Ketahui 6 Faktor Anak Lambat Bercakap
Menurut kajian, kanak-kanak normal mula bercakap pada sekitar usia setahun ke atas. Ia bergantung kepada perkembangan pertuturan normal kanak-kanak sekitar umur 10 hingga 12 bulan di mana perkataan pertamanya mula muncul.Buat masa ini, Hasif Najmi dah pandai sebut beberapa perkataan mudah seperti Bah Bah, Ma Ma, Lekaih ... tapi kebanyakan waktu, Najmi banyak mengemam.
Saya nak kongsi apa yang saya dapat tahu mengenai faktor yang menyebabkan anak lambat bercakap, moga sama-sama dapat tambah pengetahuan ini... uh walaupun saya dah ada empat orang anak. Mungkin ia boleh membantu untuk tambah pengetahuan berkaitan keibubapaan.
Faktor Kesihatan
Anak kerap mengalami demam dan selesema. Selain itu, sawan atau dilahirkan sebagai bayi pra-matang juga berisiko menyebabkan anak anda lambat bercakap. Tetapi bukan semua akan mengalaminya. Ia bergantung kepada perkembangan kesihatan anak itu sendiri.Masalah Pada Otot Pertuturan
Terdapat gangguan di bahagian otak anak anda (apraxia of speech) atau otot daripada mulut itu sendiri. Contoh seperti sukar untuk mengatur pergerakan bibir, lidah dan rahang, lidah berbelit (ankyloglossia) atau sumbing.[Dah Baca?] 25 Petua Anak Pandai Berbahasa Inggeris
Masalah Pendengaran
Jika anak ada memiliki masalah pendengaran, sukar bagi mereka untuk mendapatkan maklumat bahasa, meniru dan menghasilkan bunyi kerana tidak dapat mendengar bunyi yang dihasilkan orang sekeliling.Kurang Rangsangan Bahasa
Ibu bapa kurang meluangkan masa, bermain bersama anak dan bercakap dengan anak. Jadi, ia menyebabkan anak kurang mendapat maklumat bahasa secara langsung dari orang yang paling hampir dengan mereka. Cuba untuk tidak mengajar mereka dengan bahasa pelat. Keluarkan perkataan yang betul supaya mereka dapat belajar.[post_ads_2]
Faktor Keturunan
Tidak dinafikan juga bahawa unsur genetik atau kesihatan adalah antara penyebab mengapa kanak-kanak lambat bercakap. Selain itu, anak yang menghidapi penyakit Sindrom Down, gagap dan autisme.Terlalu Lama Dengan Peranti Elektronik
Teknologi yang semakin pesat menyebabkan kanak-kanak masa kini lebih banyak menghabiskan masa dengan bermain gajet elektronik dan menonton televisyen. Walaupun terdapat rancangan pendidikan, tetapi kebanyakannya ialah komunikasi satu hala.Sumber: Majalah Jelita
tapi biasanya org cakap,klo lmbat cakap die laju kat kaki dlu kan..hahah xtau pula..hee
BalasPadamada jugak adik lambat cakap sebab masa kecik selalu demam. Dia besar pun memang lampi sikit. Kena ajar banyak kali baru faham tapi sekarang makin okay dah.
BalasPadamperkara biasa juga tu..
BalasPadamkalau langsung tak dapat bertutur memang ada masalah pertuturan
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.