Ayer8 ketika itu masih lagi belum siap dan lengkap sepenuhnya, tapi hari ini .. tempat ini sudah ada banyak kedai-kedai makan yang menarik selain beberapa kedai menjual pelbagai barangan. Saya juga difahamkan ada beberapa Guest House serta homestay di Ayer8 yang membolehkan pengunjung luar untuk menyewa andai mahu bermalam di Putrajaya.
Bersantai dan Riadah Malam Bersama Anak-Anak di Ayer8 Putrajaya
Selain ada banyak kedai makan serta restoran yang menarik di Ayer8, ia juga adalah merupakan lokasi riadah terutama di waktu malam. Baru-baru ini, semasa bermalam di Putrajaya, dalam waktu percutian saya sekeluarga untuk ke Janda Baik, Bentong ... saya singgahlah sebentar di Ayer8 ini.Memang kebetulan pula, saya sekeluarga tiba di Ayer8 ini pada waktu malam. Saya dapati Ayer8 pada waktu malam meriah dengan kehadiran ibu bapa dengan anak-anak selain para remaja yang mahu beriadah dan bersantai.
Apa Yang Ada di Ayer8 Waktu Malam?
Ayer8 terang benderang dengan pelbagai warna cahaya. Cantik. Menarik. Ada basikal roda tiga, ada beca, basikal roda lapan pun ada selain keretapi mini dan 'kereta kuda' atau chariot yang dilengkapi cahaya-cahaya LED pelbagai warna. Anda boleh sewa dengan kadar tertentu dan bawa ronda sekitar tepi Tasik Putrajaya di Ayer8 ini.Kemudian, ada taman permainan mini untuk anak-anak selain gerai makanan ringan untuk ibu bapa.
[post_ads]
Bagus ada tempat begini, khasnya untuk warga Putrajaya. Tak adalah bosan berada di Putrajaya terutama di hujung minggu atau hari kelapangan. Dengan adanya aktiviti disediakan sepert Ayer8 ini, warga Putrajaya ada pilihan untuk bawa keluarga samada beriadah atau bersantai mesra mengeratkan hubungan sesama.
[post_ads_2]
Di tempat saya, iaitu di Parit Buntar pun ada gak macam ni ... di dataran Sungai Kerian. Yelah, waktu siang dan hari biasa .. ibu bapa sibuk bekerja, anak-anak pula sibuk bersekolah .. waktu malam dan hari minggu sahajalah dapat benar-benar bersama. Nak jalan jejauh .. uh kena keluarkan bajet lebih .. maka, ada tempat macam di Ayer8 ni kira boleh bantu jimatlah jika nak keluar ke mana-mana .. ye tak?
LeYa memang selalu je berada di Putrajaya ni.. sebab memang tinggal di kawasan berhampiran. Memang dah byk perubahan pun.. Memang best sangat
ReplyDeleteTu la .. syok lak saya tgk kat Ayer8 ni .. cuma tak ada tempat makan yang harga bajet la .. agak mahal nak makan kat sini.
Deletebestnyaaaaaaa
ReplyDeletecantiknya pemandangan lampu2 tu.. tapi mama kalau malam malas sikit nak keluar..
ReplyDeleteHehehe .. kuar la masa hujung minggu .. ala lajak jalan-jalan petang tu .. leh ajak anak-anak solat jemaah kat masjid putrajaya ke .. masjid besi ke.
Deletewahhh ... menarik2.. tq2 . https://www.ketamkecil.com/orang-yang-makan-ubat-kolesterol-mungkin-berisiko-dapat-penyakit-jantung/
ReplyDeleteassalamualaikum HH...wah !! mmg bestkan dpt spend time bersama keluarga begini...
ReplyDeleteTu la .. rugila orang Putrajaya kalau tak pergi ke Ayer8 ni .. hehehe
Deletewah melawat kawasan Qekra ni hehe. Skrg dah byk aktiviti kat Ayer 8 tu ;)
ReplyDeleteAda sape-sape nak cari Tadika kat Putrajaya? Klik sini: https://profhariz.com/tadika-terbaik-di-putrajaya-dari-3-hingga-6-tahun-oleh-tadika-mulia-iman-by-emaan-kindy/
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.