Menu ini semakin popular untuk waktu bersarapan pagi. Jika lihat pada nama, nampak macam ia satu menu breakfast yang berkhasiat. Iyalah, ada roti dan ada telur. Tapi, biasalah .. nak menarik pelanggan pasti penjual akan buat tambah nilai untuk Roti Bakar Telur Goyang ni.
Roti Bakar Telur Goyang
Di Parit Buntar ada satu kedai makan yang jual sarapan sebegini, iaitu Roti Bakar Telur Goyang. Ia menggunakan roti benggali, yang dibakar menggunakan piring leper yang selalu digunakan oleh penjual roti canai.Roti Bakar 'dibakar' di atas piring leper bukan satu yang baru. Saya sendiri buat roti bakar di rumah guna cara ni. Tak ada toaster ... huhuhu .. dulu ada, tapi dah rosak. Ada lagi kot simpan tak dibaiki lagi.
[Dah Baca?] Roti Bakar Homemade Telur Separuh Masak
Roti Bakar Telur Goyang ini adalah roti bakar yang ditambah dengan telur ayam yang direbus separuh masak. Kalau ikutkan bukan separuh masak pun, lebih kepada suku masak. Susah juga nak jadikan telur tu separuh masak...huhu.
Sekarang, Roti Bakar Telur Goyang terutama di tempat saya, diletakkan kacang 'panggang' dan juga french fries. Memang kenyang la kalau dok makan.
Di Ipoh, ada beberapa tempat makan yang popular dengan menu Roti Bakar Telur Goyang ni. Menurut emak saya, ada satu tempat berdekatan Stesen KTM Ipoh yang sediakan Roti Bakar Telur Goyang yang sedap. Katanya, roti goyang di situ agak berlainan dengan apa yang dijual di Parit Buntar.
[post_ads]
Roti Bakar Telur Goyang di Ipoh tu, potongnya dibakar dengan agak garing dan dipotong kecil. Kemudian, barulah telur separuh masak diletakkan di atas roti bakar garing yang turut ditambah sedikit mentega.
Antara tempat di Ipoh jual Roti Bakar Telur Goyang, leh baca SINI.
Kat tempat anda tak Roti Bakar Telur Goyang macam ni ... ??
Kalau nak tahu, jika anda meniaga menu ni, uhh untung banyak tau ... modalnya bukannya besar pun. Anda cuma perlukan 2 keping roti, 2 biji telur, sedikit mentega .. ni menu dan resepi paling sempoi.
sedapnya HH , ni kalau buat sendiri mesti tak dapat macam tu , jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih ...
BalasPadamHaha... boleh je kalau nak buat sendiri Roti Bakar Telur Goyang ni .. cuma tak berapa nak berbaloi la kalau dok buat untuk sorang ja
Padamdapnya
BalasPadamOO.. Menu baru ni. Biasanya telur goyang dan roti bakar je. Boleh try ni.
BalasPadamTak adalah baru pun, cuma tambah bahan je. :)
Padamhari tu buat,letak lada hitam sikit atas tu,sedap..janji telur tu jangan masak semua..kira separuh masak la...
BalasPadamfulamak, terpikatnynya tgk telur goyang ni
BalasPadamAha .. apalagi, trylah buat
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.