Akhir tahun, awal tahun .. bakal menampakkan lambakan lepasan universiti dan graduan. Ramai mereka tak ada sebarang pekerjaan tetap. Masa lapang sangat banyak. Jika anda seorang graduan yang mencari pekerjaan, dan ada masa lapang yang banyak, fikirkan tips yang akan saya kongsikan dalam blog post ini untuk bantu anda mendapatkan kerjaya yang anda inginkan.

Tapi sebelum tu, saya juga nak ingatkan bahawa ... saya bukanlah pakar pencari kerja untuk anda, atau seorang jurulatih kerjaya. Saya cuma seorang bekas penyelidik di salah sebuah IPT tempatan yang pernah terlibat dalam pengambilan staff sahaja. Apa yang saya nak kongsikan ini adalah berkaitan resume. Resume amat penting untuk seseorang seperti saya dulu untuk panggil calon untuk temuduga jawatan yang diminta. Apa yang ada dalam resume itulah, yang bakal dilihat samada sesuai dengan jawatan yang ingin diberikan.

Perkara Graduan Perlu Buat Masa Lapang Untuk Dapat Kerja

Perkara Graduan Perlu Buat Masa Lapang Untuk Dapat Kerja
Ramai orang nak sukses dalam kerjaya yang mereka suka. Tapi, tak ramai terutama graduan yang bersungguh-sungguh untuk mencipta ruang dan peluang sukses dalam kerjaya. Apabila mereka tamat pengajian - atau sebulan dua sebelum tamat pengajian, mereka secara semborono hantar resume kepada banyak syarikat. Semua gunakan template resume yang sama. Skema sama, tanpa ada beza. Tanpa tujuan dan misi khusus. Tak selektif. Walhal hakikatnya, mereka nak sukses dalam kerjaya yang mereka impikan.

Rahsia Resume
Nak sukses dalam kerjaya?

Lihat semula resume anda. Anda dah hantar merata. Semua syarikat yang ada kekosongan jawatan, anda hantar resume anda sekali harung, sekali cetak. Format sama. Adakah penat jerih anda buat resume, cetak resume, buat salinan sijil dan sebagainya berikan hasil yang anda inginkan? Ada dapat surat balasan daripada syarikat tersebut tak? Ada yang panggil anda untuk ditemuduga?

Semak Semula Resume Anda!!

Tak ada? Aha .. jika tak ada, sekali lagi saya nasihati anda supaya lihat semula resume anda. Mesti ada sesuatu yang tidak kena pada resume anda. Mesti !!

Untuk itu, jika sekarang ini anda ada masa lapang yang banyak, tak ada kerja khusus nak dilakukan, maka cipta blok masa lapang anda dan mula 'berjasa' pada diri sendiri. Sebenarnya pada waktu lapang
sebegini adalah waktu paling sesuai anda luangkan masa 'perbaiki resume' anda. Serius kena baiki jika 50 resume yang anda hantar cuma dua yang balas balik - itupun sekadar beritahu resume anda telah diterima untuk dinilai. Ohh malang tu.

Jika sebelum ini, anda hasilkan resume anda bersama rakan anda, kali ini anda perlu gunakan masa lapang tanpa diganggu sesiapa untuk perbetulkan resume anda. Gunakan secara komprenhensif. Tekad. Azam. Anda mahu kerjaya yang best, kena mula dari penghasilan resume yang benar-benar power.

Apa Patut Buat di Masa Lapang?

Gunakan masa lapang ini untuk lakukan perkara-perkara di bawah ini. Ya !! Ini apa yang anda perlu lakukan:

1 - Dapatkan iklan kerja kosong melalui portal kerja kosong yang banyak ada di internet sekarang. Malah laman web kerajaan pun ada yang senaraikan banyak kekosongan jawatan dan kerjaya samada di dalam sektor awam mahupun swasta. Gunakan sebaiknya.

2 - Bila dah tengok iklan tersebut, sila fahami skop kerja jawatan yang diiklankan. Jangan lihat pada nama jawatan semata. Ada nama jawatan sekian-sekian, tetapi skop dan kemahiran yang diperlukan adalah berbeza sama sekali dengan kebiasaan yang anda tahu. Kena baca betul-betul. Paling penting sekali, ia mesti sesuai dengan kelebihan yang anda ada. Bukan semborono memilih.

3 - Cari laman web syarikat atau organisasi tersebut. Gunakan Google. Pastikan ia adalah laman web rasmi, yang betul.

4 - Menerusi laman web rasmi syarikat yang iklan jawatan tersebut, studi sedikit sebanyak latarbelakang syarikat dan core activity syarikat tersebut. Apa yang mereka lakukan dalam industri, apa produk mereka, apa keistimewaan dan kepakaran mereka. Lihat apa kejayaan yang telah dicapai syarikat. Penting ni jika anda nak tulis sebuah resume yang akan membuatkan mereka teruja nak bertemu dengan anda, seolah anda dah tahu apa yang mereka mahukan daripada anda!

5 - Dah ada maklumat, maka mulalah 'craft' resume anda. Tidak lagi gunakan template resume lama yang tak berikan apa-apa maklum balas. Anda perlu hasilkan resume anda sendiri.
[post_ads] 
Jadinya bagaimana nak memulakan langkah menghasilkan sebuah resume anda sendiri yang bakal berikan anda peluang untuk dipanggil temuduga?

Komponen Penting Untuk Resume Anda Nampak Menyerlah

Ini komponen yang bakal menjadikan resume anda 'stand out' dari resume pemohon lain:
  1. Masukkan 'career objective' yang spesifik kepada jawatan tersebut.
  2. Buang komponen yang tak ada kaitan dengan jawatan tersebut. Contohnya subjek universiti yang
  3. di luar skop jawatan
  4. Masukkan komponen yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan itu
  5. Maksimum 2 halaman sahaja
Dan jangan lupa ... sertakan surat iringan (cover letter) bersama resume anda. Ramai graduan yang hantar resume terlepas pandang mengenai surat iringan ini. Bukan surat sokongan daripada mana-mana YB atau Pensyarah IPT ye... sebab ini bukan zaman kabel-kabel lagi untuk memohon kerja. YB atau Pensyarah anda bukan ahli lembaga pengarah syarikat atau yang tentukan keuntungan syarikat... huhu...

Apa isi kandungan cover letter anda? Isikan perkara-perkara berikut:
  • Bagaimana anda boleh membantu syarikat dalam meningkatkan sesuatu?
  • Cari maklumat berkaitan aktiviti syarikat dan masukkan ia dalam surat iringan ini.
Anda boleh dapatkan info ini samada daripada carian Google atau menerusi laman web rasmi syarikat. Untuk zaman sekarang, anda boleh sahaja lihat di Facebook rasmi syarikat berkenaan. Come on .. jadilah seorang penyiasat sikit ..  in Sha Allah, usaha anda ini akan berbaloi kelak.

Ia Lebih Baik Daripada Skoden Artis K-Pop atau Kisah Hidup Selebriti

Ia sebenarnya lebih bagus daripada anda skodeng facebook selebriti atau Google pasal artis K-Pop yang tak bawa apa-apa faedah sedikit pun pada sukses kerjaya anda. Oppss melainkan kalau anda nak jadi selebriti atau artis K-Pop lah .. haha.

Panduan Resume

Empat Perkara Penting Resume Hebat

Orait, daripada apa yang saya kongsikan di atas ini, anda tentu sedar bahawa saya telah menjuruskan penulisan dan penghasilan resume kerja anda kepada empat perkara. Sedar tak ni? Inilah yang sebenarnya harus anda patut buat bagi menghasilkan sebuah resume yang betul-betul nak minta kerja, dan bukan setakat memukat secara bebas tanpa hala sebenar. Nak dapatkan kerja yang anda mahu, kena usaha lebih khusus, lebih rajin, lebih komited ... resume kerja anda mesti spesifik!!
[post_ads_2]
Ini kesimpulan ...

  • [PERTAMA] Resume anda spesifik untuk syarikat tersebut sahaja.
  • [KEDUA] Resume anda spesifik untuk jawatan yang ditawarkan sahaja.
  • [KETIGA] Cover letter anda menunjukkan anda ada kualiti untuk menyumbang kepada perkembangan syarikat
  • [KEEMPAT] Cover letter anda menunjukkan anda obses dan peka dengan aktiviti syarikat
Selepas selesai kemaskini resume anda kepada 4 perkara ini baru anda boleh hantar untuk mohon kerja pada syarikat tersebut.

Cuba lah!

Masih tak pasti apa perlu anda buat untuk perbaiki resume kerja anda, boleh dapatkan panduan khas berkaitan resume kerja di sini [+] PANDUAN HASILKAN RESUME TERBAIK

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. susah nak dpt keja skrg. kesian kpd graduan2 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ada saya dgr .. yang kerajaan skrang nak beri lebih banyak peluang pada graduan di tahun 2018 ni.

      Padam
  2. tips yang sangat bagus buat graduan. Lepas belajar tak boleh duduk saja aje. kena keep on usaha. perjuangan belum berakhir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Kadang tu kita salah ketuk pintu rezeki .. :)

      Padam
  3. Tips berguna kepada graduan yang ingin ke alam pekerjaan.. Study betul2 pekerjaan yang dipohon..

    BalasPadam
  4. tips berguna sbb skrg ni bukan mudah nak dapat keja. mcmana pun jgn putus asa dan terus cuba sedaya upaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman sekrang ni zaman kena menonjolkan diri, kena cari keistimewaan sendiri. Kerja ada, cuma kita tak nampak depan mata je.

      Padam
  5. Masa ana dulu relax 3 bulan dkt rumah kemudian baru cari kerja. Alhamdulillah sekali interview dpt terus. Skrg ni susah sikit. Peluang kerja tak banyak dan graduan semakin banyak. Kena bersaing dan kena menyerlah untuk market kan diri sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh hebat. Mesti resume hebat ni .. hehee... :)

      Padam
  6. Terima kasih tuan. Saya tak banyak pengalaman cari kerja sebab nak sambung master, tapi ada la tengok-tengok. Memang skop kerja tu kena baca juga. Sebab kadang-kadang nama jawatan lain tetapi skop kerja tak sesuai dengan bidang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kadang ruang iklan terhad nak ceritakan pasal skop kerja tu.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement