Sebelum ini, saya ada dapat undangan untuk menghadiri sidang media dan menonton tayangan perdana filem Badang yang dilakonkan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pengasas D'Herbs. Jemputan tersebut dibuat oleh Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) UiTM. Malangnya, saya tidak dapat hadir.
Dapat Undangan Tonton Premiere Filem Peter Rabbit di Singapura
Kali ini saya mendapat undangan pula untuk hadir ke tayangan premier filem animasi terbaru dari Sony Pictures, iaitu Peter Rabbit. Jemputan ini dibuat menerusi Narratrs, sebuah laman web yang menyediakan platform untuk blogger dan influencer jana income menerusi perkongsian menarik di sosial media.[post_ads]
Dan sekali lagi, saya terpaksa menolak untuk hadir ke tayangan premier filem Peter Rabbit ini.
Jauh kot. Nuh di Singapura. Sah-sahlah saya memang sangat tidak boleh hadir.
Siapa nak biaya diri saya ke sana? Uhh saya bukan berduit sangat.
Berikut adalah undangan yang saya maksudkan tu ...
.
You're invited to this cute and hilarious treat, exclusively for the Narratrs community in Singapore!
Sony Pictures' Peter Rabbit special screening will happen on February 25, 2018, Sunday, 1PM, at Shaw Theaters LIDO. Each accepted influencer will get to have 4 movie passes so you can bring along your kids and/ or friends!
Please RSVP here before February 23, 11:00PM
.
Trailer Filem Peter Rabbit
[post_ads_2]Menarik kan? Boleh bawa anak-anak lagi. Jika lokasinya berdekatan Penang ni, mungkin saya akan RSVP untuk hadir.
Kalau dapat hadir, saya mungkin boleh tulis ulasan mengenai filem Peter Rabbit ini. Saya dapat tahu ia sebuah filem animasi yang menghiburkan.
Uhh siapa yang tidak suka dengan watak seekor arnab?
Filem Peter Rabbit akan memulakan tayangannya akhir bulan Februari ini di Malaysia. Jika ada kesempatan, mungkin boleh menonton filem animasi ini nanti bersama keluarga.
Saya fikir mungkin ada beberapa rakan influencer online yang terima undangan yang sama. Gamaknya .. mungkin mereka yang tinggal berdekatan lokasi tayangan akan hadir nanti.
kalau sponsor penginapan dgn pengangkutan kan best..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.