Tumbuhan ini dikenali dengan banyak nama, dan banyak terdapat di Asia Tenggara. Ada yang memanggil buah Bidara sebagai buah Widara, Bekul, Kalangga dan Epal Siam, Zee-Pen di Burma, Putrea di Kemboja dan Than di Laos.
Buah Bidara, Buah Banyak Manfaat, Daunnya Diguna Ketika Urus Jenazah
Saya baru-baru ni ada beli buah Bidara ni di Pasar Awam Parit Buntar, harga yang dijual adalah RM13 sekilogram. Mahal. Kalau di Thailand, buah Bidara dijual sekitar RM5-RM6 sekilogram. Tetapi disebabkan ada keinginan untuk makan buah Bidara ni, maka saya pun belilah. Nak perkenalkan buah Bidara ni kepada anak-anak.[post_ads]
Bila dah dibawa balik rumah, rupanya emak saya sendiri pun tak kenal akan buah Bidara ni. Adeh ... uhh ingatkan kenal buah Bidara yang dikaitkan dengan Nasi Lemak ni dalam bidalan lama ni. Mungkin sebab zaman emak saya buah ini agak sukar nak ditemui kot.
Mengenal Buah Bidara
Pokok buah Bidara agak rendang dan berduri. Buahnya memiliki pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Jadi, ia tak selalu bulat seperti buah Epal. Ia mungkin berbentuk bujur, obovate, lonjong atau bulat, dan ada yang boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis.Buah Bidara isi padat seperti Epal. Isinya putih dan rangup. Malah, ia lebih rangup daripada kebanyakan epal yang dijual di pasaran. Apabila mengkal sedikit, buah Bidara akan berair sedikit dan mempunyai bau yang menyenangkan. Cuma bila terlebih masak, bau yang wangi akan bertukar sedikit hapak.
Kulit buah Bidara adalah licin, berkilat, nipis tetapi padat. Manakala, buah terlebih masak kulitnya adalah berkedut, kemudian isinya bewarna krim, lembut, berspan dan hapak.
Jadi, waktu best makan buah Bidara ialah ketika ia baru nak masak, atau sedikit muda. Rasanya akan manis masam sedikit, ala .. sebijik macam rasa buah Epal Hijau tu.
Menurut Wikipedia, buah Bidara berasal dari Afrika. Itu sebab buah ini tak berapa dikenali oleh emak saya (kot). Tetapi sekarang, buah ini antara buah yang ditanam dan dikomersilkan. Kalau tak silap sayalah, ia banyak ditanam di Raub, Pahang. Ia antara buah yang mendapat permintaan yang agak baik di Asia Tenggara.
[post_ads_2]
Buah Bidara ni bagus untuk kesihatan, terutama untuk pesakit Kencing Manis. Ia boleh bantu untuk kawal kandungan gula dalam darah, selain melancarkan peredaran darah dalam badan. Ia juga sangat baik untuk gigi dan tulang, dan pastinya kesihatan jantung.
Ia juga sering dijadikan sumber bahan terbaik untuk kecergasan otak. Kalau nak anak-anak anda bijak dan berfikir dengan hebat, boleh jadikan buah Bidara ini salah satu makanan sampingan mereka.
Manfaat Bidara Dalam Islam
Selain buah Bidara, daun pokok Bidara juga ada kegunaannya. Malah, ia digunakan sangat meluas di Asia Tenggara untuk pengurusan jenazah orang Islam.Mungkin ramai orang muda zaman ini tak tahu mengenai kegunaan daun Bidara ni.
Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun bidara itu bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya satu amalan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari Aisyah R.A, bahawa Asma’ binti Syakal R.A bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang mandi haid, maka beliau bersabda (maksudnya):
"Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: "Bagaimana aku bersuci dengannya?" Beliau bersabda: "Maha Suci Allah" maka Aisyah berkata kepada Asma’: "Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu)." (H.R Muslim).
sedap sangat buah bidara
ReplyDeleteTula, saya beli sebab nak ingat balik macamana rasa dia .. haha
Deletesekarang byk prosuk buah bidara yg dikomersialkan seperti mandian dan sebagainya dan juga utk rawatan sihir kan
ReplyDeleteYa, ada kegunaan untuk merawat sihir.
DeleteSA suka...baru2 ni ada banyak terjual di pasaraya rumah SA kat seremban...msim dah kot
ReplyDeleteOhh musim la kot, buah ni lepas tanam dalam 3 tahun kot baru berbuah.
DeleteBuah epal lebih sedap berbanding buah bidara.
ReplyDeleteOhh .. saya lak fikir buah bidara ni lebih sedap, sbb masa ada buah ni dalam peti ais, ada juga buah epal .. hehehe
Deletebagus tapi susah nak dapat
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.