Kalau ikutkan, tawaran khas untuk memiliki Webemobile dengan harga serendah RM79 ini dah tamat lama dah, tetapi saya lihat beberapa kali ianya dilanjutkan. Hmm .. nampak sangat Webemobile ni masih mencari pelanggan, di sebalik tawaran best data-internet tanpa hadnya yang menjadi kekuataan pemasaran dan promosinya.
Webemobile Masih Cari Pelanggan?
[post_ads]Saya seorang pengguna Webemobile. Setakat ini, di sebalik beberapa masalah berkaitan speed Webe di beberapa tempat yang selalu saya pergi, saya agak berpuas-hati. 90% waktu, Webemobile memberikan servis yang baik untuk penggunaan harian saya menggunakan data di dalam rumah dan juga sewaktu saya dalam percutian ke tempat-tempat menarik bersama keluarga.
Malah, ada di sesetengah tempat yang saya pergi ketika bercuti, kekuatan signal Webe sangat bagus, dan data internet pun laju tanpa sebarang masalah. Mungkin disebabkan oleh penggunaan smartphone yang Webe-Certified.
Adakah tawaran Webemobile RM79 bakal benar-benar berakhir pada 12 Januari 2018? Kita tunggu sahaja nanti.
[post_ads_2]
Jangkaan saya ialah, tawaran Webemobile mungkin akan dilanjutkan atau disekalikan dengan promosi lain bersama produk TM yang lain, seperti Unifi atau Streamyx. Pelanggan Webemobile masih lagi kecil di sebalik promosi giat dan berterusan daripada mereka.
Tentu ada sesuatu yang membuatkan orang ramai rasa acuh tak acuh je dengan tawaran hebat data tanpa had Webemobile ni. Agaknya apa ye .. nak juga tahu.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.