari Singapura bershopping sakan di Pasar Kemboja ni. Uhh macam-macam dibawa pulang.. ia memang 'syurga' shopping untuk wanita kata mereka. Sungguh murah dan baju serta kain yang dijual cantik-cantik dan menarik.
[Baca Juga] Apa Yang Best Ada di Parit Buntar?
Pasar Kemboja ni sibuk cuma sehari je dalam seminggu. Jika hari lain, andai mahu dapatkan produk-produk yang dijual di Pasar Kemboja pada hari Sabtu, boleh je ke Kompleks Pasar Kemboja atau lebih dikenali sebagai Parit Buntar Outlets yang dibuka setiap hari dari pagi sampai ke malam.
Tak menyesal kalau ke Pasar Kemboja ni, lagi-lagi untuk golongan wanita. Memang best, dan memang saya syorkan untuk shopping di sini jika anda ke Parit Buntar pada hari Sabtu. :)
Wah...menarik... Murah-murah pulak tu.. Nanti kalau LeYa ke Parit Buntar, bolehlah abg HH bawak LeYa jalan-jalan ke sini
ReplyDeleteBoleh. Tak ada masalah. Dah banyak kali dah terima guest untuk datang sini. Famili dari Selangor, dari Kedah .. :)
Deletememang best kalau dapat pergi pasar kemboja
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.