Penggelek habuk ni isteri saya beli semasa kami sekeluarga berada di Kuala Lumpur ketika cuti penggal hari tu. Waktu tu, kami singgah di IKEA Cheras, dalam perjalanan pulang dari Putrajaya ke Parit Buntar, setelah berkampung di Janda Baik untuk percutian bersama ahli keluarga yang lain.
Penggelek Habuk IKEA
Memang bestlah penggelek habuk dari IKEA ni. Harganya pula tidaklah terlalu mahal. Maka saya syorkan anda untuk mendapatkannya di IKEA.
Penggelek habuk ni boleh anda gunakan untuk memudahkan anda singikirkan habuk dan juga bulu halus daripada pakaian dan juga perabot. Perabot jenis fabrik kan ke senang melekat habuk dan bulu, terutama bulu haiwan peliharaan seperti kucing.. jadinya dengan menggelekkan sahaja benda ni, in Sha Allah, segala bulu tu akan mudah melekat di penggelek dan bersihkan kawasan yang digelek.
Penggelek ini dilingkari oleh sekeping perekat panjangnya 9 meter yang terbahagi kepada 60 'keping' sekali gelek. Apabila bahagian kepingan ini telah penuh dengan habuk serta bulu-bulu yang tidak dikehendaki, maka anda boleh kopek (peel) kepingan ini untuk dibuang. Ia akan terus digantikan dengan kepingan perekat lain untuk kerja pembersihan seterusnya.
[Dah Baca?] Sweeper Robot dari Lazada Lebih Murah dari Dijual Online Lain[post_ads]
Penggelek habuk IKEA ini disertakan dengan pemegang berlubang, jadi mudahlah anda nak sangkut di mana-mana jika tidak digunakan. Ia mudah alih, maka senanglah nak bawa ke mana-mana.
Cuma ...
- Lecehnya ialah apabila anda dah buka bahagian perekat, anda perlu pastikan ia tergantung. Kalau nak bawa ke mana-mana, kena ada tempat untuk gantungkan penggelek ini.
- Perekat isi semula berharga RM8.50 untuk 4 gulungan yang panjang keseluruhan 36 meter. Jadinya, kena beli perekat isian semula ini apabila dah habis. Agak susahlah bagi saya yang tinggal jauh ni.
- Ia boleh menipiskan bahagian permukaan permaidani, sebab kekuatan lekatan pada perekat boleh tarik juga benang-benang pada permukaan permaidani.
Aha .. kalau anda nak mencuba, bolehlah cari di IKEA ye.
[post_ads_2]
bagusnya senang kalau nak bersihkan atas sofa. saya rasa macam kita boleh beli online je isian penggelek tu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.