Buah Longan berasal dari Asia Tenggara, ada yang kata ia berasal dari kawasan pergunungan di Mynmar, dan ada yang mengatakan ia berasal dari China. Pun begitu, buah Longan dengan nama saintifik Dimocarpus longan Lour ini banyak dijadikan bahan untuk perubatan masyarakat Cina. Ia jarang dimakan segar seperti sekarang, tetapi lebih kepada dijadikan jus minuman kesihatan.
Buah Longan Lebih Sedap Dari Mata Kucing
Saya secara peribadi lebih sukakan buah Longan daripada buah Mata Kucing. Anak-anak saya pula memang hantu buah Mata Kucing. Kalau sekilo saya beli, dalam masa beberapa jam .. boleh habis lincin dibuatnya.Berbeza kalau saya beli buah Longan ni. Harap saya je la yang hadap buah ni yang pada saya lebih sedap, lebih baik daripada buah Mata Kucing. Saya lebih sukakan rasa buah Longan yang tidak terlalu manis. Saiznya yang besar, buatkan saya lebih puas nak makan jika dibandingkan dengan buah asalan tempatan, buah Mata Kucing.
Perbezaan Buah Longan dengan Mata Kucing
Masih tak tahu beza antara buah Longan dengan Mata Kucing? Berikut adalah ringkasan perbezaan dua buah tropika ini.- Ia sama dari satu spesies tumbuhan berbuah dengan buah Mata Kucing.
- Buah Longan isinya lebih jernih, dan kenyal.
- Saiznya buah ini umumnya lebih besar, berbanding dengan buah Mata Kucing.
- Kulit luarnya lebih licin, berbeza dengan buah Mata Kucing yang sedikit kasar dan lebih menggerutu.
- Warna kulit buah Longan lebih cerah.
- Rasa buah lebih kenyal dan tebal.
- Buah Longan bukan buah tempatan, berbeza dengan Mata Kucing yang asalnya dari Malaysia/Indonesia.
Kandungan Khasiat Buah Longan
Hmm dari segi khasiat dan kelebihan, kedua-dua buah tropika ini mempunyai khasiat yang hampir sama. Kalau dah rupa pun seiras, masakan kandungan khasiat boleh berbeza .. errr ye kan?Buah Longan mempunyai banyak khasiat kerana kandungan zat yang terdapat di dalamnya, antaranya seperti vitamin A, vitamin B, B1, B2, B3, vitamin C, kalsium, zat besi, , fosfor, kalium, zink, magnesium dan juga asid tartik. Malah, dalam kajian lainnya, mendapati buah Longan ini terdapat sebatian fitokimia yang boleh berikan kesan positif untuk kesihatan tubuh.
[post_ads]
Mari lihat beberapa kebaikan serta khasiat yang ada pada buah Longan ini ye ...
Anti kemurungan
Buah Longan berkhasiat untuk menenangkan fikiran, meningkatkan fungsi saraf, mengatasi iritasi dan mengurangi rasa letih. Ianya juga dikatakan boleh dan dapat mengubati masalah penyakit insomnia iaitu bermasaalah untuk tidur.Membantu pergerakkan jantung dan limpa
Dengan mengurangi stres dan keletihan, ianya dapat memperingan kerja jantung dan limpa. Longan juga dapat mengurangi risiko penyakit kardiovaskular dan strok.Mempercepat penyembuhan dan memanjangkan harapan hidup
Kandungan yang terdapat di dalam buah Longan dapat memerangi radikal bebas dalam tubuh dan mencegah kerosakan sel. Ianya juga dipercayai dapat mengurangi risiko serangan kanser.Melancarkan perjalanan darah
Penyakit Anemia dapat dicegah kerana kandungannya yang dapat melancarkan perjalanan darah, selain itu, Longan juga terbukti mampu mengawal kadar zat besi dalam tubuh.Bagus untuk diet
Longan memiliki kadar lemak dan kalori yang sangat rendah. Setengah mangkuk Longan hanya mengandungi 35 kalori, pilihan yang tepat untuk mereka yang mahu berdiet.Sumber tenaga
Meskipun memiliki lemak dan kalori yang rendah, buah ini mengandungi karbohidrat komplek yang dapat memberi tenagai dan meningkatkan stamina.[post_ads_2]
Mencegah terkena demam dan selsema
Buah ini mengandungi vitamin C yang tinggi, makanya ia dapat meningkatkan ketahanan badan dan pastinya melindungi tubuh dari terkena demam dan selsemaKesihatan kulit
Longan baik untuk kulit kerana mengandungi kandungan anti-penuaan. Longan mencegah kerutan kulit di persekitaran mata, mengurangkan kerosakan dan pengelupasan kulit serta mencerahkan kulit. Itu sebab masyarakat Cina yang amalkan minuman Longan, kulit mereka cantik dan cerah.Menarik bukan? Makan buah Longan boleh berikan banyak manfaat untuk kesihatan kita. Mungkin sesuatu yang bagus untuk dipraktikan dalam gaya hidup serta life style masakini yang semakin mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit dan mudarat alam.
Buah Longan adalah buah bermusim. Jadinya, anda tidak boleh dapat buah ini setiap masa. Apa yang boleh anda dapat ialah buah Longan dalam tin sirap seperti juga buah Laici. Namun, harus diingatkan .. terdapat laporan yang mengatakan buah-buahan dalam tin khususnya untuk buah Longan dicampurkan dengan bahan pengawet yang sangat bahaya untuk kesihatan.
Jadi, saya lebih syorkan anda untuk makan buah Longan yang sedar. Harga di pasaran bergantung dengan musim buah Longan ini. Macam saya beli baru ni, harganya dalam RM15 sekilogram.
Walaupun harganya dalam RM15 sekilogram, pada sayalah .. ia berbaloi dimakan berbanding dengan buah Durian yang berkulit tebal tetapi dijual sehingga RM20 sekilogram .. huhu.
Buah Longan sedap dimakan mentah lebih-lebih lagi kalau anda dah kupas dan masukkannya ke dalam peti sejuk.. huhuhu .. syok sangat. Jika anda belum pernah makan buah Longan dan lebih sukakan buah Mata Kucing, cubalah dulu rasa buah ini ... anda pasti akan rasa buah Longan ini lebih sedap dari buah Mata Kucing .. hehehee..
Jika anda nak tahu cara nak menanam buah Longan ni, boleh baca di sini - Panduan Tanam Longan
Dua2 Tu mama suka
BalasPadamDua2 liez suka.. bagi la 2,3 kilo mmg boleh habis punya
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.