Video seorang pengadil menghentikan satu perlawanan bolasepak di Arab Saudi, apabila azan berkumandang ketika perlawanan telah menjadi viral sejak beberapa hari lalu. Malah, video tersebut telah menerima banyak komen daripada netizen apabila ia dimuat-naik di laman YouTube.

Bekas pengadil Liga Perdana Inggeris, Mark Clattenburg (42 tahun) menerima pujian selepas menghentikan perlawanan antara Al Feiha dan Al Fateh di Stadium Raja Salman Abdul Aziz. Ia merupakan perlawanan dalam saingan Piala Raja Arab Saudi. Tindakan pengadil tersebut dipercayai adalah untuk memberi peluang kepada pemain dan juga penonton supaya menghormati laungan azan dari masjid berdekatan.

Pengadil Mark Clatterburg Henti Perlawanan Bola Sebab Azan - Video Tersebut Viral!!

Pengadil Mark Clatterburg Henti Perlawanan Bola Sebab Azan
Dalam video tersebut, Mark Clattenburg didapati meniupkan wiselnya semasa perlawanan sedang rancak berjalan di waktu masa tambahan. Ia dihentikan selama lebih kurang 5 minit. Kedudukan dua pasukan ketika itu ialah sedang terikat 1-1 selepas 90 minit perlawanan berlansung.

Apabila wisel ditiupkan, kedua-dua pasukan yang sedang rancak beraksi serta-merta memberhentikan permainan; tanpa ada sebarang bangkangan atau bantahan dibuat. Malah, ada sesetengah pemain dilihat meninggalkan padang dan ada yang ambil kesempatan untuk mendapatkan semula kecergasan.

Video Mark Clatterburg Henti Perlawanan Ketika Azan Berkumandang

Anda boleh tonton video tersebut di bawah:

Tindakan pengadil Mark Clattenburg tersebut telah menerima banyak pujian di media sosial, yang sesetengahnya menyifatkan apa yang dilakukan oleh bekas pengadil Liga Perdana Inggeris itu sebagai tanda hormat dan menarik.
[post_ads]
Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Al Feiha dengan keputusan 2-1, hasil jaringan Sami Al-Khaibari pada minit ke 118.

Mark Clattenburg Pengadil Berpengalaman

Mark Clattenburg
Mark Clanttenburg bukan calang-calang pengadil. Beliau memang banyak pengalaman, kerana itulah Clattenburg menjadi Ketua Pengadil bolasepak di Arab Saudi sejak Februari 2017. Sebelum ini, beliau pernah mengendalikan final Euro 2016 antara Portugal dan Perancis, dan juga mengadili perlawanan Liga Juara Juara (UCL) dan final Piala FA.
[post_ads_2]
Seharusnya apa yang ditunjukkan oleh Clanttenburg memang wajar diberikan pujian. Mungkin ia boleh dijadikan ikutan dan panduan oleh mana-mana pengadil lain yang mengendalikan sesebuah perlawanan di negara yang ramai beragama Islam, atau setidaknya menghormati para pemain, jurulatih dan penonton yang beragama Islam, apabila azan kedengaran di stadium.

Apa kata anda?

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. amalan terpuji dari seorang lelaki berbangsa inggeris. noce artikel admin.

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. patut diagi pujian dan dijadikan contoh oleh org lain

    ReplyDelete
  3. bagusnya.moga suatu hari nanti terbuka hatinya untuk mendalami Islam. terbaik...

    ReplyDelete
  4. good manner . God bless him . visit https://www.ketamkecil.com/cara-atasi-cepat-penat-dan-mengantuk-untuk-ibu-yang-sibuk-bekerja/ ytk info2 kesihatan

    ReplyDelete
  5. Terbaik pengadil ni, semoga penganjur akan lebih peka lagi supaya tidak mengadakan perlawanan semasa waktu solat yang singkat seperti waktu mahgrib

    ReplyDelete
  6. Macam 5 kali dah tonton video ni. Jauh di sudut hati rasa bangga sekurang kurang Islam masih dihormati oleh yang bukan Islam.
    Terbaik dan memang terpuji tindakan beliau.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement