Ada orang cakap kerana kuasa viral, restoran yang dimiliki pasangan suami isteri Mohd Fitri Md Yusof bersama isterinya Zainab Mohamed mudah menjadi popular dan didatangi ramai pengunjung. Tetapi, bagi sayalah .. ia bukan sebab kuasa viral, tetapi kuasa pemurah rezeki.
RM10 Untuk 45 Ekor Udang Celup Tepung di Pantai Penarik, Terengganu
Ini satu bentuk amalan untuk bersedekah dengan mudah. Walaupun ramai tahu bahawa harga udang segar bukanlah murah, tetapi bagaimana pemilik restoran Trizai ini boleh menjual 45 ekor udang segar celup tepung dengan harga semurah RM10?Hebatnya Sedekah Dalam 'Diam'
Apabila kita mudahkan orang lain untuk merasai nikmat menu masakan udang celup tepung, pasti Allah S.W.T akan buka pintu rezeki dengan lebih luas lagi. Allah S.W.T tidak pernah berbohong. Semakin banyak kita memberi untuk manfaat dan kebaikan orang lain, semakin besar ganjaran Allah S.W.T akan berikan, samada di dunia, mahupun akhirat, in Sha Allah.[Dah Baca?] Rahsia Kaya Raya Jual Air Balang
Jika anda nak tahu, sebelum udang celup tepung Trizai dijual dengan harga RM10 untuk 45 ekor udang, ia dijual dengan harga RM10 untuk 30 ekor udang. Keputusan yang tidak salah ketuk pintu rezeki ini telah menguntungkan pasangan suami isteri ini. Tak rugi malah untung lebih banyak.
Gambar Sebelum dan Ketika Viral Restoran Trizai, Pantai Penarik
Malah, bukan setakat itu sahaja, restoran Trizai juga menyediakan minuman Teh O Ais dan sirap secara percuma kepada para pelanggan mereka tidak kira bangsa, agama dan berapa jumlah yang mereka belanjakan di restoran tersebut.Minuman Percuma Restoran Udang Celup Tepung Viral
Selain menjual udang segar celup tepung dengan harga murah, serta memberikan minuman percuma, restoran ini juga menjual ikan selayang celup tepung dengan harga RM1.90 seekor berbanding sebelum ini dijual pada harga RM3 seekor.Inilah rezeki. Tak siapa sangka. Sebelum ini tak ramai pun tahu akan kewujudan restoran Trizai yang dah beroperasi lebih 5 tahun di Terengganu ini, sekarang selepas dah tular di media sosial, ia dikenali sehingga ke Johor malah Singapura.
[Dah Baca?] Pengalaman Jual Aiskrim Untung Besar
Jika anda ke Terengganu, dan melalui kawasan Penarik sekitar Permaisuri, bolehlah cari Restoran Trizai untuk mencuba udang celup tepung yang dijual RM10 untuk 45 ekor ini. Gunakan sahaja aplikasi Google Maps atau Waze.
Saya pernah melalui kawasan Pantai Penarik ini, dan Restoran Trizai bukanlah satu-satunya restoran yang menjual Udang Celup Tepung di situ, ada beberapa lagi kedai makan dan restoran yang menjual menu yang serupa iaitu makanan laut celup tepung.
[post_ads]
Malah, sejak viralnya RM10 untuk 45 ekor udang celup tepung ini, semakin banyak restoran yang mempunyai menu yang sama telah menyediakan dan menjual menu sama dengan harga yang lebih murah. Pilihan sudah ada banyak dan pelbagai. Alhamdulillah.
sedapnya dah lama tak makan udang celup tepung ni...lapar lah pulak.
BalasPadammurah rezeki kedai ni, tak kedekut memahami ekonomi malaysia sekarang tapi kita semua nak makan sedap sedap
BalasPadamkawan selalu post gambar makan seafood dekat sini. Betul tu bukan sebab kuasa viral tapi kuasa sedekah. Ada bisnes walaupun dah viral tetap tak mampu nak pergi jauh sebab nawaitu memang nak viral.
BalasPadamwah..meriah betul udang tu..besar pulak..puas hati sangat lah dengan harga Rm10 tu...serius memang berbaloi dan tak masuk dek akal kan..Patutlah ramai orang datang dan sdah semestinya jadi viral
BalasPadamInsya Allah bilanmemberi Allah akangandakan berkali2 utk mereka
BalasPadamKalau setiap kali balik kelantan, saya pun suka pergi ke Pantai Irama, Bachok. Pun ada jual ikan goreng celup tepung, sotong goreng celup tepung and udang celup tepung. Minuman pula, tak lain tak bukan, air kelapa.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.