Saya ada membela seekor ikan Kelisa. Ia dari jenis Australian Pearl. Mulanya dulu, ingatkan ikan Kelisa dari jenis Yellow Tail, tapi bila dah besar sedikit saiznya, baru saya sedar .. ia adalah spesies ikan Kelisa lain.
Pertama Kali Masak Ikan Kelisa (Arowana) Goreng
Saya dah bela cukup lama. Awal saya membela ikan Arowana ni, ia masih kecil, saiznya ketika saya membelinya cuma 5cm sahaja. Ia ikan Kelisa yang tahan lasak, sama dengan satu lagi spesies ikan Kelisa iaitu Silver Arowana. Ikan Australian Pearl Arowana, jika saiznya cukup besar dan sihat, harganya boleh cecah ratusan ringgit seekor (hidup).Pernah makan ikan Kelisa Goreng? Aha .. ini yang saya nak ceritakan ni. Pengalaman pertama kali saya menggoreng ikan Kelisa. Semuanya disebabkan kematian ikan Kelisa Australian Pearl yang sudah lebih 3 tahun saya bela dalam akuarium 2 kaki setengah di dalam rumah.
Kalau ikutkan, ikan Kelisa boleh hidup lama, dan membesar sehingga lebih sekaki, tetapi entahlah. Mungkin tahun ini adalah tahun penghabisan riwayatnya. Mati dalam kesedaran saya.
Ikan Kelisa ini mati dengan saiznya lebih kurang 30cm. Agak kurus sedikit sebab sudah berminggu-minggu tidak makan, dan ada kecederaan pada bahagian 'tanduk'nya.
Kalau ikutkan saya, saya dah bercadang nak lepaskan sahaja ikan Kelisa saya ni ketika dalam nyawa-nyawa ikan ke Sungai Kerian. Tapi, hasratnya saya terbantut apabila tiba-tiba anak-anak saya menyatakan hasrat untuk makan ikan Kelisa jika ia mati.
[Dah Baca?] Tips Newbie Untuk Bela Ikan Kelisa atau Arowana
Hmmm ... memang jarang dengar orang makan ikan yang dibela dalam akuarium ni, apatah lagi kalau ikan seperti ikan Kelisa Australian Pearl yang dikategorikan sebagai ikan hiasan. Tak ramai yang tahu akan rasa ikan Kelisa ini, apatah lagi kalau digoreng.
Ikan Kelisa Dulunya Memang Dimakan Sebagai Lauk
Namun, saya pernah dengar cerita yang ikan Kelisa Gold Arowana di Tasik Bukit Merah memang sedap rasanya. Ia sedap dimasak Masak Lemak Tempoyak atau Masak Asam. Ya, dulu-dulu ikan Kelisa di Bukit Merah, memang ditangkap untuk dijadikan lauk, terutama sekali oleh penduduk Orang Asli.Apabila dah ketahui akan nilai komersil ikan Kelisa Bukit Merah yang jika dijual sebagai ikan hiasan boleh cecah ribuan ringgit seekor (walaupun sebesar 3cm), maka dah makin kurang Ikan Kelisa ini dijadikan hidangan. Banyak yang ditangkap untuk dijual hidup-hidup, hatta telur dan anaknya.
[post_ads]
Ikan Kelisa di Bukit Merah adalah spesies yang dilindungi. Tak boleh sebarang tangkap kalau tak ada lesen. Dan lagipun, agak sukar sebenarnya sekarang nak dapatkan ikan Kelisa liar ...
Di bawah ni adalah jenis ikan Kelisa yang saya bela, Australian Pearl Arowana. Cantik kan?
Pengalaman Pertama Memasak Ikan Kelisa
Jadinya, selepas sah ikan Kelisa saya tu mati. Saya ambil keputusan untuk mengoreng ikan tu. Inilah pengalaman pertama kali saya menyiang, dan menggoreng ikan Kelisa.Ikan Kelisa agak susah sikit nak disiang. Bukan apa, sisiknya yang kasar dan besar susah untuk ditanggalkan. Sisik ikan Kelisa ni .. hmm lebih kurang macam sisik ikan Kap, ikan Kelah atau ikan Lampam. Ia betul melekat pada badan.
Badan ikan Kelisa selepas dah mati memang berlendir. Bila dah dibuang sisik pun, lendirnya masih ada. Bahagian badannya cukup lembut bila dah dibuang sisik.
Walaupun berlendir, ikan Kelisa yang saya siang ini, tak ada bau hanyir. Malah saya boleh katakan tak ada bau yang kurang menyenangkan. Mungkin kerana ia masih segar dan bau tu belum ada lagi.
Saya potong bahagian badan ikan Kelisa, sesuai dengan saiz untuk digoreng dalam kuali. Saya basuh bahagian dipotong dengan air asam jawa untuk kurangkan lendiran. Selepas dibasuh dan dibilas, saya campurkan serbuk kunyit dan garam.
[Dah Baca?] Ketahui 12 Jenis Ikan Yang Sedap Digoreng
Saya goreng ikan Kelisa dengan api yang sederhana, tetapi sebelum menggoreng, saya pastikan minyak cukup panas. Tak ada beza dengan menggoreng mana-mana ikan, walaupun ikan ini antara ikan hiasan yang pernah dianggap termahal di dunia ..huhu.
[post_ads_2]
Saya tak goreng sehingga garing. Ada sesetengah orang, jika nak makan ikan sungai, mereka suka goreng garing .. tapi untuk ikan Kelisa ni, saya cuma goreng cukup-cukup masak sahaja. Boleh nampak jus ikan ni lagi dari selalunya tu nampak minyak gorengan semata.
Anak-anak saya cukup teruja bila saya hidangkan ikan Kelisa yang telah siap digoreng.
Apa komen anak-anak saya?
Sedap. Isi ikan Kelisa lembut. Tak berapa banyak tulang seperti yang saya sangkakan untuk kebanyakkan ikan sungai jenis bersisik kasar ni. Manis kata anak-anak saya. Kedua orang anak saya, Zikri dan Maira cukup berselera makan ikan Kelisa goreng dengan nasi panas.
Malah, mereka berdua meratah ikan Kelisa goreng ni sehingga habis. Uhhh memang nampak kesedapan rasa ikan Kelisa tu.
Saya pula tak berkesempatan nak merasa .. huhu .. lagipun, saya kurang selera nak makan ikan Kelisa yang saya telah bela sejak dari kecil...ekekeke...
Bertuah anak-anak saya sebab dapat makan ikan Kelisa yang tak terdapat dijual di mana-mana pasar basah yang saya tahu. Mungkin itulah pengalaman pertama mereka, dan mungkin menjadi satu-satunya pengalaman memakan ikan hiasan bernilai tinggi.
Hmmm .. agak-agak kalau nampak ikan dah mati macam ni dalam akuarium, anda sanggup tak nak makan? Huhu.. tanya je .. buat anak-anak saya, derang okay je ... asalkan ianya halal ..:)
Dah bela, jadi sayang .. Nak makan tak sampai hati la. Pengalaman bela ikan kaloi dulu, dah mati, tak mampu nak masak dan makan.. hahaha!
ReplyDeleteIkan kaloi putih saya pernah bela dalam akuarium. Tak mati, tapi saya jual balik kat kedai akuarium, besar sangat tak muat dah akuarium di rumah. Jual dengan harga RM20.
DeleteSetakat ni belum pernah makan ikan kelisa. Tapi ikan jenis bertulang ni memang sy fobia sikit nk makan, ada memori tak baik dr kecil2 dulu huhuhu..
ReplyDeleteTercekik tulang la tu .. hehehe...
DeleteSaya pun peminat ikan arowana tp tak pernah lagi rasa makan macam mana. Nampak sedap pula tu.
ReplyDeleteIsinya lembut dan manis. Kalau makan tatkala segar macam anak-anak saya tu makan, memang menyelerakan la ...
Deletekalau saya, memang saya tak makan la.haiwan yang kita bela kan, sayang. sebelum ni saya ada bela ayam. ayam hutan. kemudian saya lepaskan. kawan-kawan tanya, kenapa tak sembelih, sedap tu ayam hutan, sy cakap, tak sanggup. hehehe.
ReplyDeletewww.mrejoy.com
Uhh kalau bela ayam, dah lebih sereban saya masak buat rendang. Dulu pun memang pernah bela ayam, itek, burung dan macam2 lagi .. semua dok belai2 .. tapi last jadi makanan time kenduri .. ekekeke.
Deleteberselera anak HH ye. kalau dah isinya lembut mmg lah budak suka. tentunya tuan yg membela x sampai hati nak makan hihi.. bila tgk mata dia kang terbayang pula masa dia idup macam mana huuuhuuu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.