BR1M 2018 Dibayar Mulai 26 Februari
Kemasukan wang BR1M 2018 boleh disemak secara online menerusi portal e-BR1M dan juga aplikasi smarphone yang boleh dimuat-turun secara percuma menerusi Google Play dan App Store.[post_ads]
Pengumuman mengenai pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mulai Isnin 26 Februari 2018 dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia menerusi akaun Twitternya baru-baru ini. Perdana Menteri juga umumkan, pembayaran skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi fasa kedua dan ketiga akan dibuat pada Jun dan Ogos.
Memetik berita dari BERNAMA...
"Saya tahu ramai tanya pasal BR1M. Sukacita saya umumkan bahawa bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai Isnin ini (26 Februari 2018), dan bayaran seterusnya pada Jun dan Ogos nanti.
"Bagi sesiapa yang ingin semak status, boleh ke ebr1m.hasil.gov.my," katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau.
Najib dijadual melancarkan pengagihan fasa pertama BR1M peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan, Pahang, hari ini 25 Februari 2018.
[post_ads_2]
Emak saya yang baru sahaja dapat tahu mengenai tarikh pemberian BR1M 2018 ini dari berita TV sangat seronok mendengarnya. Hmm mula dah berkira-kira nak berbelanja la tu ... huhu.
Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya tarikh pemberian BR1M 2018 ini. Malah, ada yang hampir setiap minggu membuat semakan BR1M secara online di e-BR1M dikendalikan LHDN untuk lihat samada pembayaran ke akaun bank telah dimasukkan.
Malah, ada berita palsu yang turut tular mengatakan bahawa pemberian BR1M untuk tahun 2018 dibatalkan dek kerana desas-desus tarikh pilihanraya yang semakin hampir. Ish ish ish .. takde kerja ke derang buat berita palsu ni.
[Dah Baca?] Ketahui Sebab Duit BR1M Belum Masuk Akaun
Aha, sekarang Perdana Menteri dah pun buat pengumuman mengenai tarikh menerima duit BR1M 2018 ini, walaupun ianya dibuat menerusi akaun Twitter Perdana Menteri, bolehlah dianggap ia sebagai pengumuman rasmi.
[Dah Baca?] Status BR1M Sudah Diterima / Lulus
In Sha Allah, semua penerima BR1M dari semua kategori akan terima wang BR1M 2018 pada 26 Februari ini. Dah dapat wang bantuan ini, pandai-pandailah berbelanja dan uruskan kewangan ... jika boleh, gunakan ia untuk melakukan pelaburan yang lebih menguntungkan.
- [message]
- Cari peluang untuk dapat duit kerja di rumah?
- Lebih 1000 peluang kerja tersedia - klik sini sekarang >> Jobdirumah
ada BR1M maka kebanyakan kedai akan mempunyai jualan mendadak...
BalasPadamtauke kedai akan tersenyum riang kerana boleh melancong berkali-kali dalam tahun akan datang..
Alhamdulillah.Akhirnya dapat juga BR1M. Walaupun pengumuman sedikit lewat sehingga permohonan PTPTN tidak dapat penuh, tetapi sekurangnya masih dapat PTPTN dan masih dapat BR1M.
BalasPadamuntung ler sapa yang dapat br1m..
BalasPadamSyukur sapa yang dapat BR1M dapat juga menampung keperluan hidup yang semakin tinggi kini..
BalasPadamyang dapat BR1M gunakan dengan sebaiknya.. simpan dan guna bila perlu.
BalasPadamfarsa 1 26hb masuk...fasa lain masuk lambat lagi
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.