Mandi laut memang bagus dan ia ada kelebihan tersendiri untuk manfaat kesihatan manusia. Namun begitu, kena waspada .. kawasan laut juga boleh memudaratkan andai tidak berhati-hati. Bila cakap pasal mandi laut, maka sudah pasti ia tidak lari dari pantai. Bila sebut nak mandi laut, mesti akan cakap nak mandi pantai .. :).

Anak-anak saya memang suka mandi laut atau mandi pantai. Mereka boleh main pasir dan mandi air laut berjam-jam lamanya. Boleh kata, kulit yang awalnya cerah boleh bertukar menjadi berjelaga .. haha. Saya tak kesah anak-anak saya mandi laut lelama, sebab saya tahu kelebihan mandi laut ni.

Apa Kelebihan Mandi Laut atau Mandi Pantai?

Setiap benda yang Allah S.W.T jadikan di bumi dan alam ini adalah untuk kegunaan dan kebajikan manusia, sebagai hambaNYA. Semuanya punyai tujuan dan fungsi serta manfaat. Ia tidak dicipta oleh Allah S.W.T dengan sia-sia. Begitulah halnya dengan laut, yang bukan sahaja dipenuhi dengan jutaan hidupan tetapi punyai kelebihan terhadap alam keseluruhannya.
Kelebihan serta Manfaat Mandi Laut
Air laut mempunyai pelbagai jenis zat garam mineral semulajadi. Dan hebatnya ialah, kandungan garam galian ini secara amnya diperlukan oleh tubuh manusia. Beberapa kandungan mineral itu di antaranya ialah magnesium, potasium, kalsium sulfat, zat besi, boron, selenium, zink dan sodium. Malah, ada banyak lagi yang tidak dapat saya nak senaraikan keseluruhannya. Disebabkan inilah, air laut mempunyai manfaat dan kelebihan untuk manusia.
[post_ads]
Walaupun begitu, air laut tidak boleh diminum terus begitu sahaja. Kerana kelikatan pada kandungan garam mineral ini, ia juga boleh membahayakan tubuh. Ini adalah kerana tubuh hanya memerlukan peratusan kecil sahaja dari zat garam galian ini untuk fungsi tubuh yang sempurna dan sihat.

Kaedah Untuk Mendapat Kelebihan Air Laut

Kaedah terbaik mendapat manfaat dari air laut adalah dengan 'menikmati' apa yang terkandung di dalam laut seperti ikan, ketam, kerang-kerangan, sotong, tumbuhan rumpai dan sebagainya sebagai makanan dalam diet seharian.

Tapi ...

Ada kaedah lain untuk mendapat kelebihan dari air laut ini ...

Iaitu dengan mandi atau berendam dengan air laut. Kaedah yang saya pasti ramai yang tak ada masalah untuk melakukannya terutama kanak-kanak. Dengan syarat .. nak mandi dan berendam dalam air laut, kena sentiasa berhati-hati dan waspada.

Berikut adalah kelebihan mandi air laut ...

Komposisi Sama Dengan Plasma Darah Manusia

Air laut memiliki komposisi yang sama dengan komposisi plasma darah manusia. Penggunaan air laut sebagai 'ubat' telah wujud dan dilakukan seawal abad keempat sebelum Miladiah. Menurut kajian, air laut memiliki 84 elemen penting yang juga boleh dijumpai di dalam tubuh seorang manusia. Ini termasuk di antaranya vitamin, garam mineral dan asid amino.

Selain itu, air laut juga kaya dengan mikroorganisma yang menghasilkan antibiotik, anti-microbial dan anti-bakterial.

Dengan mandi atau berendam dengan air laut, tubuh manusia memiliki kemampuan secara semulajadi untuk menyerap elemen-elemen ini dengan perkadaran yang betul dan tepat.

Bagus Untuk Kesihatan Kulit

Kelebihan serta Manfaat Mandi Laut atau Mandi di Pantai
Sejak dari kecil lagi, saya diberitahu bahawa air laut bagus untuk rawatan masalah kulit seperti panau, kurap dan kudis. Malah, setiap kali saya dan keluarga ke pantai ... inilah motif utama kami akan mandi laut.

