Pupusnya Bahasa Badeshi - Bahasa Pergunungan Pakistan
Tahukah anda, sebelum ini bahasa Badeshi dituturkan secara meluas di lembah berlapis salji jauh di dalam kawasan pergunungan di utara Pakistan? Bahasa itu kini boleh dianggap pupus. Mengapa ianya pupus? Dan kenapa hanya ada 3 orang manusia sahaja yang masih bertutur bahasa Badeshi ini?Ethonologue, yang menyenaraikan semua bahasa yang wujud di dunia mengatakan bahawa bahasa Badeshi ini sudah tidak lagi dipertuturkan selama tiga atau lebih generasi. Pun begitu, menurut Ethonologue; di Lembah Bishigram, mereka mendapati ada tiga orang lelaki tua yang masih boleh bercakap bahasa Badeshi.
Bagaimana Bahasa Badeshi Boleh Alami Kepupusan?
"Satu generasi yang lalu, Badeshi telah dituturkan di seluruh kampung" begitu menurut Rahim Gul, salah seorang warga tua (dari yang tiga) yang masih menuturkan bahasa Badeshi ini. Rahim Gul tidak tahu berapa umurnya yang sebenar, tetapi menurut laporan Ethonlogue, lelaki tua itu mungkin berusia 70 tahun.Menurut lelaki tua tersebut, bahasa Badeshi mulai hilang apabila kebanyakkan orang kampung berkahwin dengan wanita luar yang menggunakan bahasa Torwali. Bahasa Torwali itu kemudiannya menjadi bahasa ibunda anak-anak yang lahir dari perkahwinan tersebut, tanpa sedikit pun mereka belajar dengan penuh dan bertutur lancar bahasa Badeshi.
Ia satu yang agak malang. Mungkin ini salah satu keburukan perkahwinan campur yang tidak mengambil peluang dari perbezaan dan kelainan bahasa.
Mungkin juga hilangnya bahasa Badeshi kerana bahasa Torwali adalah bahasa yang lebih dominan di kawasan pergunungan utara Pakistan. Meskipun bahasa Torwali sendiri hampir pupus disebabkan tekanan dari bahasa Pashto yang lebih diterima seluruh Pakistan.
Satu Sesalan Bahasa Badeshi Pupus di Dunia
[post_ads]"Sekarang, ramai anak-anak kami dan anak mereka bercakap Torwali" kata Said Gul, iaitu sepupu Rahim Gul.
"Jadi, pada siapa yang patut kita bercakap bahasa sendiri?" beritahu Said Gul yang juga tidak tahu berapa umurnya yang sebenar.
Tiada pekerjaan di kawasan kampung itu, ini menyebabkan banyak orang kampung menghabiskan masa di daerah Swat, yang menjai tempat tarikan pelancong, di mana orang di sana lebih suka menuturkan bahasa Pashto sebagai bahasa komunikasi utama.
Akibat kekurangan peluang untuk menggunakan bahasa Badeshi ini selama beberapa dekad, ketiga-tiga lelaki ini juga sudah mula terlupa beberapa patah perkataan dalam bahasa Badeshi.
Rahim Gul mempunyai seorang anak lelaki, yang mempunyai lima orang anak sendiri, tetapi semuanya bercakap Torwali.
"Ibu saya berbahasa Torwali, jadi ibu bapa saya tidak bercakap apa-apa bahasa dalam Badeshi di dalam rumah. Saya tidak mendapat peluang untuk mempelajarinya pada zaman kanak-kanak. Saya tahu beberapa perkataan tetapi tidak tahu bahasa itu. Semua anak-anak saya bercakap Torwali. "
"Saya menyesal, umur saya sekarang 32 tahun, malangnya saya tidak mempunyai peluang untuk belajar bahasa Badeshi. Saya sangat sedih dengan kemungkinan bahawa bahasa ini akan mati bersama ayah saya."
Bahasa Badeshi Dipandang Rendah
Menurut Sagar Zaman seorang ahli linguistik yang bersama dengan Forum for Initiative Language, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdedikasi untuk mempromosikan dan memelihara bahasa terancam Pakistan memberitahu;[post_ads_2]
"Saya pergi ke lembah ini tiga kali, tetapi penduduk enggan bercakap bahasa Badsehi di hadapan saya,"
"Saya bersama ahli linguistik lain berjaya mengumpulkan seratus atau lebih perkataan yang menunjukkan bahawa bahasa Badeshi ini adalah bahasa dari keluarga sub Indo-Aryan."
Menurut Zaman Sagar, mereka yang menuturkan bahasa Torwali dan Pashto memandang rendah mereka yang menggunakan bahasa Badeshi ini, menyebabkan ia menjadi satu stigma apabila menuturkannya dalam pertuturan seharian.
Inilah akibat wujudnya golongan yang tidak menghargai dan menghormati bahasa lain.
Nak Belajar Bahasa Badeshi?
Mungkin sudah terlambat untuk menyelamatkan bahasa Badeshi, tetapi sekurang-kurangnya, anda mungkin boleh belajar beberapa perkataan untuk memelihara memori yang bahasaa ini pernah 'hidup':- Meen naao Hasrul Hassan thi - Nama saya Hasrul Hassan
- Meen Badeshi jibe aasa - Saya bercakap Badeshi
- Theenhaalkhalethi? - Awak apa khabar?
- May grot khekti - Saya sudah makan
- Ishu kaaleheemkamikthi - Tidak banyak salji tahun ini
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.