Ya, air laut memiliki manfaat untuk kebaikan dan kesihatan kulit. Itu sebabnya tempat-tempat spa di seluruh dunia menggunakan garam laut dalam layanan perawatan mereka. Garam pada air laut membantu melepaskan racun dari kulit dan berfungsi sebagai pengelupas semulajadi. Tujuannya adalah untuk membuang sel-sel kulit mati serta merangsang pertumbuhan sel-sel baru.

Air laut juga berkemampuan untuk menyembuhkan penyakit atau iritasi pada kulit. Mulai dari keradangan, psoriasis termasuk luka ringan kerana terdapatnya kandungan garam dan potasium klorida di dalamnya.

Kulit Bercahaya dan Segar

Air laut juga mengandung zat galian magnesium yang dapat membantu meningkatkan kelembapan pada permukaan kulit sehingga kulit tampak segar bercahaya.

Malah, ada banyak kelebihan lain dengan mandi atau berendam dengan air laut ini ...
  • membantu untuk melancarkan sirkulasi darah dalam tubuh.
  • boleh membantu dalam memperkuatkan otot jantung.
  • melenturkan atau merelaksasikan otot-otot sehingga tubuh terasa segar.
  • boleh membantu untuk melancarkan sistem pernafasan.
  • bagus untuk meningkatkan produksi sel darah merah.
  • membantu pesakit yang hadapi tekanan darah.
  • menyeimbangkan keasidan di dalam darah.
  • mencegah tulang rapuh dan osteoporosis.
  • meringankan sakit pinggang, buasir dan penyakit rematik.
  • boleh mengatasi kulit kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan.
  • membantu meningkatkan ghairah seks yang menurun atau semakin lemah.
  • dipercayai juga boleh mencegah penyakit kencing manis.
  • mengatasi flek paru-paru pada anak.
[post_ads_2]
Banyak kan kelebihan dan manfaat yang boleh anda dapat dengan mandi laut ini? Tetapi, ianya tidak boleh dilakukan terlalu kerap. Memadai dibuat samada seminggu sekali atau sebulan sekali jika tiada penyakit yang teruk.

Kaedah Mandi Laut Untuk Manfaat Kesihatan

Kelebihan Mandi Laut
Namun, andaikata anda mahu mandi atau berendam dengan air laut atau mandi pantai dengan sebab mahu membantu dalam proses penyembuhan sesuatu penyakit, maka wajar ia dibuat dengan cara berikut:

Mandi atau berendam selama 30 - 60 minit setiap awal bagi di antara jam 6:00 hingga 7:00 pagi setiap 2 -  3 kali dalam seminggu sehingga nampak perubahan pada penyakit yang dihadapi. Air laut pula jangan tercampur dengan air lain (air tawar) dan sebolehnya mandi di kawasan pantai yang jauh dari muara sungai di mana air laut sudah bercampur (air tawar dengan air masin).

Jika anda merasa takut untuk mandi laut, boleh sahaja anda rendamkan kaki anda sahaja. Buatlah semasa menikmati keindahan pagi di pantai, dan pastikan kaki anda tidak terdedah dengan bahaya lain seperti kaca pecah, duri dan sebagainya. Manalah tahu kan ... pantai sekarang tak sama macam pantai dedulu dah.

Oh ya, pastikan juga kawasan pantai itu sesuatu untuk mandi dan berendam air laut. Di Malaysia, bukan semua pantai sesuai untuk aktiviti mandi laut ini. Ada pantai yang merbahaya, malah banyak kes dah orang mati lemas akibat mandi di laut atau di pantai ini.

Maka, waspada sentiasa. Lihat papan tanda amaran kawasan pantai yang bahaya untuk mandi-manda.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kite pun suka mandi laut ni, boleh matikan kuman pada kulit-kulit ni kan hehehe. lepas tuh mandi 2-3 hari mesti banyak kulit2 kering gugur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seorang yang sering terdedah dgn macam2 makanan memang gitu .. ekekeke .. :P

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement